Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Parlimen: Minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kerajaan akan mengarahkan syarikat insurans untuk menyenaraikan secara terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan, bagi memastikan ketelusan dalam menentukan kenaikan premium yang munasabah.

Posted on Wednesday, 26-02-2025Thursday, 27-02-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM ( SEPUTEH ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mengarahkan syarikat insurans untuk menyenaraikan secara terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan, bagi memastikan ketelusan dalam menentukan kenaikan premium yang munasabah.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,
1. Setiap ITO adalah dikehendaki untuk mengisytiharkan keuntungan dan kerugian mereka dalam penyata kewangan tahunan mereka selaras dengan Malaysian Financial Reporting Standard 17. Pada masa ini, ITO tidak diwajibkan untuk menyenaraikan secara terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan. Namun demikian, kami menghargai cadangan Yang Berhormat dan akan menjalankan kajian yang lebih mendalam dalam mempertimbangkan kebolehlaksanaan (feasibility) pelaporan terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan.

2. Walau bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mempertingkatkan standard amalan perniagaan MHIT. Ini termasuk usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna melalui penambahbaikan lembaran penzahiran produk (Product Disclosure Sheet, PDS) yang lebih ringkas dan mudah difahami.

Penambahbaikan ini bertujuan untuk menggalakkan pemegang polisi lebih memahami terma dan syarat produk MHIT, serta membuat keputusan yang lebih termaklum. PDS juga akan menyatakan nisbah tuntutan (claims ratio) pada peringkat industri untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna bahawa sebahagian besar premium adalah diperuntukkan untuk membayar tuntutan.

Untuk makluman, purata nisbah tuntutan industri bagi tempoh tiga tahun (2021 hingga 2023) adalah 72%. Sebagai contoh, jumlah nisbah tuntutan ini akan dinyatakan dalam PDS yang telah ditambah baik, di mana secara purata, bagi setiap RM1 premium yang dibayar, 72 sen diperuntukkan untuk membayar tuntutan. Baki selebihnya digunakan untuk perbelanjaan pengurusan, sebagai contoh pelaburan dalam infrastruktur IT dan sistem untuk mengurus polisi dan tuntutan, komisen ejen, dan keuntungan kepada ITO (jika ada).

3. ITO juga dikehendaki untuk memastikan sebarang amalan dalaman untuk mentadbir urus peningkatan premium produk MHIT perlu mengambil kira keseimbangan antara kemampuan pemegang polisi dan kemampanan produk MHIT.

Sebagai contoh, ITO perlu memantau pengalaman kos tuntutan produk MHIT secara objektif, dan hanya boleh menetap semula premium apabila kos tuntutan sebenar merosot secara berterusan dan melebihi nilai ambang (threshold) yang ditentukan lebih awal dalam amalan dalaman ITO. ITO juga dilarang untuk menetapkan semula premium semata-mata untuk meningkatkan keuntungan ITO.

Sekian, terima kasih.

Soalan Tambahan 1 (YB Seputeh):

Ada sesetengah pembeli insurans perubatan apabila mereka menghadapi masalah yang mana mereka rasa tidak dapat pampasan yang berpatutan daripada pihak syarikat insurans ataupun tidak dapat bayaran yang baik daripada pihak hospital, mereka tidak tahu bagaimana mereka boleh adukan masalah mereka. Jadi apakah langkah kerajaan khususnya BNM dan Kementerian Kewangan untuk mengatasi masalah peningkatan premium insurans perubatan yang banyak berlaku sekarang?

Jawapan Soalan Tambahan 1:
Sekiranya pembeli insurans perubatan tidak menerima perkhidmatan yang memuaskan daripada pihak ITO mereka digalakkan untuk menghubungi pihak ITO masing-masing untuk membuat aduan dan mencari penyelesaian yang memuaskan. Sekiranya masih tidak menerima layanan yang memuaskan daripada pihak ITO, mereka boleh membuat aduan kepada BNM. Manakala sekiranya pembeli insurans perubatan tidak mendapat layanan yang berpatutan daripada pihak hospital swasta mereka boleh membuat aduan melalui saluran aduan yang sedia ada di hospital swasta masing-masing.

Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan adalah punca utama yang menyebabkan kadar tuntutan MHIT semakin meningkat. Apabila tuntutan MHIT melebihi premium secara berterusan dana premium yang terkumpul tidak akan mencukupi untuk membayar tuntutan oleh pemegag polisi. Berdasarkan pemerhatian BNM, antara tahun 2021 hingga 2023 peningkatan kumulatif jumlah tuntuan MHIT adalah sebanyak 56% manakala dalam tempoh yang sama peningkatan kumulatif jumlah premium terkumpul MHIT hanya 20%.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengutamakan reformasi kesihatan yang menyeluruh untuk menangani isu inflasi kos perubatan dan caj-caj di hospital swasta. Usaha ini termasuk mengkaji semula Akta 586 untuk memperkukuh pengawasan hospital swasta dan melaksanakan model pembayaran Diagnostic Related Group (DRG) Kerajaan juga akan meningkatkan ketelusan kos ubat-ubatan serta perbandingan kos perubatan lazim dan meluaskan pilihan mampu milik perkhidmatan kesihatan seperti Rakan KKM dan perkembangan hospital not for profit.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme