Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Teresa Kok minta Menteri Azalina nyatakan status terkini pindaan kepada Akta Pemberi Maklumat 2010

Posted on Tuesday, 04-02-2025Thursday, 06-02-2025 by Editorial Team

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Siri 17 Bilangan 1 Tahun 2023 (yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional – JKKTN) pada 6 Julai 2023 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Ke-10, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah bersetuju antara lain, cadangan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) berhubung cadangan penambahbaikan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] selaras dengan usaha Pembanterasan Rasuah Nasional Negara. YAB Perdana Menteri juga telah menyatakan komitmen beliau dalam penambahbaikan Akta 711 dalam Dewan yang mulia ini.

2. Dalam hal ini, setakat ini, sebanyak lebih 20 sesi mesyuarat jawatankuasa kerja, lima (5) bengkel pembangunan dan penetapan dasar serta enam (6) sesi libat urus telah diadakan dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi Kerajaan, agensi-agensi penguatkuasaan utama serta badan bukan Kerajaan bagi meneliti semula Akta 711 secara keseluruhan. Ini adalah penting untuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat dari pemegang taruh serta kesediaan badan-badan yang telah diperuntukkan kuasa terhadap mekanisme pelaksanaan dan implikasi yang mungkin berbangkit apabila pindaan ini dikuatkuasakan.

3. Terdapat keperluan untuk menambahbaik Akta 711 ini berdasarkan amalan terbaik dari negara lain termasuk daripada aspek pemakaian undang-undang berkaitan perkara sulit dan rahsia, mekanisme pembatalan perlindungan yang diberikan dan perlindungan kepada agensi penguatkuasaan yang terpaksa mendedahkan identiti pemberi maklumat.

4. Sepanjang usaha penambah baikan untuk memperkukuhkan fungsi Akta 711 ini, pelbagai maklum balas penting telah diterima daripada agensi-agensi Kerajaan dan badan bukan Kerajaan. Maklum balas ini diambil kira bagi memastikan cadangan pindaan memberikan impak yang positif terhadap sistem keadilan negara dan masyarakat secara keseluruhannya. Antara pihak yang terlibat dalam memberikan pandangan menyeluruh ialah Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Rasuah Busters, Transparency International, Majlis Peguam serta CSO Platform for Reform bagi memastikan semua aspek dipertimbangkan dalam proses pindaan ini.

5. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan dasar sedang dipertimbangkan untuk diangkat bagi pertimbangan Jemaah Menteri dalam menggubal cadangan pindaan kepada Akta 711 seperti berikut:

a) Pertama, cadangan pengubahsuaian proviso di bawah seksyen 6 Akta 711 bagi mengelakkan percanggahan dengan akta-akta yang lain dan menggalakkan pendedahan Kelakuan Tidak Wajar tanpa sekatan di bawah undang-undang sedia ada yang lain;

b) Kedua, penambahbaikan seksyen 11 Akta 711 bagi peruntukan pembatalan perlindungan kepada pemberi maklumat di mana perlindungan boleh dilanjutkan sekiranya pendedahan yang dibuat adalah berdasarkan suci hati dengan izin good faith dan tidak melibatkan sebarang kepentingan peribadi;

c) Ketiga, pemurnian percanggahan pemakaian seksyen 8 dan seksyen 14 Akta 711 melalui pengenalan peruntukan baharu bagi memastikan agensi penguatkuasaan dapat menjalankan siasatan dengan efektif dan efisien tanpa melanggar peruntukan sedia ada di bawah Akta 711;

d) Keempat, pengenalan skala ganjaran standard bersesuaian untuk memudahkan proses pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat;

e) Kelima, cadangan perluasan perlindungan kepada pemberi maklumat dari segi fizikal dengan mengguna pakai Program Perlindungan Saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]; dan

f) Keenam, cadangan penubuhan Pasukan Petugas (Task Force) sebagai usaha peralihan kepada penubuhan Agensi Berpusat yang melibatkan fungsi penyelarasan dan pemantapan aspek tadbir urus bagi pelaksanaan perlindungan pemberi maklumat.

6. Bagi memastikan penambahbaikan kepada Akta 711 ini dapat memberikan satu bentuk keadilan kepada pemberi maklumat sejajar dengan amalan terbaik yang disarankan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) serta memberikan keyakinan kepada rakyat untuk membuat pendedahan kelakuan tidak wajar, Kerajaan MADANI kekal komited untuk merealisasikan cadangan pindaan kepada Akta 711 dan akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme