Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Parlimen: Minta Menteri Luar Negeri menyatakan jumlah dan butiran rakyat Malaysia yang telah ditangkap di negara-negara Asia sehingga kini

Posted on Thursday, 20-02-2025Tuesday, 25-02-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah dan butiran rakyat Malaysia yang telah ditangkap di negara-negara Asia sehingga kini. Senarai tersebut merangkumi negara di mana tangkapan berlaku, jenis kesalahan yang didakwa serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu mereka.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Malaysia mengambil berat dan sentiasa memantau kes-kes konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di luar negara, termasuk rakyat Malaysia yang ditahan di negara asing. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Seputeh, setakat 21 Januari 2025, seramai 2,408 orang rakyat Malaysia telah ditahan di seluruh dunia atas pelbagai kesalahan. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,194 orang ditahan di negara-negara Asia, seperti di negara Singapura seramai 671 orang, Republik Rakyat China 625 orang, Indonesia 359 orang, Jepun 148 orang, dan Thailand 99 orang.

3. Daripada jumlah 2,194 orang yang ditahan di negara-negara Asia tersebut, majoritinya terlibat dalam kes dadah iaitu sebanyak 1,169 kes (53 peratus) dan kes komersil atau penipuan sebanyak 572 kes (26 peratus).

4. Bagi kes-kes tahanan seumpama ini, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara akan membantu dalam memastikan hak dan kebajikan para tahanan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara adalah termasuk memaklumkan berita penahanan kepada waris terdekat di Malaysia, berkongsikan senarai firma guaman kepada sabjek dan waris sebagai rujukan dan bantuan untuk mendapatkan khidmat guaman, menghadiri sesi perbicaraan mereka secara, dengan izin, watching brief, menyalurkan wang daripada waris kepada tahanan, dan mengadakan lawatan konsular ke pusat-pusat tahanan secara berkala.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Bantuan yang diberikan oleh Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara haruslah selaras dengan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Konsular 1963. Tambahan pula, berpandukan Dasar Luar Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara tidak boleh campur tangan dalam urusan perundangan sesebuah negara asing dan perlu menghormati undang-undang yang digunapakai oleh negara tuan rumah, sebagaimana kita mahu negara-negara lain menghormati sistem perundangan di negara kita. Dalam hal ini, tahanan rakyat Malaysia di luar negara yang telah melalui proses perbicaraan, disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman perlu melengkapkan hukuman mereka sebelum dapat dihantar pulang.

6. Kementerian Luar Negeri mengambil kesempatan ini ingin menasihatkan warganegara Malaysia yang berada atau akan mengadakan perjalanan ke luar negara agar sentiasa berwaspada serta memahami peraturan dan undang-undang tempatan negara berkenaan bagi mengelakkan daripada terjebak dalam perkara yang tidak diingini.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme