Team Pusat Khidmat Seputeh dan saya telah membuat lawatan susulan di Perkampungan warga asing di Jalan Klang Lama untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa kebakaran.
Bantuan kepada mangsa kebakaran di perkampungan warga Indonesia di Jalan Klang Lama
Pada waktu tengahari, Team pusat khidmat parlimen Seputeh menghantar tilam, bantal, pakaian dan barang mandian kepada mangsa kebakaran di perkampungan warga Indonesia di Jalan Klang Lama. 11 rumah dibakar pada hari Rabu yang lepas. Kebakaran ini menyebabkan 25 orang kehilangan tempat kediaman. Hari ini adalah Hari Krismas dan kami memainkan peranan “Santa Claus” yang beri…
Penurapan Jalan Badang 11, 12, 13 di Taman Casterfield
Janji ditepati. Jalanraya di Taman Castlefield telah ditarkan oleh DBKL. Terima kasih kepada DBKL
Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan, KL terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri
Pagi ini MP KL hadir perjumpaan dengan PM DS Anwar Ibrahim di bangunan DBKL. Sekarang Kementerian Wilayah Persekutuan telah dimansuhkan dan KL terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya rasa gembira PM mengarahkan datuk bandar dan semua ketua jabatan DBKL mengadakan perjumpaan bulanan dengan semua Ahli Parlimen KL, supaya kami boleh bentangkan masalah di kawasan…
Bantuan kepada mangsa kebakaran yang berlaku di perkampungan warga Indonesia, Batu 4, Jalan Klang Lama.
Kebakaran berlaku di perkampungan warga Indonesia di Batu 4, Jalan Klang Lama pada waktu tengahari. 11 rumah dimusnahkan api dan 25 penduduk hilang tempat kediaman. Team saya hantar bakul makanan, roti yang diderma oleh RT Pastry dan pemasak eletrik kepada setiap keluarga yang hilang rumah pada 5.30 petang. Pusat khidmat saya juga hantar hampers dan…
Hari Pertama Sidang Parlimen selepas PRU15.
Hari ini adalah hari pertama sidang parlimen selepas PRU15. Saya sekarang adalah “back bencher” pihak kerajaan, dan kerusi saya ditukar ke bahagian tengah di Dewan Rakyat. Saya rasa hairan saya duduk dalam barisan yang sama dengan Gobind Singh, Syed Saddiq, Hishamuddin Hussein Onn dan Wee Ka Siong. Sebelum PRU15, saya selalu kritik mereka, selepas PRU,…
Kalender YB Teresa Kok tahun 2023. Percuma untuk semua
Anda dijemput untuk memperolehi kalender Pusat Khidmat Parlimen Seputeh tahun 2023. 士布爹区国会议员服务中心的跑马日历出炉了!欢迎索取🎊🤗 #teresakok #pusatkhidmatparlimenseputeh
Rakyat Menyeru, Kita Membantu: Penipuan Pengubahsuaian bernilai RM1 juta
Pusat Khidmat Parlimen Seputeh sering kali dikunjungi oleh ramai orang yang datang meminta bantu ke atas pelbagai ketidakadilan dan kesusahan. Pada kali ini, sekali lagi terdapat rakyat kawasan parlimen Seputeh yang menjadi mangsa penipuan pengubahsuaian bernilai RM1 juta. Baca berita tersebut di sini > https://www.thevibes.com/articles/news/80240/rm1-mil-renovation-scam-take-urgent-action-against-company-igp-told?fbclid=IwAR2WWt4XQXd9jCnQsAJ67_l9rr4SvNWJgWLY2DYhwWutg8rDm3MmOjP1hIo Saksikan sidang media melalui pautan ini> https://fb.watch/hYE4Jz1Wj1/