Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Hishamuddin Hussein dan Rais Yatim menerima laporan palsu Utusan tanpa soal

Posted on Sunday, 08-05-2011Sunday, 08-05-2011 by -ec-

Kenyataan media oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh di Shah Alam pada 8 Mei 2011

Apakah sikap Hishamuddin Hussein dan Rais Yatim terima laporan palsu Utusan Malaysia tanpa soal merupakan sokongan terhadap fitnah Utusan Malaysia?

 

Saya merasa amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri Hishamuddin dan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Rais Yatim kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia yang bertajuk “Malaysia negara Kristian?” tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu.

 

Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger penyokong UMNO yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian.

 

Lebih mengecewakan lagi, Hishamuddin dan Rais tidak mengutuk akhbar Utusan Malaysia atau cuba menenteramkan keadaan hening ini tetapi sebaliknya mengeluarkan amaran kepada orang awam agar jangan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Tindakan tersebut menunjukkan bahawa mereka jelas berat sebelah terhadap Utusan Malaysia dan menyokong laporan mereka tanpa sebarang siasatan.

 

Sebagai menteri yang bertanggungjawab kononnya menyokong konsep 1Malaysia, Hishamuddin dan Rais sepatutnya seharusnya serta-merta mengarahkan polis untuk menyiasat Utusan Malaysia serta kedua-dua blogger di bawah Akta Hasutan sejak dahulu lagi kerana Utusan Malaysia sudah berkali-kali menerbitkan laporan berita dan komentari yang  menggugat keharmonian etnik dan agama di Malaysia.

 

Namun begitu, sehingga kini Utusan Malaysia yang dimiliki UMNO itu tidak pernah dikenakan sebarang tindakan atau hukuman oleh pihak kementerian. Utusan Malaysia seolah-olah memegang lesen untuk menerbitkan apa jua yang diingini. Profesionalisma dan etika kewartawanan boleh diabaikan.

 

Saya percaya UMNO menggunakan akhbar Utusan Malaysia sebagai senjata untuk menghasut orang Melayu demi mengukuhkan kedudukan UMNO di mata orang Melayu. Perbuatan ini amat keji dan berbahaya kerana Malaysia merupakan negara majmuk. Oleh itu, saya menggesa Hishamuddin dan Rais agar menunjukkan keikhlasan mereka terhadap konsep 1 Malaysia dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Utusan Malaysia.

 

 

Teresa Kok

 

 

5 thoughts on “Hishamuddin Hussein dan Rais Yatim menerima laporan palsu Utusan tanpa soal”

  1. Repablika says:
    Sunday, 08-05-2011 at 14: 48.37

    I am really lost for words, how could political idiots like Hishamuddin and Rais give statements without checking the truth? The Deputy IGP was also quick to warn without checking the truth of the matter. When did anyone stop checking for the truth before going on a national public statement? It is an international disgrace. Th late, great statesman and gentleman, Hishamuddin’s father would be turning in his grave at the despicable son’s guts in not upholding a high standard of morality and statesmanship. Yes it is gutter politics indeed and Malaysia is sinking fast in the eyes of international communities.

  2. kyototan says:
    Sunday, 08-05-2011 at 14: 50.29

    Utusan surat khabar yang di miliki UMNO seharus telah dapat kepastian dari pihak berkuasa sebelum beritanya dapat dicetakan untuk masyarakat Malaysia serta seluruh dunia melalui cetak wire.

    Sebagai ketua UMNO berita berita swbigini mesti telah diketahui dan dibenarkan disebar untuk bacaan warga Malaysaia.

    Bagaimana berita sebigini akan mengakibatkan kegelisahan antara masyarakat yang mengcintakan Malaysia dan terus memberikan sokongan supaya BN kekal memerintah untuk kepastian tiada perubahan berlaku. Setelah menheborkan bangsa keturunan Cina mungkin kehilangan wakil di kerajaan jika BN dapat merintah dengan kihilagan sokongan MCA daripada masyarakat kota dan sekarang mungkin negara Malaysia akan jadi negara Kristian jika tiada sokongan dari orang Islam di Malaysia pula.

    PKR mesti berhati-hati dari berita-berita Utusan ini mengambarkan bahawa jika kuasa kerajaan tukar tangan pengyokong yang ditewas akan membesarkan isu seperti ini untuk mengelak memberikan kuasa pada pihak yang menang.

  3. A Parent says:
    Sunday, 08-05-2011 at 15: 28.29

    It was most regretable that the racial and religion issue kept to be highlighted by the Utusan. And every time it make a publishment the relevant Minister or arm-no leaders turned to blame on the innocent or opposition party as the problem creators.

    The people at large has been noted that Utusan as a media of arm-no were abusing their publishment to create chaoes and disturb the hormony of social commuity. Furthermore, no actions and restriction orders were seen being impose, instead they indirectly supporting them to confuse the nations.

    A Bunga Raya sweep is most appropriate in the coming 13th general elecion. The people had enough of 54 years governed by BN and our future has becoming unsecure, arrogant and mal-pratices of government.

    Singapore general election results has clearly indicated that people needs to have more voices, open minded and follow of social development trends of new generations which above all their hard works and good governance.

    Malaysia MUST go to extend the democracy standard by CHANGE with adopting an alternative system of government inorder to replace confidence and hopes for our people.

    It is only be achievable by exercising one man one vote and collectively vote for CHANGE to ensure a NEW MALAYSIA be borned in the coming general election.

  4. LSW says:
    Sunday, 08-05-2011 at 22: 09.39

    Wow ! Malaysia is to become a Christain country or maybe Communist according to the 3 stooges pebela-perkosa-utosan…..how come we never thought of that earlier to start a civil war.Good job pebela-perkosa-utosan,syabas too Krismudin,DIGP,Rais for being a strong believer of deep hallucination

  5. Mat Kelate says:
    Monday, 09-05-2011 at 01: 17.06

    Miserable desperate rascals who wants to win over Malay votes by telling fatal religious lies that can inflame racial disharmony in this country.

    This is politics of the lowest degree, sewage excreta politics!!

    Shame on you Utusan Malaysia the Toilet Newspapers of Malaysia with Licence to Lie.

    Hello Sir, Mr Prime Minister? We Malaysians are a matured lot.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme