Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Majlis pungut dana bagi surau dan sekolah agama rakyat di Puchong

Posted on Thursday, 10-11-2011Thursday, 10-11-2011 by -ec-

Pada 9 November 2011, pejabat saya dan pejabat Ahli Parlimen Puchong telah menganjurkan majlis makan malam pungut dana di Dewan MPSJ Puchong Indah.

 

Tujuan kami menganjurkan majlis ini adalah untuk memungut dana bagi pembaikan dua buah surau dan sekolah agama rakyat Batu 13  Puchong yang sudah usang. Saya bersyukur majlis ini disambut baik. Empat puluh buah meja telah dijual. Dari 40 meja yang ada, 15 meja disokong oleh kaum Cina.

Kanak-kanak dari sekolah agama rakyat yang membuat persembahan nasyid pada permulaan  jamuan pungut dana kami.

 


ADUN Batu Caves Amirudin Shari , Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan saya.

 


Sdr Gobind bersama YDP Pas Puchong Soffien Ismail.

 

ADUN Batu Caves Amirudin Shari berkata hanya bila Pakatan Rakyat memerintah, berbilang kaum bekerjasama memungut dana bagi membantu surau dan sekolah agama rakyat. Perkara ini tidak pernah berlaku di Barisan Nasional yang memainkan politik perkauman.

 

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berucap tentang cerita dalam sejarah Islam dan menegaskan penganut Islam yang sebenar memang menghormati agama selain daripada Islam.

 

Sdr Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong menyentuh isu keadilan dan undang-undang.

Timbalan Presiden PAS Mat Sabu adalah penceramah yang terakhir. Beliau berkata sekiranya Najib tidak membersihkan Daftar Pemilih, NGO dan PR akan melancarkan perhimpunan Bersih sekali lagi.

 


Muslimat yang hadir dalam jamuan.

Muslimin yang hadir.

 

Kanak-kanak dari sekolah agama rakyat yang membuat persembahan nasyid pada permulaan  jamuan pungut dana kami.

 

Sdr Gobind dan saya berterima kasih kepada Mat Sabu yang sudi datang berucap pada akhir jamuan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme