Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Hentikan hambatan ke atas Bersih 2.0 dan bebaskan segera kesemua tahanan

Posted on Wednesday, 06-07-2011 by -ec-

Kenyataan media oleh Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor pada 6 Julai 2011


Hentikan hambatan ke atas Bersih 2.0 dan bebaskan segera kesemua tahanan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 demi menghormati titah YDPA

 

Perdana Menteri Najib Razak haruslah melarang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menahan dan mendakwa mereka yang terlibat dalam Bersih 2.0 berikutan persetujuan beliau untuk membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di dalam stadium.

 

Sehingga kini, lebih 180 orang telah disoal, ditahan atau didakwa oleh pihak polis, termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis Pakatan Rakyat dan para aktivis dari masyarakat sivil di atas dakwaan yang tidak senonoh seperti berhimpun tanpa permit, memakai T-shirt Bersih 2.0, memakai T-shirt berwarna kuning dan memiliki risalah kempen.

 

Kes yang terkini berlaku pada pagi ini apabila Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya Michael Tamil dan rakannya Bob telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai Bersih 2.0 di Balai Polis USJ8, dan ditahan apabila mereka tiba di balai polis tersebut.

 

Pada petang hari ini juga, sebelas orang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang akan didakwa di mahkamah majistret kerana memakai T-shirt Bersih ketika mesyuarat majlis mereka.

 

Pada waktu yang sama, polis telah mula mengadakan sekatan jalan di banyak jalan raya di kawasan Lembah Kelang sebagai langkah untuk menyekat penyokong Bersih dari masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

 

Selain itu, Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan lima orang lagi aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga masih ditahan di bawah Ordinan Darurat di atas dakwaan “berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.”

 

Tuduhan palsu yang direka oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ini adalah untuk mengelirukan orang ramai terhadap objektif sebenar Bersih 2.0 demi mengekalkan kuasa politik BN melalui cara kuku besi.

 

Penggunaaan Ordinan Darurat oleh kerajaan BN untuk menahan anggota PSM tanpa bicara amatlah keji kerana ia bertentangan dengan prinsip “rule of law” bagi kes mereka didengar dan dibicarakan di mahkamah.

 

Saya menggesa Najib Razak agar hentikan hambatan ke atas Bersih 2.0 dan bebaskan segera kesemua tahanan yang berkait bagi menghormati titah DYMM Agong, “Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan.”

Teresa Kok

1 thought on “Hentikan hambatan ke atas Bersih 2.0 dan bebaskan segera kesemua tahanan”

  1. A Parent says:
    Wednesday, 06-07-2011 at 20: 23.33

    Tindakan PDRM agak dikecewakan,
    Kata PM MESTI dikotakan !

    1 Malaysia untuk semua,
    Bebas rakyat diutamakan !

    Tegas dan tengkan pada orang ramai
    Tak kan disokong setiap kali !

    Rakyat hidup senang dan dijamin
    Kerajaan mesti tanggung jawab dan kesopanan !

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme