Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

16,296 orang warga asing dapat MyPR bagi 2007 – 2010

Posted on Thursday, 30-06-2011 by -ec-

SOALAN NO. 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN     :    BUKAN JAWAB LISAN

DARIPADA         :    YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

RUJUKAN        :    3815

SOALAN :

PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan warga asing yang mendapat sijil pemastautin tetap (PR) pada 2007, 2008, 2009, 2010 dan Negara asal mereka. Sila nyatakan syarat yang dikenakan ke atas pemohon PR tersebut.

JAWAPAN :

Tuan Yang DiPertua,

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan rekod di Jabtan Pendaftaran Negara, jumlah warga asing yang telah mendapat MyPR bagi tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010 adalah sebanyak 16,296 orang. Pecahan mengikut lima (5) Negara asal tertinggi bagi tempoh 2007 hingga 2010 adalah seperti berikut ;

i)    Filipina        –    5,230
ii)    Indonesia        –    2,789
iii)    Thailand        –    2,480
iv)    Malaysia        –    2,157 ; dan
v)    India        –    1,332

Tuan Yang DiPertua,

Syarat-syarat yang dikenakan bagi setiap pemohon untuk mendapatkan Permit Masuk bagi tujuan memperolehi taraf Pemastautin Tetap adalah seperti berikut ;

i)    Suami dan isteri kepada Warganegara Malaysia yang mana usia perkahwinannya melebihi 5 tahun dan perkahwinan masih berterusan;
ii)    Pakar dan golongan berbakat & berkemahiran tinggi dan kemahirannya diperakukan oleh agensi kawal selia;
iii)    Pelabur dan ‘high network indivisual’ (dengan izin) dengan pelaburan bernilai 2 juta USD dalam simpanan tetap di bank-bank Negara ini;
iv)    Golongan-golongan lain berdasarkan system merit;
v)    Berkelakuan baik sepanjang masa;
vi)    Patuh kepada undang-undang Negara Malaysia;
vii)    Tidak boleh menganggotai pertubuhan politik, dan
viii)    Tidak boleh menyertai atau melibatkan diri dalam sebarang gerakan atau pertubuhan yang membawa ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)
  • Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Jadi DAP Seputeh di Dewan Rukun Tetangga Taman Salak Selatan (18 April 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme