Team Pusat Khidmat Parlimen Seputeh dan saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga Tahun arnab membawa berkat kejayaan dan kesihatan kepada semua. 🤗 士布爹行动党和我 祝福大家 身体健康、大吉大利、兔年行大运!🥳
Saya Bertindak Demi Rakyat Seputeh: Surat Aduan Telah dihantar Kepada Pihak DBKL Namun Jalan Rosak Kawasan Seputeh Masih Tiada Tindakan Pembaikan
Banyak jalan di kawasan Parlimen Seputeh telah rosak lama dan tidak ditambah-baikkan oleh DBKL walaupun banyak surat aduan telah dihantar kepada mereka. Pada tahun lepas, saya terpaksa membuat permohonan kepada pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menurap jalanraya yang berlubang-lubang di kawasan saya. Pada minggu lepas, 10 jalanraya di…
Temu ramah dengan Nasionalfm, TRAXXfm, dan ASYIKfm di Wisma Radio Angkasapuri
Hari ini saya dijemput untuk ditemu ramah oleh 3 radio FM secara bergilir dari pukul 10:30 pagi hingga 1 petang (5 January 2023). Selain daripada topik kerajaan perpaduan, saya juga ditanyakan mengenai kepimpinan dan kebolehan wanita. Terima kasih kepada semua pihak radio fm atas kesudian anda menjemput saya. Dengarkan melalui pautau berikut: Nasionalfm> https://fb.watch/hYNNPQzxTq/…
Lawatan susulan kepada mangsa kebakaran warga asing di Jalan Klang Lama
Team Pusat Khidmat Seputeh dan saya telah membuat lawatan susulan di Perkampungan warga asing di Jalan Klang Lama untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa kebakaran.
Bantuan kepada mangsa kebakaran di perkampungan warga Indonesia di Jalan Klang Lama
Pada waktu tengahari, Team pusat khidmat parlimen Seputeh menghantar tilam, bantal, pakaian dan barang mandian kepada mangsa kebakaran di perkampungan warga Indonesia di Jalan Klang Lama. 11 rumah dibakar pada hari Rabu yang lepas. Kebakaran ini menyebabkan 25 orang kehilangan tempat kediaman. Hari ini adalah Hari Krismas dan kami memainkan peranan “Santa Claus” yang beri…
Penurapan Jalan Badang 11, 12, 13 di Taman Casterfield
Janji ditepati. Jalanraya di Taman Castlefield telah ditarkan oleh DBKL. Terima kasih kepada DBKL
Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan, KL terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri
Pagi ini MP KL hadir perjumpaan dengan PM DS Anwar Ibrahim di bangunan DBKL. Sekarang Kementerian Wilayah Persekutuan telah dimansuhkan dan KL terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya rasa gembira PM mengarahkan datuk bandar dan semua ketua jabatan DBKL mengadakan perjumpaan bulanan dengan semua Ahli Parlimen KL, supaya kami boleh bentangkan masalah di kawasan…
Bantuan kepada mangsa kebakaran yang berlaku di perkampungan warga Indonesia, Batu 4, Jalan Klang Lama.
Kebakaran berlaku di perkampungan warga Indonesia di Batu 4, Jalan Klang Lama pada waktu tengahari. 11 rumah dimusnahkan api dan 25 penduduk hilang tempat kediaman. Team saya hantar bakul makanan, roti yang diderma oleh RT Pastry dan pemasak eletrik kepada setiap keluarga yang hilang rumah pada 5.30 petang. Pusat khidmat saya juga hantar hampers dan…