Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Hanya 7 buah SJKC dan sebuah SJKT diluluskan oleh Menteri Pelajaran 2008-2011

Posted on Wednesday, 19-10-2011Wednesday, 19-10-2011 by -ec-

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

Pertanyaan: Lisan

Daripada: YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

Tarikh: 18.10.2011

Soalan:

YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan SJKC, SJKT dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang baru yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran pada tempoh 2008 sehingga 2011. Sila nyatakan apa yang akan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran untuk mengatasi peningkatan permintaan terhadap alira sekolah tersebut.

Jawapan:

 

Tuan Yang Di-Pertua,

Bagi tempoh 2008 sehingga 2011, jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)  dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) baru yang telah diluluskan adalah sebanyak 8 buah. Jumlah tersebut melibatkan 7 buah SJKC dan sebuah SJKT manakala dalam tempoh tersebut tidak terdapat pembinaan sekolah baru bagi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK). 

Bagi mengatasi masalah sekolah enrolmen besar di semua sekolah terbasuk SJKC dan SJKT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan beberapa kaedah penyelesaian antaranya:

i. Menempatkan murid-murid di kawasan yang berhampiran tempat kediaman mereka.

ii. Menyediakan peruntukan bagi penambahan bilik darjah, penyediaan bangunan baru. Namun, peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan dan diteliti secara terperinci mengikut keutamaan dan case by case. Perlu juga ditegaskan bahawa kemampuan kewangan semasa Kerajaan adalah faktor utama dalam melaksanakan sesuatu projek.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme