Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Lisan dan Bertulis Bagi Sidang Parlimen Jun 2011 oleh Ahli Parlimen Seputeh

Posted on Friday, 20-05-2011Friday, 20-05-2011 by -ec-

Soalan Lisan dan Bertulis Bagi Sidang Parlimen Jun 2011

Soalan Lisan

1.       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri minta Menteri  Kewangan menyatakan peruntukan yang diberi kepada TalentCorp pada tahun 2010 dan 2011. Sila nyatakan bilangan kakitangan yang diambil kerja oleh TalentCorp di Malaysia dan di luar Negara, dan senaraikan program yang telah dan akan diadakan oleh TalentCorp.   (15-6-2011)

 

2.       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan kos perbelanjaan siri advertorial  Economic Transformation Programme (ETP) dalam akhbar sejak ETP dilancarkan. Memandangkan email 1Malaysia  adalah inisiatif swasta, kenapakah kerajaan perlu membelanjakan wang untuk menyiarkan advertorial “Truths and Lies about MyEmail” untuk mempertahankan projek email 1Malaysia pada 6 Mei 2011? (13-6-2011)

 

3.       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta  Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapakah kerajaan hanya memberi surat amaran kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan palsu tentang penubuhan negara Kristian, manakala Kementerian mengambil tindakan yang jauh lebih berat terhadap akhbar Bahasa Cina yang membuat kesilapan kecil yang tidak sengaja?  Kenapakah Kementerian tidak menyiasat mengambil tindakan undang-undang terhadap Perkasa yang  mengumumkan Jihad terhadap penganut Kristian?  (14-6-2011)

 

4.       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapakah kerajaan bersetuju untuk mengadakan perjanjian dengan kerajaan Australia untuk menempatkan 800 pelarian yang dihantar oleh Australia ke Malaysia . Apakah manfaat yang  diperolehi oleh Malaysia dalam perjanjian dua-hala tersebut dan kenapakah kerajaan tidak menandatangani Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?   (16-6-2011)

 

5.        YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelajaran menyatakan sebab Orang Asli langsung tidak disebut dalam buku teks sejarah tingkatan 4, dan kenapakah 5  daripada  10 bab dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4 adalah berkenaan dengan agama Islam sedangkan agama  lain iaitu Hindu, Buddha, Confucius, Taoisma dan Kristian hanya diberi 832 perkataan dalam buku sejarah sahaja?  Apakah Kementerian akan membetulkan penyelewengan dalam buku teks tersebut? (20-6-2011)

 

6.       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyenaraikan nama projek dan nilai projek pembangunan yang telah diumumkan oleh setiap kementerian  dalam 2 bulan sebelum dan semasa kempen pilihanraya Negeri Sarawak pada April 2011. Di antara projek yang telah diumumkan ini, berapakah akan dilaksanakan dalam tahun ini.  (21-6-2011)

 

7.       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Sumber Manusia menjelaskan kenapakah  gaji minima ditetapkan bagi pengawal keselamatan sahaja tetapi bukan bagi pekerjaan lain? Bilakah Kementerian akan mengenakan gaji minima bagi bidang pekerjaan yang lain dan bilakah ia akan dilaksanakan.   (22-6-2011)

 

8.       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri  Dalam Negeri menyatakan sebab Kementerian meluluskan cadangan Perkasa untuk rekrut anggota RELA sebagai ahlinya.  Apakah ini menunjukkan pengiktirafan Kerajaan terhadap peranan Perkasa, sebuah NGO yang mempelopori perkauman melampau dan bercanggah dengan konsep “1 Malaysia”?

(23-6-2011)

9.       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan sumber kewangan untuk membina LRT, MRT dan menara 100 tingkat di Lembah Klang. Apakah kerajaan akan mendapat pinjaman dari luar negara untuk membuat projek mega dan infrastruktur di Negara kita. (27-6-2011)

 

10.   YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan warga asing yang mendapat kewarganegaraan Malaysia pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010. Sila nyatakan negara asal pemohon yang berjaya tersebut dan nyatakan asas pertimbangan kementerian terhadap kesemua pemohon tersebut. (28-6-2011)

 

SOALAN BERTULIS

1)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pelancongan menyatakan bajet pengiklanan Tourism Malaysia bagi tempoh 2011 – 2013 dan nyatakan nilai-nilai kontrak yang dianugerahkan kepada setiap lima agensi pengiklanan

 

2)      YB Teresa Kok Suh Sim minta Perdana Menteri nyatakan bilangan pengundi biasa dan pengundi pos yang telah didaftarkan di Negeri Selangor pada 2007, 2008, 2009, 2010 dan penggal pertama 2011.

 

3)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan:  i)  penganut Kristian di setiap negeri di Malaysia;  ii) Pecahan kaum di kalangan penganut Kristian di Malaysia.

 

4)       YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan kes hasutan telah didakwa oleh Peguam Negara, bilangan kes yang telah dibuang oleh mahkamah dan bilangan kes yang didapati tidak bersalah  setiap tahun sejak wujudnya  Akta Hasutan?

 

5)      YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan warga asing yang mendapat sijil pemastautin tetap (PR) pada tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan Negara asal mereka. Sila nyatakan syarat yang dikenakan ke atas pemohon PR tersebut.

 

Usul Mengikut Peraturan Mesyuarat 27.1

1)      “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama.

 

2)      “Bahawa dewan ini meyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).

 

 

 

 

4 thoughts on “Soalan Lisan dan Bertulis Bagi Sidang Parlimen Jun 2011 oleh Ahli Parlimen Seputeh”

  1. gmat1984 says:
    Friday, 20-05-2011 at 20: 21.49

    Ya.. its really nice.. I like it.. Thanks

  2. Abhi says:
    Friday, 20-05-2011 at 20: 22.37

    Oh! I found one good blog after a long time.
    Nice one.

  3. Jukhoman says:
    Sunday, 22-05-2011 at 05: 05.51

    Dear YB,

    I would like to enquire whether there is a timeframe for a high-rise property to receive its strata title? This is because the apartment I’m staying in (Desa Gembira Condo, Happy Garden) has not yet been issued with strata title even 13 years after it was completed. This results in us, the individual owners are left at the mercy of the developer everytime we intend to sell/buy our property. We are extorted and forced to appoint their choice of solicitor, otherwise they will not issue letter of consent/confirmation and fail the deal. I request for your kind assistance to bring our case up to the relevant authorities, which I assume would be either DBKL, or the Wilayah Land Office. I can be contacted at 012-327-8216. Thank you very much in advance.

  4. ng chai hing says:
    Sunday, 22-05-2011 at 21: 08.32

    Dear YB, Greetings to you from Kuala Terengganu.

    I was told that the Government Treasury had given RM 10 million financial aid to Utusan Malaysia that is running a severe deficit. Can you please check with the relevant department regarding the matter. Thanks.

    From: ng chai hing
    DAP Kuala Terengganu.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme