Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Membangkitkan isu jalan raya di Pulau Indah, Rawang, Sepang Gold Coast, Jalan Puchong dan KL kepada Kementerian Kerja Raya

Posted on Tuesday, 15-11-2011 by -ec-

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KEDUA BELAS

PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT KETIGA

Bil. 53 Khamis 10 November 2011

<snipped>

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Seputeh.

5.18 ptg.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Banyakkah cerita Yang Berhormat ini?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tidak banyak, beberapa isu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 030000 dan Butiran 030100 – Cawangan Jalan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Tunggu Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh, lima minit ya.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, lima minit.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Lima minit, selepas itu Yang Berhormat Batu Gajah. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat Menteri menjawab minggu depanlah.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya beri semua orang bercakap petang ini.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Dia tidak ingat semua ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Isu satu ialah tentang Lebuh Raya SKVE ke Pulau Indah. Ramai pelabur dan juga pengilang di Pulau Indah ini amat prihatin bilakah SKVE ini akan siap kerana apabila kita tanya pegawai sama ada dari LLM ataupun JKR, bilakah jalan yang masuk ke pulau itu disambung, ada yang bagi tarikh yang berlainan. Ada yang kata tahun 2015. Jadi bila kami mendesak mereka, mereka kata tahun 2013, kerana spec itu kena tukar, kerana kapal kena melalui di bawahnya dan sebagai. Jadi saya ingin minta Yang Berhormat Timbalan Menteri beri satu jawapan yang tetap di Dewan ini, bilakah yang khusus, bukan SKVE dari Putrajaya sampai ke Pulau Indah. Ini kerana di situ agak kritikal.

Sekarang di Pulau Indah hanya ada satu jalan yang masuk ke Pulau Indah dan selalunya kesesakan berlaku. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi ke Pulau Indah sekarang, saya guarantee Yang Berhormat akan jammed dekat sana dua jam. Selepas itu baru keluar.

 

■1720

 

So, ini akan menjejaskan pelabur yang ingin menubuhkan kilang dan juga mereka yang ingin pergi ke Pulau Indah untuk bekerja. Ini satu masalah yang sangat besar di sana dan juga jalan masuk, jalan asal sekarang untuk masuk ke Pulau Indah memang banyak pot holes dan juga tidak cukup besar dan juga banyak masalah, semua lampu yang tidak menyala. Saya ingin minta Yang Berhormat ambil perhatian kerana yang masuk dan keluar itu kebanyakannya ialah pelabur asing dan ini boleh menyebabkan banyak kesusahan bagi mereka.

Kedua ialah tentang Rawang. Di Rawang ada banyak kawasan perindustrian tetapi kesannya, jalan selepas Lebuhraya Utara-Selatan, bila kita masuk ke Rawang, kita tentu akan jam di plaza tol sekurang-kurangnya dua puluh minit lepas itu baru beratur masuk ke Rawang town. Di kawasan sana ada banyak kilang, sepuluh tahun yang  lepas, bekas Menteri Kerja Raya, Samy

Vellu telah pun janji akan adakan lebuh raya bertingkat dan sebagainya. Sampai sekarang apa-apa pun tidak ada. Jadi, saya hendak tanya kementerian, apakah rancangan kementerian pada tahun yang akan datang, adakah bahagian lebuh raya di plaza tol itu akan dibesarkan? Bolehkah ia dicepatkan kerana saya difahamkan bahawa Kementerian Kerja Raya hanya buat di bahagian belakang yang mana tidak begitu kritikal, yang kritikal adalah di plaza tol, sampai sekarang pun tidak berbuat apa-apa.

Isu ketiga ialah tentang jalan yang sambung ke Sepang Gold Coast. Sebenarnya ada satu missing link yang lebih kurang 15 kilometer. Pihak Sepang Gold Coast banyak kali minta daripada Kerajaan Pusat untuk tolong sambung satu jalan dari main road sampai ke Sepang Gold Coast supaya Sungai Pelek boleh dijadikan sebagai salah satu tempat pelancongan dan senang bagi pelancong untuk masuk ke sana. Jadi, saya ingin minta pihak kementerian untuk mempercepatkan projek ini.

Di sini saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang di Jalan Puchong kerana yang projek Setia Walk. Setia Walk itu telah menyebabkan kesesakan di tempat itu. Jadi, pihak SP Setia telah pun setuju untuk membina satu jejambat untuk meredakan kesesakan trafik selepas projek itu siap. Jadi, semua ini perlu kelulusan daripada pihak LLM, minta ini akan diluluskan dengan secepat mungkin untuk meredakan kesesakan trafik di Jalan Puchong.

Akhir sekali ialah saya hendak tanya tentang jalan  JKR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Banyak jalan sangat teruk, adakah ia di bawah JKR atau di bawah DBKL? Bila kita tanya DBKL, mereka mengakui ada banyak jalan berlubang dan rosak, malah berlaku di Bukit Bintang. Itu pusat pelancongan, ramai pelancong duduk di sana dan jalan di sana kerana pembinaan LRT atau apa-apa, jalan sudah banyak berlubang-lubang. Saya tidak tahu ini di bawah bidang kuasa kementerian ataupun DBKL.

Minta ambil perhatian. Sekian, terima kasih.

 

1 thought on “Membangkitkan isu jalan raya di Pulau Indah, Rawang, Sepang Gold Coast, Jalan Puchong dan KL kepada Kementerian Kerja Raya”

  1. Dr. Amir says:
    Tuesday, 15-11-2011 at 14: 36.26

    Dear Readers,

    It is appalling to note that the roads in Rawang and its vicinity is in bad shape. I am working in the Rawang Industrial Integrated Park (RIIP), the jam is very bad especially between 5pm-8pm. The worse situation will be if there is heavy downpour, the only road to Tasik Putri, B. Country Home, Batu Arang is impassable. We have to wait till the flood subside, 2-4 hours is common.

    The road to the toll from RIIP is jam from 7am -10 am and from 5pm-9pm, not 20-25 mins. but 1 hour plus.

    This area is of low priority since no grand politician is residing here. The roads are low lying which is prone to flash floods. It is almost a Malay and some indians dominated areas with chinese occupying the city and its suburb. No university or college has been ear mark at this place even though it is a nice place for a study environment, where distraction and disturbance is minimal. Nite Entertainment is almost nil especially in B.C. Home and Tasik Putri.

    Not much of an investment for the rich UMNOPOTRAS, thus neglected. This place is only important during election, where every votes count for BN other then that go to hell with you people.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme