Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

‘Ugutan SMS terhadap keluarga Mat Sabu kejam’

Posted on Friday, 09-09-2011 by -ec-

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/09/teresa-kok-ugutan-sms-terhadap-keluarga-sabu-kejam/

 

‘Ugutan SMS terhadap keluarga Mat Sabu kejam’

K Pragalath | September 9, 2011

Pemimpin kanan DAP Selangor tersebut turut menggesa polis menyegerakan siasatan.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang juga exco kanan negeri Selangor  mengutuk tindakan pihak yang menghantar ugutan SMS kepada isteri dan anak perempuan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Sehubungan itu, Teresa Kok mengatakan bahawa ugutan tersebut merupakan kesalahan jenayah jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 di bawah Kanun Keseksaan.

“Mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional. Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah,” katanya.

Kenyataan beliau timbul ekoran laporan media bahawa isteri dan anak perempuan Mohamad Sabu menerima SMS ugutan simbah asid.

Menurut orang nombor dua PAS itu, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Mohamad  menyifatkannya sebagai ancaman serius yang diterimanya berpunca  laporan Utusan Malaysia berhubung ucapan yang dibuat dalam satu ceramah di Tasek Gelugor ada 21 Ogos.

Utusan melaporkan bahawa Mohamad telah menghina pejuang kemerdekaan dan memartabatkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Pemimpin  DAP itu turut menggesa polis untuk menyegerakan siasatan dan menangkap pihak terbabit agar masyarakat sedar bahawa ugutan dalam bentuk pesanan ringkas adalah jenayah.

“Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman.

Beliau turut menggesa pihak polis mengambil langkah untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme