Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Seminar Pembangunan Usahawan Bumiputera pada 1 Oktober 2011 di i-City Shah Alam

Posted on Friday, 23-09-2011Saturday, 24-09-2011 by -ec-

 

KENYATAAN AKHBAR

SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA, 1 OKTOBER 2011,

i-City, SHAH ALAM

 

Selangor State Investment Centre (SSIC) Berhad dengan kerjasama akhbar Sinar Harian akan menganjurkan Seminar Pembangunan Usahawan Bumiputera pada 1 Oktober 2011 di i-City Shah Alam. Seminar ini akan turut dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

 

Seminar ini bertujuan untuk memotivasikan anak-anak muda bagi mencontohi ketekunan dan kreativiti para usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya. Para peserta juga berpeluang untuk berinteraksi secara terus dengan para speaker dan panelist sepanjang Seminar tersebut. Para Speaker yang dijemput akan berkongsi pengalaman dan kejayaan di dalam membangunkan perniagaan mereka dan mencipta peluang perniagaan baru untuk memajukan lagi bidang perniagaan masing-masing melalui usaha dan semangat keusahawanan yang jitu dan cemerlang.

 

Pihak penganjur juga telah menjemput dan membariskan beberapa orang usahawan bumiputera yang terkenal dan tersohor.

 

YBhg. Dato’ Stapa Omar, Pengerusi Eksekutif DCL Group of Companies, yang berpengalaman luas selama 14 tahun dalam bidang Multi Level Marketing (MLM), telah berjaya melahirkan jutawan Bumiputera dan menubuhkan 18 buah syarikat lagi di bawahnya sehingga berjaya melebarkan sayapnya ke enam (6) Negara lain, selain Malaysia.

 

YBhg. Datuk Hussamuddin Yaacub, Penerbit dan CEO Kumpulan Media Karangkraf, merupakan seorang tokoh usahawan yang telah menceburi bidang penerbitan dan percetakan sejak lebih tiga (3) dekad yang lalu. Ia memulakan perniagaan 33 tahun yang lalu dengan menerbitkan buku-buku rujukan bagi para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Karangkraf juga menerajui industri penerbitan Negara dengan 29 majalah popular, dan sebuah akhbar, Sinar Harian. Kumpulan Media Karangkraf yang diterajui oleh beliau kini mempunyai 1500 karyawan sepenuh masa dan mencatat jualan (2010) melebihi RM450 juta.

 

YBhg. Dato’ Kamal Zaharin, Pengarah, DPZ Pacific, Kuala Lumpur, seorang berbakat besar dalam bidang ‘International Planner and Township’. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perancangan dan rekabentuk, juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan selama 12 tahun dengan Syarikat ‘Miami based Duany Plater-Zyberk’, yang beroperasi di Asia pada tahun 1998. Beliau juga yang pernah menetap di China, Asia Tenggara dan Timur Tengah selama 8 tahun telah banyak terlibat dalam beberapa projek berprofail tinggi termasuklah pembinaan konsep Kejiranan Diplomatik di Putrajaya.

 

YM Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin, Pengasas dan Ketua Eksekutif 1901 Sdn Bhd, memulakan perniagaan francais makanan segera ‘Hot-Dog 1901’ sejak 1997. Melalui jenama 1901, beliau telah memenangi anugerah ‘Super Brand : the Most Promising Franchisor of the Year’ oleh Malaysian Franchise Association. 1901 telah diperakui oleh Malaysian Book of Record sebagai rantaian pengeluar terbesar hot-dog di Malaysia.

 

YBhg. Pn. Junaidah Tarjo, seorang Ejen Hartanah Wanita yang terkenal, yang telah menceburi bidang ini selama lebih 5 tahun. Beliau amat berbangga dengan kerjayanya dalam bidang hartanah kerana memberi pulangan yang lumayan. Beliau merupakan ahli kepada Ginza Eagles Club, Ginza Million Dollar Club dan Ginza Property Pte Ltd. Walaupun sibuk dengan tugas seharian, beliau akan sentiasa memastikan dirinya dilengkapi dengan pengetahuan yang terkini dan meluas dalam hal berkaitan pasaran hartanah. Beliau juga suka berkongsi pengalaman, memberikan panduan dan tips berkaitan pembangunan hartanah dengan rakan-rakan.

 

YBhg. Che Muna Din (Mona Din), merupakan pengasas dan usahawan kosmetik terkenal Syarikat Leesa Formula Sdn Bhd. Selain itu, beliau juga merupakan Pengarah Urusan, Serenity SPA dan L-EFFE Corporation Sdn Bhd. Beliau pernah memenangi anugerah Best SPA Design for Hotel & Resort 2007 di Johor Baharu dan SPA Personality of the Year 2008. Selain itu, rangkaian SPA yang lain turut memenangi beberapa anugerah, seperti Best Day SPA 2010 di Serenity Spa, Shah Alam, Best SPA Day 2009 di Serenity Spa Setiawangsa dan lain-lain.

 

Seminar ini akan berlangsung sehari bermula dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Oleh itu, orang ramai dijemput hadir untuk meningkatkan pengetahuan dari rahsia dan resipi kejayaan mereka, khususnya, graduan univerisiti/kolej, mahasiswa, syarikat swasta, agensi kerajaan dan sebagainya.

 

Bayaran penyertaan sebanyak RM20/pelajar dan RM100/individu, masing-masing (termasuk kudapan).

 

Sila hubungi SSIC, iaitu En. Farid : 019-330 0221, Cik Sara : 019-212 0600 dan Raja Hanif : 019-358 9000. Atau hubungi talian 03-5510 2005.

Sila layari Facebook Event Page: http://on.fb.me/kuncikejayaan untuk maklumat lanjut.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme