SOALAN Dewan Rakyat 20 Mac 2023 PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan strategi untuk memastikan deklarasi (voluntary pledge) litupan hutan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara yang dibuat di Kemuncak Bumi Rio pada 1992 dapat dilaksanakan memandangkan litupan hutan di kawasan Semenanjung adalah…
Perbahasan Belanjawan 2023 Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri)
Petang tadi, saya menyertai perbahasan bajet peringkat jawatankuasa Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat. Saya bangkitkan isu Myanmar. Saya kata Malaysia telah menandatangani Genocide Convention, dan kita sepatutnya menggubal undang-undang terhadap genocide dan jenayah antarabangsa yang lain, supaya penjenayah di luar negara boleh didengari oleh mahkamah di negara kita. Saya juga sentuh tentang pelarian Rohingya…
Kenduri Menu Rahmah di Parlimen Malaysia
Hari ini, Kementerian perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup menganjurkan Kenduri Menu Rahmah di Dewan Serbaguna Parlimen. Kenduri ini dihadiri oleh PM & TPM, para anggota jemaah, ahli parlimen dan penjawat awam. Dewan Serbaguna Parlimen dihias dengan cantik dan malah adanya pertunjukan nyanyian. Sebanyak 16 Penguasaha Menu Rahmah di luar menghidangkan Menu Rahmah untuk…
Jom Naik MRT !
MRT fasa 2 mula beroperasi pada 3pm hari ini. Saya bersama anggota pusat khidmat parlimen Seputeh dan sukarelawan berkumpul di Stesen MRT Kuchai pada 3pm hari ini. Saya disambut oleh pegawai kanan MRT Corp dan Kementerian Pengangkutan di Stesen Kuchai yang berdekatan dengan pusat khidmat saya. Saya diminta untuk “buka gate” Stesen Kuchai pada 3pm,…
Isu penukaran pegangan hak milik daripada leasehold kepada freehold di Sri Petaling
Isu penukaran pegangan hak milik daripada leasehold kepada freehold di Sri Petaling 大城堡地区从租赀地契 改为 永久地契的问题 #teresakok #pusatkhidmatparlimenseputeh
Perbahasan dalam Belajawan Kementerian Perladangan dan Komoditi 2023.
Hari ini, saya menyertai perbahasan dalam Belajawan Kementerian Perladangan dan Komoditi 2023. Saya sebut tentang isu-isu berkenaan Lembaga Lada Malaysia, penanaman buluh & harga buku “Mari Kenali Sawit” yang terlampau tinggi, dan saya minta Menteri menjalankan audit dan siasatan terhadap isu ini.
Soalan Parlimen 15 Mac 2023 berkenaan Perkembangan Industri Buluh di Malaysia di Parlimen Hari Ini
Saya Tanya soalan berkenaan Perkembangan Industri Buluh di Malaysia di Parlimen Hari Ini 👇 Soalan 7: Minta MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perkembangan industri buluh di Malaysia dan bilangan Agensi berkenaan buluh yang telah ditubuhkan oleh Kementerian untuk usaha ini. Nyatakan bilangan benih buluh yang telah dijual kepada pihak industri oleh nurseri buluh di Lahat….
Sambutan Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day) Parlimen Seputeh
Semalam, pusat khidmat Parlimen Seputeh telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day) dengan kerjasama DBKL, Persatuan Ibu Tunggal Spring Malaysia, Persatuan Penduduk Taman Desa di Padang Taman Desa. Tema program sambutan Hari Wanita fokus pada kesihatan wanita. Antara aktiviti yang disediakan adalah ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan, senamrobik dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti untuk program…