Langkah permohonan penukaran hak milik tanah daripada “leasehold” kepada “freehold” di 7 lot tanah di Sri Petaling #teresakok #pusatkhidmatparlimenseputeh
Taklimat Penukaran Hak Milik Tanah daripada “leasehold” kepada “freehold” di Sri Petaling
Malam ini, taklimat penukaran hak milik tanah daripada “leasehold” kepada “freehold” di 7 lot tanah di Sri Petaling telah dihadiri oleh lebih 800 orang. Pusat Komuniti Sri Petaling penuh dengan warga Sri Petaling yang berminat dalam isu ini. Terima kasih kepada Timbalan Pengarah PTG WPKL En Mohd Firdaus dan semua pegawai daripada pejabatnya yang sudi…
Datuk Bandar Kuala Lumpur melawat Gudang Haram di Taman Salak Selatan
Pada petang semalam, selepas melawat taman rekreasi di Taman Desa, Datuk Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur datang ke Jalan Gempita di Taman Salak Selatan untuk melihat gudang haram yang didirikan di kawasan perumahan. Pemimpin Persatuan Penduduk Taman Salak Selatan memberi penerangan kronologi kepada Datuk Bandar berkenaan gudang haram logistik yang didirikan tanpa…
Datuk Bandar Kuala Lumpur turun padang ke Taman Desa
Pada 26 April 2023, saya panjangkan aduan penduduk Tanan Desa kepada DBKL dan Air Selangor untuk mengadakan lawatan tapak bagi menyelesaikan isu takungan air di taman rekreasi Taman Desa. Hari ini, saya amat terperanjat dengan kehadiran Datuk Kamarulzaman, iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru turut dalam lawatan tapak tersebut. Kami bermula dengan sesi perbincangan…
Pokok Tumbang akibat ribut taufan di Taman Hock Ann
Petang semalam, ribut taufan telah berlaku di sekitar Jalan Klang Lama dan menyebabkan pokok besar tumbang dan menghempap 6 buah rumah di Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama. Seorang warga emas berusia 89 tahun dan kanak-kanak berusia 4 tahun telah tercedera. Team Pusat Khidmat Seputeh dan saya telah menjalankan lawatan tapak di Taman Hock Ann…
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Polis Brickfields
Pada 1 Syawal, saya menziarahi anggota polis di Balai Polis Brickfields. Demi menghargai jasa para anggota polis yang bertugas sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Scott Garden, Puan Ong Poh See telah mengadakan satu majlis sambutan hari raya kecil di Balai Polis Brickfields. Saya dijemput oleh Puan Ong Poh See untuk sertai…
Majlis Berbuka Puasa & Kacau Dodol dengan warga Balai Polis Sri Petaling
Malam ini Pusat Khidmat Parlimen Seputeh menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anggota polis Balai Sri Petaling dan keluarga mereka di perkarangan Balai Polis Sri Petaling. Sebelum majlis berbuka puasa, beberapa pegawai polis dan ahli keluarga mereka telah buat kacau dodol. Saya cuba mengacau dodol dengan OCS Inspektor Yeo …. Aiduh! Kacau dodol memang perlu tenaga…
Program Mengedar Juadah di PPR Pinggiran Bukit Jalil Fasa 2
Pada lewat petang semalam, saya dan team pusat khidmat parlimen Seputeh berjumpa dengan beberapa wakil blok di ruang Blok J, PPR Pinggiran Bukit Jalil Fasa 2, di samping menyampaikan pek makanan berbuka puasa kepada mereka. Mereka mengadu kepada saya tentang kebocoran paip pembetungan di beberapa bahagian dalam blok mereka. Selain itu, mereka juga mengadu dewan…