Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Parlimen] PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai warga asing dari negara-negara Asia yang telah ditangkap, didakwa dan dipenjarakan setakat 31 Januari 2025; senaraikan maklumat tersebut mengikut pecahan negara asal pesalah, jenis kesalahan, lokasi tangkapan serta tindakan yang telah diambil terhadap mereka

Posted on Tuesday, 04-03-2025 by Editorial Team

SOALAN

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

a. senarai warga asing dari negara-negara Asia yang telah ditangkap, didakwa dan dipenjarakan setakat 31 Januari 2025

b. senaraikan maklumat tersebut mengikut pecahan negara asal pesalah, jenis kesalahan, lokasi tangkapan serta tindakan yang telah diambil terhadap mereka.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

a. Berdasarkan rekod semasa Jabatan Penjara Malaysia, terdapat seramai 13,339 orang banduan warga asing yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan di penjara seluruh negara.

b. Bilangan banduan warga asing yang tertinggi adalah banduan warganegara Indonesia iaitu seramai 5,065 orang, diikuti Myanmar seramai 2,755 orang dan seterusnya Filipina seramai 2,295 orang. Seramai 4,402 orang banduan disabitkan atas kesalahan dadah, 1,441 orang banduan disabitkan atas kesalahan jenayah, 5,859 orang pula disabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 manakala bakinya seramai 1,939 orang banduan terlibat dengan lain-lain kes.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme