Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Lisan dan Bertulis Bagi Sidang Parlimen Oktober 2011

Posted on Friday, 09-09-2011 by -ec-

Terima kasih kepada orang ramai yang sudi mencadangkan soalan parlimen kepada saya bagi sidang parlimen Oktober 2011. Berikut adalah soalan-soalan yang telah dipilih:

Soalan Lisan

1.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan anggota polis, anggota RELA, askar dan pegawai kerajaan yang dikerah untuk bertugas di kawasan Lembah Kelang pada 6, 7, 8 dan 9 Julai 2011. Berapa banyak elaun dibayar kepada mereka untuk bertugas dan perbelanjaan sepanjang operasi menghentikan Perhimpunan Bersih?   (3 Oktober 2011)

2.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perumahan menyatakan bilangan rumah mampu milik yang akan dibina oleh kerajaan pusat untuk penduduk miskin di seluruh Negara. Sila nyatakan harga “rumah mampu milik” yang ditetapkan oleh Kementerian dan dasar Kementerian untuk mengatasi masalah kenaikan harga rumah di Malaysia.  (20 Oktober 2011)

3.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan kutipan cukai import kenderaan dari luar negeri yang dikutip oleh kastam pada tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan kutipan sehingga bulan Jun 2011.  Bilakah Kerajaan akan membuka pasaran kereta tempatan supaya kenderaan buatan luar Negara boleh masuk ke pasaran Malaysia tanpa bayar duti import.  (24 Oktober 2011)

4.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kos yang perlu dibayar oleh majikan untuk mendaftarkan semula setiap pekerja asing. Sila nyatakan jumlah pendapatan yang diterima oleh pihak Kementerian dalam pendaftaran semula pekerja asing setakat 31 Ogos 2011.  (4 Oktober 2011)

5.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan perbelanjan terlibat dalam misi pemberian bantuan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia. Pihak manakah yang membenarkan NGO tersebut untuk menggunakan kapalterbang TUDM C130 Hercules Transporter dan diikuti oleh anggota tentera?  (6 Oktober 2011)

6.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pelarian di Malaysia telah dihantar ke Australia mengikut perjanjian Malaysia dan Australia berkenaan dengan pertukaran pelarian sebelum ia dilarang oleh Mahkamah Tinggi di Australia? Apakah manfaat yang akan diperolehi oleh Negara kita dalam Perjanjian Pertukaran Pelarian di antara Malaysia dan Australia tersebut?  (10 Oktober 2011)

7.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyenaraikan hutang luar negara mengikut Negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia dan amaun hutang setiap negara. Sila senaraikan agensi dan syarikat dalam Negara yang memberi pinjaman kepada kerajaan pusat.  (13 Oktober 2011)

8.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyenaraikan pekerja asing yang telah berdaftar atau diputihkan dalam operasi baru-baru ini mengikut negara asal pekerja, jantina, kategori umur dan sektor perkhidmatan mereka. Berapakah di antara pekerja ini telah berumahtangga di Malaysia? (11 Oktober 2011)

9.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan SJKC, SJKT dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang baru yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran pada tempoh 2008 sehingga 2011. Sila nyatakan apa yang akan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran untuk mengatasi peningkatan permintaan terhadap aliran sekolah tersebut.  (18 Oktober 2011)

10.     YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pengangkutan menyatakan samada  Kementerian akan meluluskan lapangan terbang kos rendah kedua (LCCT 2) yang baru untuk tidak membina jejantas bergerak (sky bridge) bagi penumpang kapalterbang kos rendah? Apakah Kementerian akan membenarkan Malaysian Airport Holding Berhad untuk meningkatkan kutipan yuran sekiranya ia tidak menjaga kepentingan penumpang kapalterbang kos rendah?  (17 Oktober 2011)

SOALAN BERTULIS
1.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
a)  Berapa orang yang telah diberikan status penduduk tetap (PR) di Malaysia bagi  tempoh 1957 – 1960, 1961-1970, 1971-1980, 1981-1990, 1991-2000, 2001-2010 dan setakat bulan Jun 2011 di Malaysia.
b) Daripada bilangan ini, berapa orang ditawarkan status penduduk tetap kerana mereka telah berada di Malaysia sebelum atau pada 31 Ogos 1957 di Semenanjung Malaysia dan sebelum Hari Malaysia untuk Sabah dan Sarawak?

2.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa warga asing ditawarkan kewarganegaraan Malaysia kerana:
(a)  mereka berkahwin dengan warga Malaysia;
(b) kerana mereka adalah professional yang mempunyai kemahiran atau modal pelaburan yang di perlukan oleh Malaysia.

3.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Sumber Manusia menyatakan  bilangan pekerja asing yang menjadi mangsa kemalangan di tempat kerja  pada tahun 2009, 2010 dan 2011? Berapakah yang telah meninggal dunia akibat kemalangan tempat kerja dan sebab kematian yang lain?

4.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pengundi biasa dan pengundi pos yang telah didaftarkan di Negeri Selangor pada 2007, 2008, 2009, 2010 dan penggal kedua 2011. Sila nyatakan langkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya terhadap pembuangan undi pos oleh warga Malaysia di luar Negara untuk memastikan proses ini dijalankan secaa telus dan adil.

5.    YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyenaraikan perbelanjaan rundingan (consultancy) bagi setiap projek sejak Economic Transformation Programme (ETP) dan syarikat yang menerimanya. Berapakah pelaburan yang  telah dan akan dilaksanakan akibat perlaksanaan ETP.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme