Many people in Kuala Lumpur thought that MP in KL can solve all problems in the city, they don’t understand that we have no say in the administration of DBKL and we have no power to direct DBKL officers to do work. Many roads in Seputeh constituency are so bad, numerous complaints made by my office to DBKL but no action has been taken. Today, I am so happy that i can whack DBKL nicely over a few issues that troubled constituents in Seputeh in my speech while debating budget of Ministry of Federal Territory at committee stage today.
Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dalam Perbahasan Jawatankuasa Wilayah Persekutuan dan Kejahteraan Bandar Pada 15 November
1.Keadaan Jalan Raya di Kuala Lumpur Semakin Teruk
Datuk Pengerusi, saya merasa sangat hairan untuk melihat jalan raya di Kuala Lumpur semakin teruk, ataupun “from bad to worse”.
Di sini saya ingin baca dua email daripada penduduk di kawasan saya untuk pengetahuan YB Menteri.
Emel pertama (dari Hoo Weng Yew) yang diterima 2 jam yang lepas:
“Dear Teresa,
I have been staying here for almost the last ten years.
I’m reaching to the desperate level and urgently need your attention for the road condition in Kuchai Lama area.
The tarmac condition of the major roads is in horrible condition. I sometimes wonder if you are aware of the matter, and I am very disappointed that why until today, there is no action by the government?
The tarmac is bad conditions, holes everywhere, it is an unacceptable condition! And this condition is from bad going to worst, I hasn’t seen much of action by the council for the last 5 years!
The few major road need your urgent attention is as follow:-
– Jalan Riang 11
– Jalan Rukun 7
– Jalan Rukun, near the traffic light at “Telepon Restaurant”
– The junction area near Jalan 1/116b
– All the roads of Jalan Rukun
– All the roads of Jalan Selesa
– All the road of Jalan Sekutu
I kindly wish if you can drive your car around the area, and you will realize what I mean, you will feel what I mean.
I travel frequently in South East Asia countries, and I never see such a horrible road condition in the suburb area in the capital city of the country.
It is really embarrassing and I’m don’t know what to say anymore.
Hopefully you can take on this matter seriously with priority.”
Emel kedua (dari Cassandra) yang saya terima semalam:
“Dear Teresa,
………. People here have voted for you and you’ve won the seat but we wonder what have you really done for the Seputeh area. If you have some time to spare, please do drive around the area which you are supposed to be responsible for, particularly Sri Petaling, OUG, Kuchai Lama and Happy Garden and you will be amazed by how bad the road condition is at these areas.
Pot holes are occupying almost 50% of the roads in these areas and it’s amazing how as the MP of this area, you are not doing anything at all………………….
For your own sake or for the people’s sake (as you’ve promised), please help look into this matter urgently and we all hope to see repair and maintenance work to be done ASAP to the roads here.
Cassandra “
Datuk Pengerusi, DBKL tak buat kerja, tak memperbaiki dan tak menambahbaikkan jalan, Ahli Parlimen Kuala Lumpur yang disalahkan oleh penduduk di Kuala Lumpur. Pusat Khidmat saya terima banyak aduan daripada penduduk di kawasan Parlimen Seputeh dan kami pernah membuat banyak aduan kepada DBKL tetapi nampaknya tiada apa-apa tindakan dilakukan, kalau jalan ditampal pun, ia pun ambil masa yang lama.
Isu sekarang ialah, apabila DBKL tidak melaksanakan tanggungjawabnya, Ahli Parlimen dilemparkan tuduhan tidak melaksanakan tugas. Walhal kami sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, kami langsung tidak diberi peranan dan kuasa di dalam DBKL. Surat dan aduan kami tidak diambil berat oleh pegawai DBKL.
Datuk yang diPertua, saya pernah membawa penduduk di Happy Garden di kawasan saya membuat bantahan ke atas jalan yang teruk pada setengah tahun yang lepas. Selepas protes dibuat, saya hantar gambar foto melalui telefon bergerak saya kepada pegawai DBKL dan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Sebulan selepas protes kami, DBKL datang menampal satu jalan di Happy Garden.
Di sini, saya ingin tanya YB Menteri, apa yang harus dilakukan oleh saya sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur? Apakah YB Menteri dan DBKL menghendaki saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen saya memegang sepanduk dan membuat protes menentang keadaan jalan yang semakin merosot bersama dengan penduduk di kawasan kami tiap-tiap minggu, baru DBKL datang menampal jalan? Atau apakah kami perlu minta pengadu untuk memanggil nombor telefon bergerak YB Menteri dan Datuk Bandar secara terus?
Apakah ketidakberkesanan Bahagian JKA DBKL disebabkan penghapusan Term Contractor?
Datuk Pengerusi, saya diberitahu oleh seorang kontraktor yang pernah buat kerja dengan DBKL bahawa keadaan jalanraya yang merosot sekarang adalah disebabkan oleh penghentian “term kontraktor” oleh Datuk Bandar dan menghendaki setiap kerja penambahbaikan jalan raya melalui tender terbuka, dan proses tender terbuka ini pun melambatkan kerja penampalan jalan dan penambahbaikan jalan raya. Saya ingin tahu, apakah kenyataan ini benar?
Saya tidak membantah perlaksanaan tender terbuka oleh DBKL, tetapi saya ingin mempertikaikan tindakbalas yang lambat ke atas jalan yang berlubang-lubang oleh pihak DBKL, dan semakin banyak jalan raya rosak di Bandaraya Kuala Lumpur. Apa rancangan yang akan dilakukan oleh DBKL untuk menangani keadaan ini?
Adakah DBKL Terlalu Besar dan Perlu Dibahagikan Kepada 2 Entiti?
Datuk Pengerusi, di sini saya ingin tanya, apakah DBKL telahpun menjadi terlalu besar sehingga tidak dapat menangani aduan penduduk Kuala Lumpur dengan berkesan? Apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk membahagikan DBKL kepada dua entiti, samada DBKL Utara dan DBKL Selatan ataupun DBKL Timur dan DBKL Barat, supaya DBKL dapat menangani isu dan aduan rakyat dengan lebih cepat dan berkesan?
Kita mempunyai 3 juta lebih penduduk yang bermastautin di Kuala Lumpur, tetapi kita hanya ada satu pihak berkuasa tempatan (PBT). Negeri Selangor mempunyai 5.7 juta penduduk tetapi terdapat 12 PBT. Kerajaan Selangor kini tengah mempertimbangkan kemungkinan untuk membahagikan Majlis Perbandaran Klang kepada dua entiti supaya kita boleh menangani isu penduduk Klang dengan lebih berkesan.
Mungkin tibalah masanya bagi Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mempertimbangkan pembahagian DBKL kepada dua PBT, seperti apa yang berlaku di Bandar besar/mega city seperti London, yang mana juga ditadbir oleh beberapa majlis perbandaran supaya dapat menangani aduan dengan lebih berkesan.
Saya berharap YB Menteri boleh mempertimbangkan cadangan ini, kalau tidak, sekurang-kurangnya jabatan yang penting seperti Jabatan Kerja Awam dipecahkan kepada beberapa kawasan dengan kontraktor dan jurutera yang khas, untuk menangani isu keadaan jalan yang merosot di Kuala Lumpur.
2. Saman Trafik DBKL Dinaikkan Ke RM100 Sekeping
Datuk Pengerusi, DBKL telah menaikkan saman trafik daripada denda RM30 kepada RM100 sekarang. Sekiranya penerima saman trafik tidak membayar saman trafik RM100 dalam tempoh 14 hari, denda akan dinaikkan kepada RM200.
Tiap-tiap hari, pegawai penguatkuasaan pergi mengeluarkan saman trafik di kawasan perniagaan yang sibuk, macam di Kuchai Entrepreneur’s Park dan di Jalan Klang Lama di kawasan Parlimen Seputeh. Selain itu, saya juga diberitahu oleh pegawai penguatkuasaan DBKL bahawa mereka dikehendaki untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 100 keping saman trafik setiap hari, dan kerja mereka seolah-olah adalah untuk mengeluarkan saman sahaja.
Datuk Pengerusi, apakah rasional bagi DBKL untuk menaikkan denda saman trafik? Realiti sekarang ialah, kita memang tidak mempunyai tempat letak kereta yang cukup di banyak kawasan perniagaan di Kuala Lumpur. Bila setiap pegawai penguatkuasaan diarahkan untuk memenuhi kuota 100 keping saman trafik setiap hari, ia hanya menyusahkan peniaga kita kerana perniagaan mereka dijejaskan dengan teruk.
Saya ingin minta pihak penguatkuasaan DBKL supaya bersimpati pada penjaja di Pasar Pagi di Batu 4 di Jalan Klang Lama dan hentikan pengeluaran saman trafik terhadap pembeli dan penjaja di tepi jalan Pasar Pagi tersebut, kerana pasar pagi tersebut telah lama menghadapi masalah ketiadaan tempat letak kereta, aduan mereka telah dipanjangkan kepda DBKL tetapi DBKL gagal membantu mereka, dan malah keluarkan saman trafik kepada penjaja dan pelanggan pasar pagi tersebut setiap hari, sehingga perniagaan pasar pagi Jalan Klang Lama tersebut telah jatuh lebih daripada 40 peratus. Apakah ini cara DBKL untuk membantu penjaja di Kuala Lumpur?
Ramai penjaja di Pasar pagi Batu 4 Jalan Klang Lama tunjuk berpuluh-puluh saman trafik kepada saya dan berkata mereka memang tidak mampu untuk membayar saman yang bernilai RM100 sekeping tersebut, ada di antara mereka malah tidak mendapat keuntungan RM100 sehari, dan mereka memang tidak bayar saman trafik.
Jesteru itu, bagi pihak penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur, saya ingin merayu kepada DBKL supaya hentikan dasar menetapkan denda saman trafik RM100 tersebut dan hentikan dasar yang menghendaki pegawai penguatkuasaan DBKL untuk mengeluarkan 100 keping saman trafik setiap hari tersebut. Kita tidak mempunyai sistem pengangkutan yang baik di Kuala Lumpur, ramai penduduk di Kuala Lumpur terpaksa memandu kereta. Dasar saman DBKL tersebut hanya menyusahkan rakyat dan langsung tidak membantu rakyat yang merupakan pembayar cukai kepada DBKL.
3. Pasaraya Yang Terlalu Banyak di Kawasan Parlimen Seputeh
Mengikut maklumat dalam laman web Jabatan Penerangan (http://www.penerangan.gov.my/wilayah/index.php/artikel/1865-kawasan-parlimen-seputeh), Kawasan Parlimen mempunyai keluasan 2,117 km persegi, jumlah pengundi 74,995 orang, balai polis 2 buah, tetapi kawasan ini mempunyai 6 buah pasaraya. Ini termasuk 3 pasaraya di Batu 4 Jalan Klang Lama, iaitu Tesco (baru), Econsave dan Central. Berdekatan dengan Batu 4 Jalan Klang Lama terdapatnya Giant di Plaza OUG. Di Sri Petaling terdapat Jaya Jusco, di Kuchai Entrepreneur’s Park terdapat NSK, satu pasaraya yang baru yang berniaga 24 jam sehari. Pasaraya ini tidak termasuk kedai seperti mini market 7/11, KK dan sebagainya.
Pasaraya NSK dan lain telah menjejaskan perniagaan pasar pagi di kawasan Parlimen saya, perniagaan di banyak pasar pagi telahpun jatuh kerana para peniaga kecil dan penjaja memang tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat Pasaraya yang besar. Terdapat juga gerai di pasar pagi terpaksa tutup kerana persaingan sengit daripada pasaraya tersebut.
Saya ingin tanya, apakah kriteria Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan DBKL untuk meluluskan pasaraya yang begitu banyak tersebut? Kita dengar Datuk Bandar dan YB Menteri pernah menyatakan kerajaan ingin mendirikan lebih pusat penjaja dan ingin memberi lesen bagi golongan yang berpendapat rendah untuk berniaga. Tetapi dengan pasaraya yang begitu banyak di Kuala Lumpur, dan dengan pegawai penguatkuasaan memberi saman trafik kepada penjaja dan pelanggan di Batu 4 Jalan Klang Lama, macam manakah peniaga kecil dan penjaja di Kuala Lumpur dapat hidup atau “survive”? Apakah kerajaan hanya berminat membantu syarikat besar dan bukannya golongan bawahan untuk hidup dan berniaga?
Saya pernah membangkitkan isu ini dalam ucapan dasar bajet, tetapi malangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri tidak memberi jawapan. Saya ingin minta YB Menteri Wilayah Persekutuan untuk memberi jawapan dalam dewan ini.
Teresa Kok
Reply of Minister Raja Nong Chik
He admitted that the road condition in Seputeh constituency is very bad and DBKL will rectify it.
On the traffic penalty, he said RM100 traffic summon is to be in line with police traffic summon. He denied enforcement officers have to fulfilled quota of 100 traffic summons a day. (Note: I heard this from DBKL enforcement officer, Raja Nong Chik sounds like doesn’t know what’s happening on the ground)
On the issue of too many supermarkets, he said DBKL only give approval for supermarkets that have gotten license from Ministry of Domestic Trade.(I chipped in and said DBKL can still convey the difficulties of petty traders to ministry concerned)
Should stop DBKL monopolized everything. Many infrastructures in KL needs privatise to get improve and create new jobs for the resident there, just like the Cheras bus service… http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/in-cheras-suburb-residents-run-their-lives-by-the-bus/
YB Teresa,
Terima kasih dia atas keprihatinan YB dengan kualiti jalan raya yang sememangnya semakin teruk (merosakkan kenderaan) di Kuala Lumpur sejak rakyat tidak lagi memilih BN dalam mewakili parlimen.
Untuk pengetahuan YB, saya telah tinggal di kawasan Kinrara sejak 2009. Ia memang pesat membangun dengan landskap yang cepat berubah dengan pelbagai pembangunan. Namun sejak kebelakangan ini,kualiti jalan raya agak mengecewakan akibat kerja-kerja kontraktor menyebabkan jalan menjadi tidak rata, berlubang dan merosakkan kenderaan yang lalu lalang walaupun ada kerja-kerja penurapan namun kualitinya seperti kucing kambus taik yang hanya bertahan sementara.
Ini dikuatiri akan menyebabkan imej pemerintahan pakatan rakyat di mata masyarakat akan menjadi negatif dan kehilangan sokongan mereka pada masa akan datang.
Terima kasih.