Pada 26 April 2023, saya panjangkan aduan penduduk Tanan Desa kepada DBKL dan Air Selangor untuk mengadakan lawatan tapak bagi menyelesaikan isu takungan air di taman rekreasi Taman Desa. Hari ini, saya amat terperanjat dengan kehadiran Datuk Kamarulzaman, iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru turut dalam lawatan tapak tersebut. Kami bermula dengan sesi perbincangan…
Pokok Tumbang akibat ribut taufan di Taman Hock Ann
Petang semalam, ribut taufan telah berlaku di sekitar Jalan Klang Lama dan menyebabkan pokok besar tumbang dan menghempap 6 buah rumah di Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama. Seorang warga emas berusia 89 tahun dan kanak-kanak berusia 4 tahun telah tercedera. Team Pusat Khidmat Seputeh dan saya telah menjalankan lawatan tapak di Taman Hock Ann…
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Polis Brickfields
Pada 1 Syawal, saya menziarahi anggota polis di Balai Polis Brickfields. Demi menghargai jasa para anggota polis yang bertugas sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Scott Garden, Puan Ong Poh See telah mengadakan satu majlis sambutan hari raya kecil di Balai Polis Brickfields. Saya dijemput oleh Puan Ong Poh See untuk sertai…
Majlis Berbuka Puasa & Kacau Dodol dengan warga Balai Polis Sri Petaling
Malam ini Pusat Khidmat Parlimen Seputeh menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anggota polis Balai Sri Petaling dan keluarga mereka di perkarangan Balai Polis Sri Petaling. Sebelum majlis berbuka puasa, beberapa pegawai polis dan ahli keluarga mereka telah buat kacau dodol. Saya cuba mengacau dodol dengan OCS Inspektor Yeo …. Aiduh! Kacau dodol memang perlu tenaga…
Program Mengedar Juadah di PPR Pinggiran Bukit Jalil Fasa 2
Pada lewat petang semalam, saya dan team pusat khidmat parlimen Seputeh berjumpa dengan beberapa wakil blok di ruang Blok J, PPR Pinggiran Bukit Jalil Fasa 2, di samping menyampaikan pek makanan berbuka puasa kepada mereka. Mereka mengadu kepada saya tentang kebocoran paip pembetungan di beberapa bahagian dalam blok mereka. Selain itu, mereka juga mengadu dewan…
Perbahasan RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023
1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Menteri dan Timbalan Menteri dan kesemua agensi kerajaan yang berkaitan atas usaha mereka untuk menyempurnakan RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang merangkumi pemansuhan hukuman mati mandatori dalam beberapa undang-undang di negara kita. 2. Ini adalah penerusan usaha yang bermula pada tahun 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi…
Perbahasan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023
Ucapan Teresa Kok dalam perbahasan RUU Pindaan Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak pada 29 Mac 2023. 1. Saya mengucapkan tahniah kepada YB Menteri, Timbalan Menteri dan team mereka atas usaha untuk menambahbaikkan beberapa undang-undang, termasuk Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Pindaan ini juga mendapat sambutan daripada CSO- CSO wanita dan kanak-kanak. 2. Kanak-kanak adalah harapan kepada…
Perbahasan Belanjawan 2023 Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Pengangkutan)
Hari ini, saya menyertai perbahasan dalam Belanjawan Kementerian Pengangkutan 2023. Saya telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Pengangkutan untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam demi kemudahan rakyat. #teresakok #pusatkhidmatparlimenseputeh