Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Parlimen] Ucapan perbahasan Pindaan Akta KWSP Pada 6 Mac 2025 di Dewan Rakyat

Posted on Thursday, 06-03-2025 by Editorial Team

Ucapan perbahasan Pindaan Akta KWSP Pada 6 Mac 2025 di Dewan Rakyat
=================================================
Saya mengalu-alukan pindan Akta KWSP dengan menghendaki majikan untuk membayar caruman KWSP untuk pekerja asing. Pindaan akta ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap semua pekerja, termasuk pekerja asing yang telah banyak memberi pengorbanan dan sumbangan dalam banyak sektor di negara kita. Mereka adalah golongan yang bekerja dalam sektor 3D (difficult, dirty & dangerous), pekerja asing telah menurunkan kadar inflasi dan kos kehidupan di negara kita.

Malaysia selalu diserang oleh ILO dan NGO asing bahawa pekerja asing di negara kita tidak diberi layanan yang adil dan baik atau dianiayai. Peningkatan gaji minima pekerja domestic dan pekerja asing kepada RM1,700 adalah dasar yang baik, pengenaan caruman KWSP sebanyak 2% terhadap majikan dan pekerja asing juga merupakan langkah yang baik yang boleh menjawab serangan daripada ILO dan NGO-NGO pekerja.

Tuan Yang diPertua, salah satu masalah yang dihadapi oleh majikan yang menggaji pekerja asing adalah mereka menghilangkan diri selepas bekerja beberapa bulan ataupun tahun di negara kita. Terdapat juga sindiket yang mencuri pekerja asing yang ada permit kerja dengan menawarkan gaji yang tinggi sedikit di tempat lain.

Selain itu, sesetengah pekerja asing yang tamat tempoh kontrak pekerjaannya menghilangkan diri kerana mereka memang tiada apa-apa simpanan kerana mereka terpaksa bayar hutang kepada agen ataupun “ah long” di negara asal mereka yang memperkenalkan mereka datang bekerja di Malaysia, dan juga terpaksa bayar fi kepada agen syarikat pekerjaan di Malaysia. Ada di antara mereka memang tidak mempunyai wang untuk bayar tiket penerbangan untuk balik ke negara asal mereka, jadi mereka terpaksa lari dari majikan selepas tamat tempoh kontrak pekerjaan, dan bekerja secara tidak sah di negara kita.

Saya berpendapat pembayaran caruman KWSP kepada pekerja asing akan dapat menegah pekerja asing untuk lari daripada majikan asal dan menegah sindiket yang mencuri/menculik pekerja asing yang baru sampai di Malaysia, kerana sistem pencaruman KWSP bagi pekerja asing adalah membantu pekerja asing untuk menyimpan wang secara paksaan.

Contoh: sekiranya gaji bulanan seorang pekerja asing adalah RM2,000, maka caruman majikan dan pekerja asing Bersama adalah RM80 sebulan, maka satu tahun jumlah caruman ialah RM960, kalau pekerja asing itu bekerja selama 3 tahun, jumlah caruman KWSP ialah RM2,880, jika kita campur dividen KWSP, jumlah simpanan pekerja ialah RM3,000 lebih.

Jadi, bila mereka tamat tempoh pekerjaan mereka di Malaysia, simpanan mereka di KWSP pun membolehkan mereka untuk membiayai kos perbelanjaan untuk balik ke negara asal mereka.

Pada pandangan saya, pekerja asing harus dibenarkan dan digalakkan untuk memberi lebih caruman dan bukannya 2% sahaja, kerana dividen KWSP adalah lebih tinggi daripada kadar bunga simpanan bank tempatan.

Tuan yang diPertua, saya tidak setuju seksyen 70E dalam pindaan akta ini, iaitu pekerja asing hanya dapat mengeluarkan semua atau sebahagian amaun yang ada dalam akaun KWSPnya bila pekerja itu mencapai umur 55 tahun.

Kenapa pekerja asing hanya dapat mengeluarkan caruman mereka pada umur 55 tahun? Kebanyakan pekerja asing hanya bekerja di negara kita selama beberapa tahun atau maksima 10 tahun mengikut undang-undang kita, kita haruslah membenarkan mereka mengeluarkan caruman KWSP mereka sebelum atau selepas mereka meninggalkan Malaysia dan pulang ke negara asal mereka. Ini adalah untuk mengatasi masalah ramai pekerja asing menghilangkan diri, wang simpanan mereka di KWSP adalah simpanan mereka untuk membiayai perbelanjaan untuk balik ke negara asal mereka.

Sekiranya seorang pekerja asing bekerja di Malaysia pada umur 20 tahun, dia hanya boleh berada di Malaysia selama 10 tahun, bila di pulang ke negara asalnya pada umur 30 tahun, dia perlu tunggu 25 tahun lagi, sampai 55 tahun baru boleh dapat balik caruman KWSPnya, ini adalah amat tidak praktikal. Pada waktu itu, macam mana seseorang pekerja asing yang telah balik ke negara asal mereka untuk mengeluarkan wang simpanan mereka di KWSP?

Saya berharap Kerajaan mengkaji semula fasal ini.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme