Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Menjunjung Kasih Tuanku oleh Teresa Kok Pada 17 Februari 2025 di Dewan Rakyat

Posted on Monday, 17-02-2025Tuesday, 25-02-2025 by Editorial Team

Ucapan Menjunjung Kasih Tuanku oleh Teresa Kok Pada 17 Februari 2025 di Dewan Rakyat

Terima kasih atas peluang diberi untuk memberi ucapan menjunjung kasih Tuanku pada hari ini.

Saya ingin membangkitkan beberapa isu dalam tempoh 10 minit ini.

Isu Pertama, Pelantikan Anggota Pesuruhjaya dan Ketua Pengarah Agensi Kerajaan Dengan Proses Yang Lebih Telus dan Terbuka
=================================
Pada bulan Januari yang lepas, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Parlimen (PAC) telah melawat ke Indonesia dan mengadakan kunjungan hormat kepada beberapa agensi kerajaan yang mempunyai fungsi yang agak sama dengan PAC, Jabatan Audit Negara dan SPRM, iaitu: Badan Akuntabilitas Keuangan Negara, Southeast Asian Parliamentarians Against Corruption, Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia (BPKRI), Komisi Pemberantasan Korupsi.

Dalam mesyuarat dengan badan-badan kerajaan Indonesia ini, kami difahamkan semua anggota suruhanjaya dan jawatan tertinggi seperti Ketua Pengarah adalah dijalankan melalui proses pemilihan yang telus dan terbuka. Jawatan-jawatan ini dibuka kepada permohonan orang ramai. Selepas itu, satu Jawatankuasa PIlihan Khas Parlimen meneliti dan menapis kesemua permohonan tersebut, selepas itu, pemohon yang terpilih ataupun “short-listed” akan disemak dan ditapis lagi oleh beberapa jawatankuasa, baru Ketua Pengarah dan para anggota suruhanjaya dilantik secara rasmi.

Saya berpendapat ini memang proses pemilihan anggota suruhanjaya dan ketua badan berkanun yang inklusif yang patut dicontohi oleh kerajaan.

Saya difahamkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri memang membuka ruang kepada orang ramai untuk memohon jawatan anggota SUHAKAM melalui talian, tetapi selalunya pihak kerajaan kurang membuat publisiti berkenaan peluang permohonan tersebut sehingga ramai orang yang berminat tidak tahu tentang permohonan tersebut.

Saya juga cadang kerajaan memberi peluang kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang berkaitan untuk memainkan peranan untuk mewawancara pemohon-pemohon dan memberi maklum balas kepada kerajaan, sebagai langkah untuk memperkasa institusi Parlimen.

 

Isu Kedua: Tanah Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur Haruslah dijual Pada Harga Pasaran
=================================
Tuan yang diPertua, saya ingin tanya kepada pihak kerajaan, kenapakah kerajaan menjual tanah kerajaan di wilayah persekutuan Kuala Lumpur dengan harga yang jauh di bawah harga pasaran?
Dalam kes Kg Bohol, tanah kerajaan di sekeliling Kolam Takungan Banjir Kg Bohol dijual dengan harga RM74 per kaki persegi, iaitu 25% lebih daripada harga tanah di Taman Kinrara yang dijual pada RM300 kaki per segi, iaitu kawasan di sebelah Kolam Takungan Banjir Kg Bohol.

Dalam kes tanah rezab polis di Taman Desa dalam lot 54780 yang dijual kepada pihak swasta untuk mendirikan kondominium pula, tanah yang seluas 0.86 ekar itu dijual pada harga RM1.91 juta, iaitu lebih kurang RM50.72 kaki per segi. Tanah di sebelah lot tersebut adalah kondominium Kensho Residence yang masih dalam pembangunan. Saya difahamkan pemaju membeli tanah itu dengan harga RM334.45 kaki per segi pada tahun 2016. Perbezaannya adalah RM 283.73 satu kaki persegi, iaitu 6.6 kali lebih rendah daripada harga pasaran ataupun harga tanah di sebelahnya.

Soalan saya adalah, kenapakah dua keping tanah bersebelahan ini dijual dengan harga yang jauh berbeza harganya? Kalau Kerajaan ingin jual tanah lot 54780 tanah rezab polis tersebut kepada pihak swasta, ia seharusnya dijual pada harga pasaran. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah, Kerajaan mengorbankan tanah rezab polis yang sepatutnya digunakan untuk mendirikan Balai Polis Brickfields dan jual kepada pemaju untuk tujuan pembinaan kondominium dengan harga yang 6.6 kali lebih rendah daripada harga tanah di sebelahnya.

Di sini, saya ingin beri 2 cadangan kepada Kerajaan
1) Ambil balik tanah lot 54780 tanah rezab polis daripada pihak swasta dan gantikan dengan tanah atau projek yang lain;
2) Kerajaan Persekutuan haruslah membuat ketetapan untuk menghentikan penjualan atau pemberimilikan tanah Kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada pihak swasta, khususnya tanah untuk tujuan pembangunan kondominium kerana Pembangunan berlebihan / over-development di KL.

Selain itu, sekiranya Kerajaan nak jual tanah Kerajaan kepada pihak swasta, ia mesti dijual dengan harga pasaran, dan bukannya harga Istimewa yang jauh rendah daripada harga pasaran sekarang.

 

Isu Ketiga: Malaysia Harus Memimpin ASEAN Untuk Mengembalikan Demokrasi di Myanmar
=================================
Pada 1997, Malaysia memainkan peranan yang aktif dengan membawa Myanmar untuk menyertai ASEAN dalam ASEAN Ministerial Meeting di Subang Jaya. Tetapi sehingga hari ini, konflik dalaman Myanmar yang masih berterusan menyebabkan lebih warga Myanmar melarikan diri ke negara-negara jiran, termasuk Malaysia.

Pada 2021, militari Myanmar menjalankan rampasan kuasa yang ganas selepas ia kalah dalam pilihanraya. Sekarang, kuasa Pro-democracy mengawal lebih 50% dalam Myanmar manakala rejim militari hanya mengawal 20% negara sahaja. Kerajaan Myanmar yang kalah sekarang memaksa lelaki dan wanita muda untuk menyertai pasukan tentera.

Saya faham kerajaan akan henti mengusir warga Myanmar di negara kita untuk balik ke Myanmar kerana pelarian yang diusir oleh kita bukan sahaja akan dimasukkan ke penjara tetapi mereka akan dijadikan askar paksaan untuk menentang kumpulan Pro-democracy di Myanmar.

Ramai anggota NGO yang prihatin dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada kumpulan pelarian rasa lega untuk membaca jawapan Parlimen kepada saya pada 12 Februari 2025 yang menyatakan kerajaan bercadang untuk menyediakan beberapa bantuan sosial kepada pelarian yang berdaftar dengan Kerajaan dan UNHCR termasuk kebenaran bekerja secara sah di Malaysia Di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (semakan 2023).

Keputusan ini adalah lama dinanti-nantikan oleh banyak pihak kerana ia bukan sahaja akan mengurangkan konflik di dalam Myanmar tetapi ia juga akan memenuhi keperluan pekerja asing di negara kita. Tetapi soalan yang ditanya-tanyakan oleh ramai ialah, apakah garis masa bagi kerajaan untuk melaksanakan arahan majlis keselamatan negara NO: 23, apakah kerajaan akan mengadakan libat urus dengan APPGM di parlimen dan juga NGO-NGO yang menghulurkan bantuan kepada pelarian di negara kita sebelum kerajaan mengumumkan dasar secara terperinci?

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menyeru Malaysia sebagai pengerusi ASEAN memainkan peranan “jambatan” di antara rejim militari dan kumpulan pro-demokrasi di Myanmar, dan memupuk pendamaian di dalam Myanmar.

 

Isu Keempat, Halu-tuju Pembangunan “Bandar Malaysia” di Kuala Lumpur
==================================
Saya ingin tanya tentang cadangan pembangunan “Bandar Malaysia” di Sungai Besi Kuala Lumpur daripada pihak kerajaan.

Ibu negara Kuala Lumpur sepatutnya dibangun untuk menjadi bandar green-nyaman-CO2-zero dengan penggunaan kereta eletrik dan pengangkutan awam. Cadangan Bandar Malaysia ini adalah “ambitious” dan akan merosakkan kecantikan Kuala Lumpur. Pelaburan sebanyak RM12 billion oleh KLCC Holding nampaknya akan digunakan untuk membina satu projek mewah dengan shopping complex dan menara tinggi. Saya khuatir Kuala Lumpur akan jadi “slump area” macam cerita Batmam Gotham city.

Saya cadangkan supaya idea “Bandar Malaysia” di laksanakan di luar Kuala Lumpur, misalnya daerah-daerah Selangor yang bersempadan dengan Perak, kerana trafik di Kuala Lumpur sudah dah tepu, banjir kilat berlaku hampir tiap-tiap bulan, aliran sungai yang sediada sudah tidak dapat menampung air yang disebabkan oleh pembangunan yang terlalu padat.

 

Hartanah Lembaga Getah Malaysia
============================

Tuan yang diPertua, memandangkan tanah RRI pernah dilibatkan dalam skandal kewangan sebelum ini, dan LGM mempunyai banyak hartanah.

Saya dengar ada pihak yang berminat untuk membangunkan tanah LGM.

Saya berharap Menteri Peladangan dan Komoditi akan memberitahu dewan yang mulia ini tentang halatuju hartanah LGM, dan apakah khabar angin tentang pembangunan hartanah LGM ini betul.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme