Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Parlimen] PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan senarai maklumat mengikut pecahan bilangan pesalah, jenis kesalahan yang didakwa dan/atau dipenjarakan mengikut negara yang terlibat dan apakah bantuan Kementerian terhadap warga Malaysia tersebut.

Posted on Wednesday, 05-03-2025 by Editorial Team

SOALAN

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan:

a. senaraikan maklumat mengikut pecahan bilangan pesalah, jenis kesalahan yang didakwa dan/atau dipenjarakan mengikut negara yang terlibat

b. apakah bantuan Kementerian terhadap warga Malaysia tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Seputeh, setakat 17 Februari 2025, seramai 2,408 orang rakyat Malaysia telah ditahan di seluruh dunia atas pelbagai kesalahan. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,194 orang telah ditahan di negara-negara Asia, seperti di Singapura seramai 671 orang, Republik Rakyat China 625 orang, Indonesia 359 orang, Jepun 148 orang, dan Thailand 99 orang.

3. Daripada jumlah 2,194 orang yang ditahan di negara-negara Asia tersebut, majoritinya terlibat dalam kes dadah iaitu sebanyak 1,169 kes (53 peratus) dan kes komersil atau penipuan sebanyak 572 kes (26 peratus). Terdapat juga 57 orang (2.6 peratus) melakukan jenayah seksual, 50 orang (2.3 peratus) terlibat dalam kesalahan merompak atau mencuri, dan 14 orang (0.6 peratus) melakukan kesalahan membunuh.

4. Bagi kes-kes tahanan seumpama ini, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di Luar Negara akan membantu dalam memastikan hak dan kebajikan para tahanan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terjaga. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Perwakilan Diplomatik Malaysia di Luar Negara termasuk memaklumkan berita penahanan kepada waris terdekat di Malaysia, berkongsikan senarai firma guaman kepada sabjek dan waris sebagai rujukan dan bantuan untuk mendapatkan khidmat guaman, menghadiri sesi perbicaraan mereka secara, dengan izin, watching brief, menyalurkan wang daripada waris kepada tahanan, dan mengadakan lawatan konsular ke pusat-pusat tahanan secara berkala.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Bantuan yang diberikan oleh Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di Luar Negara haruslah selaras dengan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Konsular 1963. Tambahan pula, berpandukan Dasar Luar Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan Perwakilan Diplomatik Malaysia di Luar Negara tidak boleh campur tangan dalam urusan perundangan sesebuah negara asing dan perlu menghormati undang-undang yang digunapakai oleh negara tuan rumah, sebagaimana kita mahu negara-negara lain menghormati sistem perundangan di negara kita. Dalam hal ini, tahanan rakyat Malaysia di luar negara yang telah melalui proses perbicaraan, disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman perlu melengkapkan hukuman mereka sebelum dapat dihantar pulang.

6. Warganegara Malaysia yang berada atau akan mengadakan perjalanan ke luar negara perlu sentiasa berwaspada serta memahami peraturan dan undang-undang tempatan negara berkenaan bagi mengelakkan daripada terjebak dalam perkara yang tidak diingini.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme