Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Bajet Parlimen (bahagian 1/4): perlanjutan tempoh perkhidmatan pegawai kerajaan yg bersara

Posted on Thursday, 20-10-2011Thursday, 20-10-2011 by -ec-

Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Bajet 2012 pada 20 Oktober 2011

Dato yang diPertua, sejak Bajet 2012 ini diumumkan, maklum balas daripada masyarakat umum ialah bajet ini adalah bajet pilihan raya yang hanya mementingkan pemberian wang dan hadiah kepada pengundi bagi BN untuk menang Pilihan Raya di kalangan rakyat yang miskin, dan bukan bertujuan untuk menetapkan arah dan rancangan baru untuk merangsangkan ekonomi Negara.

Di sini, dengan masa terhad ini, saya ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan rakyat di dewan yang mulia ini.

PERLANJUTAN TEMPOH PERKHIDMATAN PEGAWAI KERAJAAN KE UMUR 60 MENAFIKAN HAK KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI-PEGAWAI MUDA

Dalam ucapan bajet 2012, YAB Perdana Menteri mencadangkan supaya umur persaraan kakitangan awam dinaikkan daripada 58 tahun sekarang kepada 60 tahun.Walaupun cadangan ini menyeronokkan sekumpulan pegawai kerajaan, tetapi ia juga mengecewakan ramai pegawai kerajaan, kerana dasar ini akan menyebabkan lebih daripada 8,000 kakitangan awam dinafikan kenaikan pangkat.

Berdasarkan semakan saya, pada tahun hadapan, iaitu 2012, sepatutnya terdapat 70 orang pegawai JUSA daripada Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik akan bersara. Kesan persaraan mereka akan membolehkan seramai 350 orang pegawai dinaikkan pangkat daripada Gred 41 – 44 – 48 – 52 – 54 ke JUSA C.

Jika kita mengambil kira pula lain-lain perkhidmatan, seperti pegawai kumpulan A – Pengurusan dan Profesional, iaitu seperti Guru, Pensyarah, Doktor, Jurutera, Askar/Polis dan Akauntan, jumlah yang akan terlibat dengan kenaikan pangkat akan melebihi 2,000 orang. Jumlah ini mungkin akan mencecah 8,000 orang jika dikira bersekali dengan jawatan lain-lain pangkat yang terdiri daripada Perkhidmatan bukan pengurusan dan profesional.

Saya ingin tanya Perdana Menteri, apakah tujuan kerajaan meninggikan had umur persaraan adalah untuk menjimatkan wang Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dijangka terpaksa dicairkan sebanyak RM2 billion bagi menampung pembayaran gratuiti dan pencen bagi kakitangan awam untuk tahun 2012? Sekiranya ini alasannya, maka tujuan kerajaan terpaksa menaikkan had umur persaraan bukanlah kerana Kerajaan ingin menghargai khidmat kakitangan awam, tetapi sebaliknya tujuannya adalah untuk menjimatkan kantong KWAP.

Terdapat pegawai kerajaan berkata kepada saya bahawa tujuan Kerajaan melanjutkan usia persaraan kumpulan JUSA adalah kerana ramai di antara mereka ialah penyokong BN, tetapi saya juga ingin mengingatkan YAB Perdana Menteri, langkah ini telah menafikan kenaikan pangkat di kalangan pegawai yang berumur di antara 30-40 tahun, yang mana sudah tentu menjadikan mereka kecewa terhadap BN, dan ini mungkin akan menghasilkan impak terhadap BN dalam Pilihan Raya yang akan datang.

SISTEM PENGGAJIAN PEGAWAI KERAJAAN HARUSLAH DIKAJI SEMULA

Dato yang diPertua, di sini, saya juga ingin menyeru pihak JPA untuk mengkaji semula sistem perlantikan pegawai kerajaan.Sekarang, semua pegawai kerajaan di Majlis Kerajaan Tempatan digaji oleh Majlis Kerajaan Tempatan, mereka terpaksa berkhidmat di majlis kerajaan tempatan seumur hidup.  Sekiranya wujudnya pegawai kerajaan yang tidak effisien ataupun wujudnya pegawai kerajaan yang lebih layak untuk berkhidmat di bidang tertentu, Majlis Kerajaan Tempatan tidak dapat buat apa-apa terhadap pegawai tersebut, kerana dari segi undang-undang, kerajaan negeri pun tidak ada kuasa untuk mengalih pegawai sedemikian.

Di sini, saya ingin menyeru pihak JPA dan Kerajaan Pusat untuk mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh kerajaan tempatan dan banyak lagi agensi kerajaan yang mempunyai perkhidmatan tertutup (close service), supaya pegawai kerajaan di kerajaan tempatan dan agensi kerajaan dalam sistem perkhidmatan tertutup ini boleh dialih ke agensi yang lebih sesuai dengan kepakaran dan kemampuan pegawai kerajaanberkenaan.

CADANGAN MENGADAKAN SISTEM PENAPISAN BAGI PERLANJUTAN TEMPOH PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG SEPATUTNYA BERSARA

Dato yang diPertua, saya mengakui agak ramai pegawai kerajaan yang sampai umur persaraan telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik, jadi adalah baik bagi sesetengah pegawai yang menunjukkan prestasi baik tersebut untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatan, tetapi adalah lebih baik sekiranya Jabatan Perkhidmatan Awam mengadakan satu sistem penapisan di mana pihak authoriti di setiap jabatan ataupun kementerian diberi kuasa untuk menentukan samada seseorang pegawai yang mencapai umur persaraan dipanjangkan perkhidmatannya ataupun tidak. Dengan adanya sistem penapisan tersebut, kita boleh mengeluarkan pegawai kerajaan yang tidak efisien daripada Perkhidmatan Awam manakala kita boleh mengekalkan pegawai kerajaan yang efisien dan mempunyai kepakaran tertentu untuk terus menyumbangkan kepakaran mereka kepada Kerajaan dan rakyat .

Saya berharap pihak Kerajaan boleh mengkaji semula dan mengambil cadangan saya dalam isu melanjutkan tahun perkhidmatan semua pegawai kerajaan yang sepatutnya bersara.

  • housing
  • About

    Teresa Kok

    About Teresa

    Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

    Learn More

    Recent Articles

    • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
    • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
    • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
    • (no title)
    • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
    • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
    • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
    • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
    • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
    • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
    • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
    • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
    • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
    • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
    • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

    Article Archives

    © 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme