Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Serangan bersifat partisan oleh SPR ke atas Bersih membuktikan SPR sendiri tidak bebas

Posted on Friday, 01-07-2011Friday, 01-07-2011 by -ec-

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh merangkap EXCO Kanan Selangor di Shah Alam pada 1 Julai 2011.


Serangan yang bersifat partisan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad kepada Bersih 2.0 membuktikan bahawa SPR sendiri tidak bebas dan ia merupakan musuh kepada pilihan raya bersih dan adil di Malaysia

 

Fitnah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Wan Ahmad Wan Omar mengenai Bersih 2.0 sebagai alat Pakatan Rakyat, membuktikan lagi kepada rakyat Malaysia bahawa SPR sendiri bukanlah sebuah badan yang bebas dan ia tidak boleh diharap untuk menegakkan hak sivil rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil .

 

Permintaan Wan Ahmad supaya Bersih menjarakkan entitinya dengan Pakatan Rakyat adalah nakal, mengelirukan dan tidak adil kerana Bersih telah mengambil keputusan dengan menolak sebarang keahlian dari mana-mana parti politik untuk mengelakkan tuduhan yang tidak wajar sebagaimana selepas perhimpunan Bersih 2007. Kini Bersih merupakan gabungan lebih dari 60 buah NGO dan orang-orang awam dan tiada penglibatan dari parti politik.

 

Selain itu, Bersih juga sentiasa cuba untuk menjalin hubungan dengan semua parti politik di Malaysia termasuk Barisan Nasional (BN), bagi menarik sokongan supaya melaksanakan lapan tuntutan untuk perubahan sistem pilihanraya. Bagaimanapun usaha Bersih tidak diberi perhatian malah diabaikan, diketepikan dan ditolak oleh pemimpin BN.

 

Lapan tuntutan Bersih untuk melakukan reformasi pilihan raya adalah adil, wajar dan ianya merupakan satu keperluan penting dalam sistem demokrasi yang sihat di seluruh dunia. Lapan tuntutan adalah seperti berikut:

1. Bersihkan senarai pengundi

2. Mereformasikan undi pos.

3.  Gunakan dakwat kekal

4. Akses media yang bebas dan adil

5. Tempoh kempen minimum 21 hari

6. Memperkukuhkan institusi awam

7. Hentikan rasuah

8. Hentikan politik kotor

Jika SPR dan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan di atas, kerajaan yang dipilih hari ini akan mempunyai legitimasi yang lebih baik dalam maksud kredibaliti pemerintahannya. Hanya sebuah kerajaan korup, yang  merompak kuasa melalui pilihanraya yang kotor dan dengan sokongan daripada SPR yang berat sebelah, akan menentang lapan tuntutan ini dan terus memburukkan gerakan masyarakat sivil yang menyokong mereka.

Saya ingin mengingatkan Wan Ahmad, pada Forum Awam bersama SPR yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), bertempat di MBPJ pada 22 Februari 2011, dihadiri oleh kira-kira 200 orang awam bahawa, Wan Ahmad telah hadir dan rekod menyatakan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana tuntutan reformasi pilihanraya yang dicadangkan oleh Bersih kerana batasan undang-undang kepada SPR, SPR hanya diberi kuasa “untuk menjalankan dan mentadbir pilihan raya”.

 

Wan Ahmad juga berkata, “Saya harap anda patut pergi kepada Perdana Menteri dan Peguam Negara dengan cadangan pembaharuan tersebut kerana SPR tidak boleh berbuat apa-apa.”

 

Oleh itu, Wan Ahmad harus bersyukur kerana Bersih mempunyai keberanian dan integriti untuk mendesak melakukan perubahan sistem pilihanraya bahawa SPR tidak punya kuasa untuk melaksanakannya dan SPR harus memberikan sokongan yang penuh kepada perhimpunan awam Bersih pada 9 Julai ini.

 

Sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad harus sedar bahawa lapan permintaan Bersih untuk reformasi pilihanraya akan dapat membantu SPR menjadi organisasi yang benar-benar bebas daripada kuasa eksekutif, malah menjadikan SPR lebih berkuasa sebagai sebuah institusi yang dihormati dan bertaraf dunia.

 

Lebih daripada itu, ia akan memperlihatkan SPR sebagai penentang yang kuat kepada Bersih seperti boneka BN dan menjadi musuh kepada pilihanraya yang bersih dan adil.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme