Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Why minimum wage only for security guards, and not other workers?

Posted on Thursday, 23-06-2011Thursday, 23-06-2011 by -ec-

Thursday June 23, 2011


Security guards’ minimum wage based on commission of inquiry report

THE minimum wage for security guards was determined following the setting up of a commission of inquiry on the terms of employment for these workers, Human Resources Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam said.

The commission’s report, which was submitted to the ministry in 2003, suggested that a council be set up to determine wages for the guards.

“As a result of the study, the ministry determined that the minimum salary for security guards be based on provisions under the Minimum Wage Council Act 1947.

“The ruling came into effect on Feb 15 this year,” he told Teresa Kok (DAP – Seputeh), who asked why minimum wage was determined only for security guards and not for workers in other sectors.

Dr Subramaniam also said various aspects would have to be considered before a minimum wage could be fixed, including inflation, productivity, unemployment and gross domestic product growth.

He added that the National Wages Consultative Council Bill 2011, which was now being tabled in Parliament, was the main platform to deliberate and determine wages and salaries.

“The council’s role is to recommend a minimum wage for the Government to consider. The policy on minimum wage can be implemented at the end of the year after all the processes and preparations are in place,” he said.

At a press conference later, several Opposition MPs said the setting up of the proposed council should be reviewed because its decisions would not be binding on the Government.

“The council must be independent and autonomous in its decision-making process,” said Charles Santiago (DAP – Klang).

He added that the appointment of council members must be made through consultations with stakeholders, and workers and employers should have the right to veto up to one-third the total number of nominations.

 

SOALAN NO. 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN        :           LISAN

DARIPADA               :           YB PUAN TERESA KOK SUH SIM

TARIKH                     :           22 JUN 2011

SOALAN :

PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kenapakah gaji minimum ditetapkan bagi pengawal keselamatan sahaja tetapi bukan bagi pekerjaan lain. Bilakah Kementerian akan mengenakan gaji minimum bagi bidang pekerjaan yang lain dan bilakah ia akan dilaksanakan?

JAWAPAN :

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, keputusan mengadakan gaji minimum bagi pengawal keselamatan swasta sebagai ekoran laporan oleh Suruhanjaya Siasatan bagi pekerja di sektor perkhidmatan yang telah ditubuhkan pada bulan November 2002. Dalam laporan suruhanjaya tesebut yang telah dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia pada Disember 2003, suruhanjaya telah mencadangkan supaya ditubuhkan Majlis Penetapan Gaji bagi Pengawal Keselamatan Swasta yang mana pelantikan telah dibuat pada Ogos 2006. Hasil daripada kajian Majlis Penetapan Gaji tersebut, Kementerian Sumber Manusia telah menetapkan gaji minimum bagi pengawal keselamatan swasta berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 dan berkuatkuasa pada 15 Februari 2011.

2.         Berhubungan dengan soalan, bilakah Kementerian akan mengenakan gaji minimum bagi bidang pekerjaan yang lain dan bilakah ia akan dilaksanakan, untuk makluman Dewan Yang Mulia, Kementerian Sumber Manusia akan membentang Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (RUU MPGN) pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ke Empat, Parlimen Kedua Belas, yang sedang berlangsung sekarang. Setelah RUU MPGN ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Majlis Perundingan Gaji Negara akan ditubuhkan sebagai Platform utama dalam deliberasi dan penetapan upah termasuk menentukan kadar gaji minimum dan mekanisme pelaksanaannya.

3.         Majlis Perundingan Gaji Negara akan berperanan membuat perakuan / syor gaji minimum dan seterusnya akan mengangkat syor tersebut kepada Kerajaan untuk pertimbangan dan kelulusan. Dalam hal ini, polisi gaji minimum boleh dilaksanakan setelah semua proses dan persediaan diselesaikan, yang dijadualkan penghujung tahun ini.

4.         Berhubungan dengan kadar gaji minimum, buat masa ini ia masih diperhalusi dari pelbagai aspek seperti inflasi, produktiviti, kadar pengangguran, pertumbuhan KDNK dan sebagainya. KSM telah melantik Bank Dunia untuk menjalankan satu kajian mengenai gaji minimum dan dijangka Kementerian menerima laporan Bank Dunia pada akhir bulan Julai 2011.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Penubuhan MPG Bagi Pengawal Keselamatan Swasta

Berikutan dakwaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa ramai pekerja di Negara ini memperolehi gaji bulanan yang rendah, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyediakan satu Memorandum bagi pertimbangan Jemaah Menteri supaya mengkaji masalah ini selaras dengan peruntukan di bawah Akta Majils Penetapan Gaji 1947.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mei 2002 telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan (Commission Of Inguiry – COI) untuk mengkaji keperluan mewujudkan Majlis Penetapan Gaji (MPG) bagi menangani masalah pekerja yang memperolehi gaji bulanan yang rendah.

Pada bulan November 2002, COI telah ditubuhkan dan hasil kajian COI mendapati pendapatan pekerja di sector perkhidmatan adalah rendah. Sehubungan dengan itu, pekerjaan di sektor perkhidmatan telah diperakukan oleh COI supaya ditubuhkan MPG. Antara pekerja yang terlibat dalam sektor ini ialah Pengawal Keselamatan yang mana purata gaji bulanan yang diterima adalah antara RM 200 hingga RM 500. Selain daripada itu, pekerja di sektor ini didapati tidak mempunyai satu mekanisme penetapan gaji yang efektif seperti Perjanjian Kolektif (CA).

Penetapan Gaji Bagi Pengawal Keselamatan Swasta DI Negeri Sabah Dan Sarawak

Berhubung penetapan gaji bagi pengawal keselamatan swasta di Sabah dan Sarawak, pihak MPG pada masa ini sedang mengadakan perbincangan untuk mencapai kata sepakat bagi penetapan gaji tersebut yang mana pelaksanaannya dijangka akan diadakan dalam tempoh yang terdekat.

Penetapan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan

Semenanjung : (Telah diwartakan pada 11 Februari 2011 dan tarikh pelaksanaan bermula 15 Februari 2011)

 

Kawasan

(1)

 

Saraan Minimum Berkanun (2)

 

Kawasan A – Negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor Selatan (Johor Bharu, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian)

 

Gaji Pokok

 

Elaun Insentif Keselamatan

 

RM 550 sebulan

 

RM 150 sebulan

 

Kawasan B – Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Pahang, Terengganu dan Johor Utara (Kluang, Batu Pahjat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat)

 

RM 500 sebulan

 

RM 100 sebulan

 

Kawasan C – NegeriKedah, Kelantan dan Perlis

 

RM 450 sebulan

 

RM 50 sebulan

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme