Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Bajet Parlimen (bahagian 3/4): Tanah Rezab Sekolah Rendah Cina

Posted on Thursday, 20-10-2011 by -ec-

PEMBINAAN SJKC di SELANGOR

Dalam jawapan bertulis yang diberi oleh Menteri Pelajaran kepada saya pada 18 Oktober, saya diberitahu bahawa Kementerian Pelajaran telah meluluskan pembinaan 7 SJKC di Malaysia daripada tahun 2008 sehingga sekarang.

Isu tentang ketidakcukupan SJKC di Lembah Klang telah banyak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen di dewan yang mulia ini, isu tersebut juga selalu dijadikan modal politik bagi pemimpin dan bakal calon MCA menjelang pilihan raya.

Apa yang saya rasa kesal ialah, Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran selalu berbohong kepada rakyat tentang isu tanah sekolah. Mereka selalu menuduh Kerajaan Negeri Sekolah tidak memberi tanah kepada pihak Kementerian Pelajaran sehingga Kementerian Pelajaran tidak dapat membina SJKC dan SJKT untuk rakyat. 

Dato yang diPertua, mengikut garispanduan perancangan negeri, setiap kawasan yang mempunyai 3,500 hingga 7,000 penduduk dikehendaki untuk mengadakan tanah rezab sekolah rendah, manakala tempat yang mempunyai 9,000 penduduk dikehendaki menyediakan tanah rezab untuk sekolah menengah.

Pada beberapa hari yang lepas, YB Timbalan Menteri Pelajaran dari kawasan Parlimen Batu Pahat menuduh Kerajaan Negeri Selangor tidak memperuntukkan tanah bagi Kementerian Pelajaran untuk membina sekolah rendah Cina.Ini memang merupakan tuduhan liar yang tidak berasas.

Untuk rekod Dewan Rakyat yang mulia ini, saya ingin menyatakan di sini, sejak Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Negeri Selangor pada April tahun 2008, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telahpun meluluskan 84 keping tanah rezab sekolah, di antaranya 5 tanah diperuntukan kepada SJKC atas permohonan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, iaitu:

SJK(C) Hin Hua, Klang, 

SJK(C) Bandar Serendah, Hulu Selangor

SJK(C) Balakong, Hulu Langat

SJK(C) Connaught (2), Hulu Langat

SJK(C) Gurney, Hulu Selangor

 

Sehubungan dengan itu, dalam Reply

mesyuarat MMKN Negeri Selangor pada 23 September 2011, kerajaan Selangor telahpun meluluskan 2 keping tanahrezab sekolah yang tidak  dipohon oleh Jabatan Ketua Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (JKPTG) di Taman Tasik Prima Puchong kepada 2 buah sekolah Cina, iaitu lot 65768 yang berkeluasan 4.12 ekar kepada Lembaga Pengurus SJKC Yak Chee dan lot 65766 yang berkeluasan 6.38 ekarkepada Lembaga Pengelola SMJK Katholik.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor telahpun hantar surat yang bertarikh 30 September 2011 kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, di sini saya ingin menyeru Menteri Pelajaran dan kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran yang selalu menuduh Kerajaan Negeri Sekolah tidak memberi tanah kepada sekolah Cina untuk meluluskan permohonan kedua-dua sekolah ini untuk membina cawangan sekolah mereka di Puchong tersebut. Saya malah ingin mencabar pihak Kementerian Pelajaran supaya memberi kelulusan kepada kedua-dua sekolah ini sebelum Pilihan Raya yang akan datang untuk menunjukkan keikhlasan kerajaan BN dalam isu ini.

Minta Beri Kelulusan Pemindahan Sekolah Kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucius

Di sini, saya juga ingin menyeru Kementerian Pelajaran untuk meluluskan permohonan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucius yang telah lama memohon memindah sekolah ke tapak rezab sekolah di Sentul di Kuala Lumpur.Saya berharap Kementerian Pelajaran boleh memberi kelulusan ini dengan secepat mungkin memandangkan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Confucius tengah berkongsi bangunan dan halaman sekolah dengan Sekolah Menengah Persendirian Confucius dan berada dalam keadaan yang amat himpit dan sesak.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme