Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Bajet Parlimen (bahagian 4/4): Pasaraya raksaksa menjejaskan perniagaan pasar pagi dan penjaja

Posted on Thursday, 20-10-2011Thursday, 20-10-2011 by -ec-

PASARAYA RAKSAKSA MENJEJASKAN PERNIAGAAN PASARAYA KECIL TEMPATAN

Dato yang diPertua, kita lihat sekarang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah meluluskan lesen bagi banyak pasaraya raksaksa seperti Tesco, Jaya Jusco, Giant dan sebagainya di kawasan Lembah Klang dan di seluruh Negara. Baru-baru ini, Kerajaan malah meluluskan lesen pasaraya tanpa kira kesesuaian tempatan di Kawasan Parlimen Seputeh.

Kawasan saya bukan sahaja diluluskan pasaraya Jusco, Tesco, Giant, Econsave, Plaza OUG, dan pada beberapa bulan yang lepas, Kementerian malah meluluskan Pasaraya NSK yang beroperasi 24 jam. Kewujudan pasaraya yang baru seperti Tesco dan NSK telah banyak menjejaskan perniagaan pasar pagi di kawasan Parlimen saya, sehingga banyak gerai penjaja terpaksa henti perniagaan kerana mereka memang tidak dapat bersaing dengan pasaraya yang mampu menjual barang mereka dengan harga yang jauh lebih rendah daripada gerai mereka.  Mereka juga tidak faham kenapakah DBKL membenarkan pasaraya NSK berniaga 24 jam sehari?

Di sini saya ingin menyeru pihak Kementerian yang sepatutnya membantu peniaga kecil untuk menghentikan pengeluaran lesen pasaraya besar dan khususnya pasaraya dari Negara asing.Perniagaan runcit sederhana dan kecil merupakan “life line” kepada ramai peniaga kecil, peniaga kecil ini memang tidak mampu bersaing dengan pasaraya besar yang mempunyai modal yang besar.Sekiranya Kementerian terus meluluskan lebih lesen perniagaan kepada pasaraya besar malah di banyak kawasan luar Bandar, kerajaan kelihatan hanya berminat untuk membantu taukeh besar dan bukannya peniaga dan penjaja kecil.

APAKAH HARGA BAGI RUMAH MAMPU MILIK DI LEMBAH KLANG?

Dato yang diPertua, saya ingin tanya pihak Kerajaan, apakah definisi dan harga bagi rumah bagi rumah mampu milik ataupun “affordable homes” di kawasan Lembah Klang? Saya terbaca dalam surat khabar bahawa harga yang ditetapkan oleh syarikat perumahan 1 Malaysia bagi rumah mampu milikdi Lapangan Terbang Lama di Sungai Besi ialah daripada RM220k sehingga RM400k. Bagi pembeli rumah jenis ini, setiap bulan mereka terpaksa bayar balik RM2000 ke atas untuk pinjaman bank. Ini bermaksud hanya mereka yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM5000 ke atas mampuu beli rumah jenis ini.Apakah ini dipanggil “rumah mampu milik”?

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme