Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ahli DAP Melayu di Lembah Kinrara Masih Bersama Dengan DAP

Posted on Monday, 06-06-2011Monday, 06-06-2011 by -ec-

Pada tengahari ini, saya telah mengadakan sidang akhbar bersama ahli DAP Lembah Kinrara di Kampung Lembah Kinrara untuk menangkas kenyataan Haron Abdul Wahab, bekas pengerusi cawangan yang telah secara tiba-tiba dan kurang jujur telah keluar dari DAP dan masuk UMNO dan membuat kenyataan palsu bahawa seramai 64 orang ahli Melayu DAP juga turut masuk UMNO

Kenyataan Haron Abdul Wahab itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali kerana hanya ada 60 orang ahli melayu yang berdaftar di cawangan DAP tersebut. Saya menunjukkan senarai rasmi ahli DAP yang berdaftar yang diperolehi daripada ibu pejabat DAP sebagai bukti

Pengerusi baru cawangan Encik Azhar Shapawi melahirkan kekecewaannya kerana Haron telah berbohong kepada orang ramai. Kenyataan rasmi beliau ada di bawah.

Kenyataan Haron bukan saja palsu tetapi beberapa hari yang lalu, ada lebih ramai lagi orang Melayu yang menyertai cawangan Lembah Kinrara. Saya menunjukkan borang keahlian yang telah diisi dan ditangani, lengkap dengan sainan fotostat pemohon sebagai bukti.

Kenyataan akhbar oleh Azhar Shapawi, Pengerusi Cawangan Lembah Kinrara DAP pada 6 Jun 2011 di Kg Lembah Kinrara, Puchong

Ahli DAP Melayu di Lembah Kinrara Masih Bersama Dengan DAP

Saya sebagai Pengerusi baru Cawangan Lembah Kinrara DAP ingin menyampaikan kekesalan kami terhadap Harun bin Abdul Wahab, bekas pengerusi Cawangan Lembah Kinrara DAP yang telah keluar daripada DAP dan menyertai UMNO, dan mengikut laporan media, beliau dikatakan menyertai UMNO bersama dengan 64 ahli Melayu DAP di Lembah Kinrara.

Di sini, saya bersama dengan rakan-rakan Melayu DAP di Lembah Kinrara ingin menegaskan bahawa kami langsung tidak pernah dimaklumkan tentang penyertaan kami ke dalam UMNO, dan kami merasa hairan kenapakah Pak Harun bin Abdul Wahab mengheret kami tanpa kebenaran dan pengetahuan kami.

Mengikut siasatan kami, hanya beberapa ahli sahaja yang menjejaki Pak Harun untuk menyertai UMNO, iaitu keluarga dan beberapa kawan terdekatnya, tetapi kami yang lain masih kekal keahlian kami di dalam DAP.

Selepas berita tentang Pak Harun keluar daripada DAP disebarkan, ia sebaliknya telah menarik lebih ramai orang kampung di Lembah Kinrara untuk menyertai DAP. Ini menunjukkan ramai orang kampung memang tidak setuju dengan pendirian bekas pengerusi Cawangan Lembah Kinrara ini. Ramai orang Melayu di Kg Lembah Kinrara memang tidak ada masalah dengan YB Teresa Kok dan juga DAP.

Mengikut laporan akhbar, Pak Harun berkata tidak ada sebarang peruntukan diberikan kepada Kampung Lembah Kinrara dan YB Teresa Kok tidak memberi bantuan kepada orang kampung. Ini adalah kenyataan yang tidak benar kerana YB Teresa Kok memang pernah turun padang ke kampung kami dan prihatin dengan keadaan Kampung Lembah Kinrara.

Di antara program yang YB Teresa Kok pernah anjurkan untuk orang Kg Lembah Kinrara termasuk:-

1.    Majlis Berbuka puasa di Kg Lembah Kinrara

2.    Sambutan Hari Raya dan sumbangan kepada warga emas dan orang-orang miskin

3.    Sumbangan buku latihan sekolah(600 naskah buku) sempena program ‘ Back to School’

4.    Seminar Keusahawanan untuk orang Melayu dari Kg Lembah Kinrara dan Puchong di Bukit Jalil Golf Club

5.    Tuisyen Percuma kepada pelajar SPM di Lembah Kinrara

6.    Bantuan Skim Mikrokredit untuk peniaga kecilan (11 orang daripada Kg Lembah Kinrara mendapat bantuan ini termasuk Harun sendiri

7.    Sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sempena Hari Ibu

Selain daripada program di atas, YB Teresa Kok juga telah membaikpulih longkang yang telah roboh di Kg Lembah Kinrara demi mengelakkan banjir. Selain itu, YB Teresa Kok juga telah membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk membaikpulih jalan yang rosak di Kampung Lembah Kinrara dengan menggunakan peruntukan MARRIS. Kerja pembaikan dijangka akan dilakukan dalam 3 bulan yang akan datang.

Saya sebagai Pengerusi baru Cawagan Lembah Kinrara DAP menegaskan bahawa kami akan mempelawa lebih orang Melayu di Kg Lembah Kinrara untuk menyertai DAP dalam masa terdekat. Kami ahli DAP Melayu amat berterima kasih kepada segala bantuan dan keprihatinan YB Teresa Kok dan YB Gobind Singh kepada penduduk kampung. Kami ahli Melayu DAP tetap tolak UMNO yang asyik memainkan isu kaum dan agama dan merosakkan masyarakat di Negara kita ini. Kami sokong perjuangan DAP yang menjaga kepentingan semua kaum dan kami akan terus bersama dengan DAP.

Azhar Shapawi

 

 

1 thought on “Ahli DAP Melayu di Lembah Kinrara Masih Bersama Dengan DAP”

  1. lee wee tak says:
    Wednesday, 08-06-2011 at 21: 44.35

    keluar DAP yang tak ada wang dan masuk UMNO yang terkenal dengan politik wang (bukan rasuah)….sejernih air tulen nampaknya

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme