Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Dari mana kerajaan dapat duit bayar kos pembinaan LRT, MRT dan menara 100 tingkat?

Posted on Tuesday, 28-06-2011Tuesday, 28-06-2011 by -ec-

SOALAN NO. 100

 

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

 

 

PERTANYAAN        :           LISAN

DARIPADA               :           YB PUAN TERESA KOK SUH SIM

TARIKH                     :           27 JUN 2011

 

 

SOALAN :

 

PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sumber kewangan untuk membina LRT, MRT dan Menara 100 tingkat di Lembah Klang. Apakah Kerajaan akan mendapat pinjaman dari luar Negara untuk membuat projek mega dan infrastruktur di Negara kita?

JAWAPAN :

 

Tuan Yang DiPertua,

 

Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan LRT bagi sambungan jajaran Kelana Jaya Line dan Ampang Line dibiayai melalui terbitan bon (Sukuk Ijarah) di pasaran modal tempatan dan dilaksanakan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

 

Pelaksanaan projek Mass Rapid Transit (MRT) pula akan dibiayai melalui terbitan bon atau lain-lain instrument kewangan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Perolehan dana ini akan dilaksanakan oleh Dana Infra Nasional Bhd (Dana Infra) iaitu sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan diperbadankan. Selaras dengan itu, Dana Infra bertanggungjawab merangka struktur bayaran balik yang paling efektif berdasarkan kedudukan fiskal kerajaan untuk menjamin kestabilan kewangan Negara. Ini bermakna Kerajaan tidak membuat sebarang pinjaman secara langsung dari dalam dan luar Negara bagi membiayai projek ini.

 

Untuk makluman Yang Berhormat juga, projek Menara 100 tingkat (Warisan Merdeka) merupakan projek yang akan dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Oleh itu, dana yang terlibat adalah dana persendirian milik PNB.

 

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme