Pagi ini saya menghadiri sambutan Ponggal di dataran PPR Kg Muhibah yang dianjurkan oleh Cabang Keadilan Seputeh, atas jemputan ketua cabang Puan Anetha.
Ini adalah kali pertama Cabang PKR Seputeh menganjurkan Pesta Ponggal di ruang terbuka di PPR Kg Muhibah.
Saya diminta oleh Anetha menuangkan susu dan nasi ke dalam periuk di atas kayu yang terbakar.
Dalam ucapan saya, saya kaitkan hiasan tebu di Pesta Ponggal dengan sambutan Tahun Baru pada hari ke-9 Kalendar Lunar oleh orang Hokkien. Saya kata adalah penting bagi kita memahami dan menghargai budaya dan perayaan etnik kaum yang lain dalam masyarakat majmuk ini.
Program Ponggol ini juga termasuk perarakan fesyen dan juga pertandingan mewarnakan gambar oleh kanak-kanak.
#teresakok