Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Parlimen: YB Seputeh mengajukan soalan berkenaan TVET kepada Perdana Menteri

Posted on Tuesday, 25-02-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI menyatakan :
a. bilangan pelajar yang mendaftar dalam program TVET pada tahun 2024, trend pendaftaran berbanding tahun-tahun sebelumnya. Apakah kursus yang paling popular dan kursus yang paling tidak popular
b. langkah yang diambil untuk menarik lebih belia dan wanita untuk menyertai program TVET.

JAWAPAN
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI,
TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN
MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

Tuan Yang di-Pertua,
JAWAPAN (a)
1. Berdasarkan data yang dikumpul, untuk tahun 2024, sehingga bulan Jun, seramai 107,070 pelajar telah mendaftar dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara. Trend pendaftaran pelajar dalam program TVET menunjukkan peningkatan dalam tempoh empat tahun yang lalu, iaitu sebanyak 130,440 orang pada tahun 2020, meningkat kepada 163,984 orang pada tahun 2021, 166,577 orang pada tahun 2022, dan 175,780 orang pada tahun 2023.

2. Kursus paling popular dan paling kurang popular dalam program TVET dapat dirujuk kepada Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2023 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Berdasarkan laporan tersebut, kadar kebolehpasaran graduan TVET bagi tahun 2023 menunjukkan bahawa bidang Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan mencatat jumlah graduan tertinggi dengan 39,292 orang (94.3% kebolehpasaran). Selain itu, bidang Perdagangan, Pentadbiran dan Perundangan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga mempunyai kadar kebolehpasaran yang tinggi, masing-masing sebanyak 8,848 orang (94.3%) dan 4,982 orang (94.3%). Ini menunjukkan bahawa bidang ini kekal sebagai antara pilihan utama pelajar TVET.

3. Sebaliknya, bidang Pendidikan mencatatkan jumlah graduan terendah dengan hanya 866 orang pada tahun 2023, serta kadar kebolehpasaran 81.8%, yang merupakan antara peratusan terendah berbanding bidang lain. Selain itu, bidang Pertanian, Perhutanan, Perikanan dan Veterinar turut mencatat jumlah graduan yang rendah iaitu 1,820 orang dengankebolehpasaran 82.9%.

4. Secara keseluruhannya, trend peningkatan penyertaan dalam TVET sejak beberapa tahun lalu mencerminkan keberkesanan dasar kerajaan dalam memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional sebagai laluan utama bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja negara. Kerajaan terus komited untuk memperkukuh program TVET bagi memenuhi permintaan industri dan memastikan lebih ramai graduan mendapat pekerjaan yang berkualiti dalam pelbagai sektor strategik.

JAWAPAN (b)
Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi menarik lebih ramai belia dan wanita menyertai program TVET, sejajar dengan Dasar TVET Negara 2030 yang bertujuan memperkukuh imej TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya utama. Salah satu usaha yang dijalankan adalah melalui kempen kesedaran yang lebih meluas, termasuk hebahan kejayaan graduan di media sosial dan program promosi TVET di sekolah serta institusi pendidikan. Inisiatif ini bertujuan mengubah tanggapan masyarakat dengan menekankan potensi kerjaya yang luas serta kebolehpasaran tinggi bagi graduan TVET.

2. Selain itu, akses dan fleksibiliti penyertaan dalam program TVET turut diperluaskan bagi memastikan lebih ramai golongan belia dan wanita dapat mengikuti latihan kemahiran. Institusi TVET awam seperti GIATMARA dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah menetapkan syarat kemasukan yang minimum, selain menawarkan pembiayaan latihan yang merangkumi yuran pengajian, penginapan serta makan minum.

3. Kerajaan juga memperkenalkan pelbagai kaedah latihan fleksibel seperti Akademi Dalam Industri (ADI), Program Perantisan, Work-Based Learning (WBL), dan Industrial Bootcamp yang membolehkan peserta memperoleh latihan yang lebih praktikal dan berorientasikan industri.

4. Di samping itu, kolaborasi dengan industri terus diperkukuh bagi memastikan latihan TVET selari dengan keperluan pasaran kerja. Pendekatan ini membolehkan pelatih mendapat pendedahan awal kepada ekosistem pekerjaan sebenar dan menerima bimbingan langsung daripada pengamal industri. Bagi meningkatkan kebolehpasaran pelatih, program Micro Credential turut diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan kepada setiap pencapaian kemahiran yang diperoleh secara modular, membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dengan lebih cepat dan fleksibel.

5. Langkah-langkah ini diyakini dapat menjadikan TVET sebagai pilihan utama dalam membangunkan tenaga kerja mahir serta menarik lebih ramai belia dan wanita menyertai program latihan kemahiran ini.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme