Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)

Posted on Tuesday, 27-10-2026 by Editorial Team

Tuan yang Dipertua,

Kerajaan telah mengumumkan cadangan pembangunan Bandar Madani di lot 103732 hingga Lot 103805 dan juga lot-lot lain di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil.

Pemaju projek adalah Prima yang akan membina 17,000 unit rumah di tanah seluas 64.88 ekar.

Mengikut pelan susun atur yang dicadangkan, hanya 10.29% merupakan Residensi MADANI berharga RM200,000, 6.18% ialah rumah PPAM berharga RM365,000, manakala 83.53% ialah rumah PRIMA berharga antara RM390,000 hingga RM480,000.

Apa yang mengecewakan penduduk Bukit Jalil dan kawasan sekitarnya termasuk saya ialah, kami hanya mengetahui cadangan ini selepas menghadiri sesi libat urus yang dianjurkan oleh perunding Penilaian Impak Sosial (SIA) pada awal Julai 2026.

Penduduk Bukit Jalil, Bandar Kinrara dan Puncak Jalil kemudiannya menubuhkan Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk Membantah Pembinaan 17,000 Unit Rumah.

Dalam sesi dialog yang dihadiri kira-kira 500 penduduk, mereka menyuarakan bantahan terhadap projek berskala besar yang akan menjejaskan kualiti hidup masyarakat setempat ini.

Mengikut data DOSM, penduduk Bukit Jalil berjumlah kira-kira 112,000 orang pada 2026. Jumlah penduduk di Bandar Kinrara dan Taman Puncak Jalil adalah 97,908 orang.

Ini bermaksud jumlah penduduk dalam radius tiga kilometer daripada tapak cadangan mencecah kira-kira 209,908 orang sekarang.

Sekiranya 17 ribu unit rumah dibina dan sekiranya setiap rumah diduduki oleh 3 orang, jumlah penduduk dalam projek ini adalah 51 ribu orang.

Kini, DBKL telah meluluskan 14,898 unit rumah dan MBSJ meluluskan 6,167 unit rumah yang akan siap dibina dalam lima tahun. Dengan keadaan jalan yang sedia tertekan, tambahan 17,000 unit rumah memerlukan penelitian yang amat serius.

Empat lebuh raya utama—KESAS, Lebuhraya Bukit Jalil, MEX dan SUKE— telah menghadapi kesesakan serius, khususnya pada waktu puncak. Analisis enam segmen Lebuhraya Bukit Jalil dari 15 Mei hingga 16 Jun 2026 menunjukkan segmen di hadapan Pavilion Mall telah mencapai Level of Service (LOS) D, dan tanpa tambahan 17,000 unit rumah pun, segmen tersebut dijangka mencapai LOS F menjelang 2031.

Selain itu, pemaju diminta oleh kerajaan untuk membina sekolah vertikal yang menyediakan 104 bilik darjah di tapak tersebut, tetapi mengikut garispanduan PLANMALAYSIA, pemaju seharusnya menyediakan 511 bilik darjah bagi 51 ribu penduduk.

Penduduk di masyarakat setempat menuntut kerajaan untuk mengadakan kemudahan awam seperti perkhidmatan rel, hospital kerajaan, sekolah, kolam takungan banjir dan kawasan hijau di tapak projek tersebut, selain menaik taraf balai polis dan balai bomba di Bukit Jalil.

Saya menyeru Kerajaan memandang serius bantahan penduduk dan membatalkan cadangan pembinaan 17,000 unit rumah serta menyediakan semua kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat setempat.

#TeresaKok
#BandarMADANIBukitJalil
#ParlimenMalaysia
#pembangunanmampan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme