Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Mengenai G-Gold (23 Jun 2008)

Posted on Monday, 23-06-2008 by DAP Seputeh

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH : 23 JUN 2008

SOALAN :
YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Jabatan Peguam Negara masih belum membuat keputusan terhadap representasi yang telah dibuat oleh Syarikat G-Gold memandangkan pelanggan-pelanggan G-Gold telah berpuas hati untuk mengadakan penyelesaian antara G-Gold dengan mereka.

JAWAPAN :

Semua kes pengambilan deposit haram yang telah selesai disiasat oleh Bank Negara telahpun didakwa di Mahkamah kecuali kes yang melibatkan Syarikat G-Gold Gallery Sdn. Bhd. Berhubungan dengan kes Syarikat G-Gold Gallery Sdn. Bhd ini, Bank Negara Malaysia telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Pada 1 Ogos 2007, Jabatan Peguam Negara telah menerima suatu representasi daripada Syarikat G-Gold Gallery Sdn. Bhd untuk membuat penyelesaian perkara ini untuk dipertimbangkan. Representasi yang diterima ini perlu dipertimbangkan secara teliti oleh Jabatan Peguam Negara dengan mengambil kira jumlah pelaburan dan kepentingan pelabur-pelabur yang perlu dilindungi agar mereka tidak mengalami kerugian.

Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Syarikat G-Gold Gallery Sdn. Bhd untuk mengemukakan representasi tersebut kepada Bank Negara untuk dibuat kajian sama ada penyelesaian yang dicadangkan itu adalah bersesuaian dan menurut peruntukan undang-undang. Walau bagaimanapun, sehingga kini Syarikat G-Gold Sdn. Bhd telah gagal untuk mengemukakan representasi tersebut kepada Bank Negara walaupun telah beberapa kali diminta berbuat demikian.

Oleh yang demikian, Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menuduh kedua-dua pengarah Syarikat G-Gold Gallery Sdn. Bhd. Kedua-dua pengarah tersebut dituduh dengan 94 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 di Mahkamah Seksyen Ipoh pada 19 Jun 2008 dan 269 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 20 Jun 2008. Namun begitu, pada masa kini hanya Khoo Ban Sean Benny saja telah dituduh kerana Daniel Choong Yew Chee tidak berada dalam Malaysia. Beliau akan dituduh sebaik sahaja beliau kembali ke Malaysia.

1 thought on “Jawapan Parlimen Mengenai G-Gold (23 Jun 2008)”

  1. leongwk15 says:
    Wednesday, 25-06-2008 at 01: 03.53

    YB Teresa,

    Please follow up the below questions on this G-Gold issue.

    1)What is Bank Negara plan to get refund for the affected investors?
    2)As Top Gold Resources Sdn Bhd is operating the same scheme and related to G-Gold Gallery Sdn Bhd, is there any arrest and charges against the Top Gold Resources Sdn Bhd’s directors?
    3)If Bank Negara refund the monies to the affected investors, will the refund also covers the affected investors from Top Gold Resources Sdn Bhd?
    4)Do you think the other director, Daniel Choong who is out of the country, will ever return here to be charged? If he doesn’t return, what will Bank Negara do? Wait till he return???????

    As I am one of the affected investor, I hope to get back my invested money and all the directors are charged. So that no more Malaysian will be cheated by them.

    Please put this issue on your top priority list.

    Thank you.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme