Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Mengenai Dasar&Pembaharuan Oleh DBKL-Seminar Bersama Ahli Parlimen WP

Posted on Monday, 07-07-2008Monday, 07-07-2008 by DAP Seputeh

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH : 3 JULAI 2008 (KHAMIS)

RUJUKAN : 14

SOALAN :

YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan dasar dan pembaharuan yang akan dijalankan oleh DBKL selepas Seminar Bersama Dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada 17 โ€“ 18 April 2008.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Seputeh, hasil daripada Retreat Perundingan Meja Bulat Ke-2, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan telah merangka strategi dan tindakan ke atas isu, aduan dan cadangan yang dikemukakan oleh para peserta. Tindakan susulan yang dijalankan oleh Kementerian ini dibahagikan kepada dua (2) iaitu ;

1) Cadangan Penyelesaian Aduan dibahagikan kepada :
i) Penyelesaian Jangka Pendek
Penubuhan Taskforce penyelarasan penyelesaian Masalah / Aduan Awam DBKL dan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan
oleh YB. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
ii) Penyelesaian Jangka Panjang
Pendekatan Penyelesaian bagi isu-isu berkaitan penambahbaikan undang-undang, dasar dan aduan-aduan yang melibatkan
penyelarasan pelbagai agensi.

2) Strategi penambahbaikan dibahagikan kepada :
i) Strategi Penambahbaikan Jangka Pendek
Cadangan-cadangan yang boleh dilaksanakan dalam tempoh masa kurang daripada dua tahun dan dilaksanakan dengan segera
seperti :
a) Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan;
b) Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan perbandaran; dan
c) Memperkemaskan fungsi dan peranan Jentera Pentadbiran DBKL.

ii) Strategi Penambahbaikan Jangka Panjang
Merupakan cadangan-cadangan yang memerlukan perancangan yang teliti dan tempoh masa lebih daripada 2 tahun untuk
dilaksanakan seperti;
a) Perancangan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam secara menyeluruh dan integrated;
b) Penambahbaikan dasar;
c) Mempertingkatkan penyelarasan antara agensi ke arah pengurusan perbandaran yang berkonsepkan Modern City
management;
d) Good Governance; dan
e) Mewujudkan Akta Wilayah Persekutuan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Pihak Kementerian ini juga sedang menyediakan memorandum mengenai resolusi-resolusi Seminar dan Retreat Perundingan Meja Bulat tersebut untuk dibentangkan bagi mendapatkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri.

1 thought on “Jawapan Parlimen Mengenai Dasar&Pembaharuan Oleh DBKL-Seminar Bersama Ahli Parlimen WP”

  1. sinatra_z says:
    Tuesday, 08-07-2008 at 10: 17.27

    Dear YB Theresa Kok,
    Since I don’t want to believe all the rumours or hearsay from the internet so I think it’s best if I ask directly to you.

    Little birds in the internet chirped this..
    Dalam dewan undangan negeri Selangor,Terresa Kok telah mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (Sri Kembangan) mengenai aduan penduduk bukan Islam terhadap laungan azan subuh yg didakwa menggangu ketenteraman penduduk.

    Is this true YB?

    Hi Sinatra, I know nothing about the case. Please note that I am a state executive councillor or state minister. Since Satim is only an opposition back bencher, why should I present a petition to him? It should be he who presents the petition to me. Those guys that spread this kind of untrue news seem don’t have any knowledge about our roles. They have forgotten that Satim has become an opposition ADUN. Do I need to sign a SD? ๐Ÿ™‚

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme