Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat

Posted on Wednesday, 25-05-2011Wednesday, 25-05-2011 by -ec-

 

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat pada Sabtu yang lalu (21 Mei 2011) sehingga menyebabkan kematian 16 orang, kebanyakkannya anak-anak yatim piatu dari Rumah Anak Yatim Al-Taqwa amat memilukan hati saya.

 

 

Pada hari selepas tragedi itu berlaku, saya bersama EXCO Ean Yong, ADUN Balakong Yap Lum Chin, ahli-ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang dari DAP iaitu Tan Boon Wah, Chandra Mohan dan Steven Chan serta beberapa orang ahli DAP telah melawat tapak tanah runtuh tersebut. Pada waktu itu, kesemua anak-anak yang tertimbus itu telah berjaya ditemui dan dibawa keluar oleh para penyelamat.

Ean Yong dan saya tidak dibenarkan masuk ke halaman rumah anak yatim tersebut kerana dikhuatiri tidak selamat.

 

Jalan di sekitar kawasan tanah runtuh tersebut penuh dengan kereta-kereta pegawai penyelamat.

Dalam wawancara saya dengan media, saya telah menyuarakan keprihatinan saya terhadap keluarga mangsa tanah runtuh. Saya juga merakamkan penghargaan saya kepada kesemua pegawai anggota penyelamat yang bertungkus lumus menjalankan operasi penyelamatan dan berjaya menyelamatkan sepuluh orang anak.

 

Keesokan harinya pula, saya ke tapak tersebut sekali lagi. Kali ini  bersama EXCO-EXCOKerajaan Negeri Selangor dan pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk mengiringi lawatan DYMM Sultan Selangor.

Tuanku telah menyampaikan wang ehsan kepada anak-anak yatim yang terselamat.

 

 

Anak yatim Rumah Anak Yatim Al-Taqwa yang selamat hadir di dalam majlis taklimat kepada Tuanku. Saya berasa amat kasihan melihat mereka. Mereka telah kehilangan 16 orang kawan-kawan mereka.

 

Di dalam majlis tersebut, saya telah menemui Markiman Kobiran, bekas Ahli Parlimen Hulu Langat dan sekarang setiausaha politik kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein. Saya mengambil kesempatan mengadu “double standard” Hisham di dalam pengendalian kes kewartawanan Utusan Malaysia yang tidak bertanggungjawab dan bersifat menghasut.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme