Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Selangor mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi di Malaysia bagi Januari – Julai 2011

Posted on Thursday, 06-10-2011Thursday, 06-10-2011 by -ec-

 

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan di Shah Alam pada 5 Oktober 2011

 

 

Selangor mencapai bilangan projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain bagi tempoh Januari –  Julai  2011

 

Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah projek yang diluluskan yang paling tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 158 projek.

 

Bilangan projek perindustrian yang tertinggi

 

158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Daripada 158 ini, 102 merupakan projek baru manakala baki 56 merupakan projek yang diperkembangkan.

 

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 110 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 56 projek.

 

Jumlah pelaburan asing yang kedua tertinggi

 

Di samping itu, Selangor telah berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang kedua tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 3.4 billion. Selangor didahului oleh Pulau Pinang yang mencapai sebanyak RM 3.6 billion dan diikuti oleh Johor yang mencapai sebanyak RM 2.9 billion.

 

Jumlah peluang pekerjaan yang kedua tertinggi

 

Tambahan pula, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 11,006 pekerjaan.

 

Pelaburan asing dan pelaburan tempatan

 

RM 3.4 billion atau 61% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM 2.2 billion atau 39% terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan Selangor masih disambut baik oleh pelabur asing mahu pun pelabur tempatan.

 

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

 

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM 1.2 billion, diikuti oleh Korea dengan RM 652 juta, dan Singapura dengan RM 510 juta.

 

Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan yang popular

 

Jumlah projek perindustrian Selangor yang tertinggi di Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular di Malaysia.

 

Teresa Kok

 

 

1 thought on “Selangor mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi di Malaysia bagi Januari – Julai 2011”

  1. lee wee tak says:
    Sunday, 09-10-2011 at 22: 42.18

    maybe this can be made as a banner, and hang next to those “selamatkan negeri selangor” shit banners

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme