Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026

Posted on Monday, 05-10-2026Monday, 05-10-2026 by Editorial Team

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi atas penyediaan Penyata Pengurusan Pelarian di Malaysia.

Saya memang baca laporan ini secara teliti kerana isu pelarian sangat mendekati hati saya. Ini juga merupakan isu yang selalu dibangkitkan oleh NGO dan anggota diplomat asing dalam banyak sesi pertemuan.

Saya mendapat banyak maklumat dan usaha daripada pelbagai agensi Kerajaan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan berkenaan Pengurusan Pelarian di Malaysia ini.

Menurut UNHCR, Malaysia menempatkan 214,079 pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR, di antaranya, kira-kira 31% terdiri daripada kanak-kanak, ini bermaksud 64,224 orang adalah kanak-kanak. Mengikut UNHCR, 65% kanak-kanak pelarian tidak mengikuti pendidikan formal. Ini bermaksud, 41,745 pelarian kanak-kanak tidak mengikuti pendidikan formal.

Tuan yang diPertua, 41,745 pelarian kanak-kanak yang tidak terima pendidikan hanyalah golongan yang berdaftar dengan UNHCR. Saya percaya angka ini melonjak dua atau tiga kali ganda bagi pelarian asing yang tidak berdaftar dengan UNHCR. Kita haruslah bimbang apa yang akan berlaku kepada generasi muda yang tidak mendapat pendidikan formal ini?

Dalam perengan 47 dalam mukasurat 20 Laporan Jawatankuasa PIlihan Khas ini, UNHCR bercadang kanak-kanak pelarian dibenarkan mendaftar di sekolah Kerajaan dengan sokongan UNHCR dan rakan Pendidikan bagi memudahkan peralihan akademik. Selain itu, peraturan dan piawaian pendaftaran Pusat Pembelajaran Alternatif juga harus disemak semula agar lebih menyeimbangkan jaminan kualiti dan realiti operasi.

Saya menyokong penuh cadangan UNHCR ini, dan saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil langkah yang sewajarnya terhadap cadangan ini, supaya negara kita tidak akan wujud sekumpulan orang muda yang tiada status kewarganegaran (stateless) yang dibesarkan di negara kita yang merupakan buta huruf .

Tuan yang diPertua, laporan Jawatankuasa Pilihan ini juga mengandungi isu Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

Dalam mukasurat 12-13, laporan menyatakan tentang pelaksanaan DPP memerlukan pindaan terhadap Peraturan Imigresen 1963 serta perlu mendapatkan pandangan Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, tetapi KDN tidak terima ulasan rasmi daripada Kerajaan Negeri Sabah kerana Sabah telah melaksanakan pendataan lebih awal melalui penggunaan Kad Burung-burung, PAS IMM13 dan Kad Banci.

Soalan saya adalah, apakah berlaku pada pindaan Peraturan Imigresen 1963 ini memandangkan pihak KDN tidak terima maklum balas daripada Kerajaan Sabah? Apakah pindaan terhadap peraturan Imigresen telah dilakukan?

Mengikut data UNHCR yang terkandung dalam laporan ini, Jabatan Imigresen Malaysia telah melaksanakan 13,678 operasi pada tahun 2025, dan sekarang terdapat 19,987 orang ditempatkan di Depot Imigresen. Hampir 20,000 orang ditahan di Depot Imigresen adalah satu angka yang menakjubkan. Bukankah ini membazirkan dana Kerajaan?

Saya amat menyokong semua syor-syor Jawatankuasa PIlihan yang terkandung dalam laporan ini, khususnya ketiga-tiga syor pertama, iaitu:

(1) mewujudkan satu mekanisme pengesahan identiti dan penentuan status pelarian yang telus bersepadu dan boleh diaudit;

(2) DPP haruslah diberi keutamaan dan diselesaikan dalam tempoh 6 bulan bagi imigran yang berada di dalam depot; dan

(3) Kerajaan harus memberi penerangan kepada rakyat secara berterusan mengenai pelaksanaan DPP.

Tuan yang diPertua, negara kita menghadapi kekurangan tenaga kerja, khususnya dalam sektor perkilangan dan peladangan. Kita amat memerlukan tenaga kerja asing untuk melakukan kerja-kerja dalam sektor-sektor tersebut yang warga Malaysia tidak berminat untuk kerja.

Jadi, pelarian di Malaysia haruslah dijadikan sumber tenaga kerja untuk ekonomi kita.

Saya menyambut baik usaha Kerajaan memperkenalkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

Saya menyeru pihak KDN menyahut syor Jawatankuasa Pilihan ini dan mempercepatkan proses pendaftaran pelarian yang dikurung di depot imigresen dan meletakkan mereka untuk bekerja di sektor yang perlu tenaga kerja.

Saya juga menyeru KDN memberi taklimat kepada wakil rakyat di Parlimen dan Kerajaan-kerajaan negeri berkenaan pendaftaran pelarian di bawah DPP.

Tuan yang diPertua, melalui laporan “Pengurusan Pelarian di Malaysia” yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan ini, baru saya sedar usaha yang berbentuk kemanusiaan yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Kesihatan.

Tetapi, ramai pelarian dan majikan tidak tahu tentang tawaran daripada agensi Kerajaan ini, khususnya daripada KESUMA. Saya menyeru pihak KESUMA memainkan peranan yang lebih aktif untuk menyebarkan maklumat-maklumat tersebut, selain itu menjalankan pelaksanaan akses pekerjaan kepada pelarian.

Akhirnya, saya bertanya Kerajaan berkenaan isu penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar secara berperingkat. Fasa pertama melibatkan 1,476 orang.

Saya menyeru KDN memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.

Teresa Kok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme