Today, I managed to deliver my speech in Parliament. I have been disturbed by a few BN MPs but finally I managed to speak on a few issues which are close to my heart :-))
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Menjunjung Kasih YDP Agong Pada 16 Mac 2011
Pencerobohan Maklumat Peribadi Oleh Perdana Menteri
Datuk yang diPertua, Parlimen baru meluluskan Akta Perlindungan Data Peribadi pada April tahun lepas. Di sini saya ingin tanya apakah data dan maklumat yang kita beri kepada syarikat Telco dan syarikat internet di Malaysia disimpan secara sulit ataupun adakah kesemua maklumat para pengguna boleh bebas diberi kepada pihak agensi kerajaan ataupun ahli politik BN sewenang-wenangnya?
Ramai warga Malaysia merasa kurang senang hati apabila mereka terima sms dan emel salam tahun baru Cina yang dihantar oleh Perdana Menteri ke telefon bimbit dan emel mereka. Mereka rasa bimbang kerana emel dan nombor telefon peribadi mereka diperolehi oleh Pejabat Perdana Menteri, maka komunikasi peribadi mereka akan dipantau oleh kerajaan.
Saya merasa hairan untuk membaca jawapan Perdana Menteri kepada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah yang bertarikh 8 Mac 2011 bahawa Perdana Menteri telah menghantar 4 juta sms salam Tahun Baru Cina kepada warga Cina yang dibiayai oleh 3 syarikat Telco, iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Manakala ucapan peribadi YAB Perdana Menteri telah dihantar kepada sejuta dua ratus limapuluh lima ribu lima ratus duapuluh lapan (1,255,528) penerima rakyat Malaysia… Kos yang dikenakan adalah berjumlah Ringgit Malaysia lima sen (RM0.05) setiap satu email.”
Adakah ini bermaksud bahawa Perdana Menteri telah menggunakan RM63,000 wang rakyat untuk menghantar emel salam Tahun Baru Cina ini? Bukankah emel boleh dihantar secara percuma? Kenapakah Perdana Menteri perlu bayar wang begitu banyak untuk menghantar emel tersebut?
Soalan saya adalah, bukankah perbuatan Perdana Menteri ini merupakan pencerobohan keperibadian individu di negara kita? Bukankah ini bercanggah dengan perlindungan maklumat peribadi orang ramai?
Di sini, saya juga ingin tanya peranan syarikat Telco yang memberi perkhidmatan percuma kepada Perdana Menteri untuk menghantar sms salam Tahun Baru Cina kepada orang ramai. Apakah syarikat Telco ini telah mendapat persetujuan daripada pengguna ataupun subscribers syarikat mereka sebelum sms dihantar kepada mereka? Apakah syarikat Telco seperti Celcom, Maxis dan Digi juga akan memberi layanan yang sama kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghantar sms secara percuma kepada orang ramai? Kalau tidak, apakah ini bermaksud bahawa syarikat Telco ini tidak neutral dari segi politik?
Kawalan Internet KDN Tidak Wajar
Datuk Speaker, apabila JPM mencerobohi keperibadian warga Malaysia, Kementerian Dalam Negeri pula ingin menyekat kebebasan bersuara di dalam ruang siber. Ketua Setiausaha Kementerian telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa kementerian berhasrat untuk mengetatkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan supaya akta itu merangkumi media di Internet termasuk blog, Youtube dan Facebook.
Walaupun cadangan ini telah dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri, tetapi dalam jawapan Parlimen yang saya terima pada 10 Mac 2011 , ia menyatakan bahawa cadangan ini masih dalam perbincangan di dalam Kementerian. Maksudnya, Kementeria kelihatan masih berminat untuk melaksanakan cadangan ini.
Datuk yang diPertua, internet bukan sahaja digunakan oleh pihak pembangkang dan NGO untuk menyebarkan maklumat dan pandangan sahaja, tetapi kita lihat ahli-ahli politik BN dan UMNO juga menggunakan internet untuk tujuan politiknya, dan malah Perdana Menteri juga berinteraksi dengann rakyat melalui blog, Facebook page dan #tanyanajib dalam Twitter untuk tujuan politiknya juga.
Sekiranya tujuan Kementerian Dalam Negeri untuk mengenakan tapisan dalam internet adalah kerana wujudnya banyak artikel yang kritikal terhadap Barisan Nasional, kita lihat banyak blog dan facebook juga digunakan oleh cybertrooper UMNO untuk memutar-belitkan fakta dan merosakkan nama baik pemimpin Pakatan Rakyat, yang mana saya sendiri pun merupakan salah seorang mangsa perbuatan jahat cybertrooper UMNO sehingga saya ditahan di bawah ISA selama 7 hari oleh Kementerian Dalam Negeri. Saya mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak Kerajaan BN, PDRM, Utusan Malaysia, Khir Toyo dan sebagainya, tetapi saya memang tidak setuju cadangan Kementerian untuk mengenakan tapisan dan sekatan dalam ruang siber kerana kerajaan mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam internet.
Cadangan mengenakan tapisan terhadap ruang siber ini bukan sahaja menunjukkan kebimbangan dan rasa tidak selamat pada pihak Kerajaan BN, ia juga melanggar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, dan melanggar Perjanjian Jaminan Koridor Raya Multimedia yang telah ditandatangani Kerajaan Malaysia pada 1997. Ia bukan sahaja akan menjejaskan usaha Malaysia untuk menarik pelaburan asing dalam bidang ICT, tetapi ia juga merosakkan nama baik Malaysia di masyarakat antarabangsa.
The Star Ditegur Oleh KDN Adalah Tidak Wajar
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin tanya, kenapakah Kementerian Dalam Negeri menghantar surat teguran kepada akhbar The Star yang menyiarkan laporan dan kenyataan Persatuan Gereja Kristian tentang Sl Kitab Bahasa Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching? Bukankah akhbar The Star hanya melaksanakan tanggungjawabnya untuk melapor apa yang benar dan apa yang sebenarnya berlaku? Kenapakah akhbar ini ditegur hanya kerana melaksanakan tanggungjawabnya?
Kenapakah Kementerian tidak mengambil tindakan terhadap sesetengah media seperti RTM, TV3 dan Utusan Malaysia yang selalu menyiarkan laporan yang kurang benar, berat sebelah dan memecah-belahkan hubungan antara kaum dan malah merosakkan jiwa “1 Malaysia”? Apakah ini menunjukkan Kementerian Dalam Negeri mengamalkan “double standard” dari segi pemantauan media?
Kenapakah Hanya Dua Orang Bekas Menteri Pengangkutan Didakwa Dalam Skandal PKFZ?
Datuk yang diPertua, skandal kewangan yang terbesar di Malaysia, iaitu Skandal PKFZ yang makan RM12.5 billion wang rakyat masih lagi menghantui nama baik negara kita. Rakyat Malaysia merasa amat hairan di mana Peguam Negara hanya mendakwa dua orang bekas Menteri Pengangkutan iaitu Tun Dr. Ling Liong Sik and Tan Sri Chan Kong Choy ke Mahkamah, tetapi bukan tokoh politik yang lain.
Dakwaan terhadap mereka ini, iaitu “menyelewengkan atau menipu Perdana Menteri dan anggota Kabinet” memang tidak menyakinkan orang ramai. Apakah ini menunjukkan bahawa kedua-dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi, dan anggota jemaah Menteri begitu tidak cekap dan begitu senang ditipu oleh kedua-dua orang bekas Menteri dalam kabinet ini?
Kenapakah tiada sesiapa dalam syarikat yang membangunkan PKFZ, iaitu Kuala Dimensi Sdn Bhd, khususnya CEOnya Ahli Parlimen Bintulu tidak didakwa langsung? Apakah ini bermaksud Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy adalah “surat khabar lama” dalam politik Malaysia yang sudah tiada impak dalam politik Malaysia dan boleh diambil tindakan manakala Ahli Parlimen Bintulu masih boleh memberi sumbangan kepada BN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, dan itu sebabnya beliau tidak disentuh langsung? Apakah dakwaan secara pilih kasih ini adalah untuk melindungi pemimpin UMNO dan BN yang telah songlap wang rakyat?
Insentif Pelaburan Malaysia Kurang Kompetitif
Datuk yang diPertua, kita semua gembira bahawa pelaburan asing di Malaysia telah bertambah secara keseluruhan, di mana jumlah pelaburan perkilangan telah bertambah daripada RM32.63 bilion pada tahun 2009 ke RM47.17 bilion pada tahun 2010. Walaupun pelaburan Malaysia secara keseluruhan masih kurang daripada jumlah pelaburan sebanyak RM62.78 bilion yang dicapai pada tahun 2008, tetapi pertambahan pelaburan pada tahun 2010 ini adalah tanda pemulihan ekonomi negara kita.
Saya merasa kesal bahawa pemimpin dan anggota Kabinet BN tidak menghargai usaha yang dimainkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang dan Selangor untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia, dan mereka malah berkata pencapaian pelaburan perkilangan di Pulau Pinang dan Selangor adalah hasil daripada usaha pemimpin Kerajaan BN. Ini memang merupakan kenyataan yang tidak adil, kerana kita tahu baik Perdana Menteri mahu sesetengah Menteri Kabinet telah berusaha begitu gigih menjemput pelabur asing untuk melabur di Zon Iskandar tetapi bukan negeri di bawah Pakatan Rakyat, tetapi akhirnya lebih ramai pelabur asing masih pilih negeri Pakatan Rakyat, iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
Datuk yang diPertua, di sini saya ingin tanya apakah kuasa dan fungsi MIDA selepas ia dikorporatkan? Apakah MIDA mempunyai lebih kebebasan untuk memberi insentif dan berunding dengan pihak pelabur berbanding dengan keadaan sebelumnya?
Dalam beberapa misi pelaburan yang saya sertai, saya berpendapat insentif yang ditawar oleh kerajaan Malaysia kepada pelabur adalah kurang kompetitif berbanding dengan negara jiran kita. Saya percaya pegawai MIDA yang berusaha untuk menarik masuk pelaburan akan setuju dengan pandangan saya tersebut. Jadi, sekiranya kerajaan masih kedekut dari segi penawaran insentif, maka usaha kita untuk menarik kemasukan FDI dan sesetengah pelaburan berbentuk teknologi tinggi dari negara asing akan terjejas.
Saya ingin mengambil Negara China sebagai contoh, di Negara China, kesemua kerajaan provinsi ataupun kerajaan negeri bersaing untuk menarik masuk pelaburan asing, dan mereka diberi kuasa untuk memberi insentif kepada pelabur asing. Dasar kerajaan China yang memberi galakan istimewa kepada pelabur asing ini pun menjadikan Negara China makmur dan maju pada hari ini.
Misalnya, di Daerah Jiaxing, iaitu kawasan yang berdekatan dengan Shanghai, kerajaan daerah ingin menarik pelaburan berteknologi tinggi ke daerah tersebut, tawaran yang diberi oleh kerajaan daerah kepada intelek dan pakar yang ingin melabur di dalam bidang teknologi hijau dan teknologi tinggi termasuk: RMB 1 juta modal permulaan, sekiranya pelaburan ataupun syarikat berkenaan berlangsung baik setahun kemudian, kerajaan Daerah akan memberi RMB 1 juta lagi kepada pelabur berkenaan selain daripada insentif yang diberi oleh kerajaan kepada pelabur berkenaan.
Selain daripada itu, kerajaan Daerah Jiaxing juga memberi hadiah wang tunai RMB100 ribu dan RMB50 ribu kepada syarikat “head hunter” ataupun individu yang membawa masuk pakar teknologi tinggi untuk melabur di Daerah Jiaxing. Jadi saya ingin mencadangkan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa dan MIDA mengkaji semula insentif yang ditawar oleh kerajaan Malaysia, supaya kita boleh menjadi lebih kompetitif dari segi penarikan pelaburan berteknologi tinggi ke Malaysia.
Segerakan Projek Lebuhraya Lembah Klang Selatan (South Klang Valley Expressway)
Datuk yang diPertua, sehubungan dengan isu pelaburan, saya ingin menggesa Kerajaan Pusat untuk memberi lebih perhatian untuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan perindustrian di negara kita sebagai langkah untuk menarik dan mesra dengan pelabur.
Di sini, saya ingin menyeru Kementerian Kerja Raya untuk menyegerakan penyiapan kerja-kerja Projek Lebuhraya Lembah Klang, terutamanya di persimpangan Teluk Panglima Garang – Persimpangan Pulau Indah agar projek tersebut boleh siap sebelum penghujung tahun 2012 seperti perancangan awal sebelum ini.
Projek SKVE ini amat perlu kerana pada masa ini, hanya terdapat satu laluan keluar masuk iaitu melalui jambatan Pulau Indah untuk sampai ke kawasan Pulau Indah.
Pertambahan bilangan kenderaan terutamanya kenderaan berat yang menggunakan Lebuhraya Pulau Indah sedia ada telah menyebabkan kesesakan yang ketara. Ini ditambah lagi jika terdapat kenderaan rosak atau kemalangan yang kebelakangan ini sering berlaku.
Pertambahan pelaburan di sekitar Pulau Indah atas kepesatan pembangunan telah menyebabkan keperluan jalan alternative ke Pulau Indah begitu mendesak. Terdapat beberapa pelaburan yang besar di kawasan perindustrian Selangor Halal Hub seperti PML Diaries Sdn Bhd memang memerlukan jalinan infrastruktur yang mantap.
Di samping itu, terdapat beberapa pembangunan yang tengah dibina di Pulau Indah seperti Port Klang Free Zone dan Westport, yang mana ia pasti akan menyumbang kepada pertambahan bilangan kenderaan yang masuk ke Pulau Indah apabila pembangunan telah mencapai tahap maksimum.
Bolehkah Anggota Tentera Menyertai Politik?
Datuk yang diPertua, saya ingin tanya Kementerian Pertahanan samada kementerian memberi kebenaran kepada anggota militari untuk menyertai parti politik dan malah memegang jawatan tinggi di dalam parti politik?
Di sini saya ingin tanya samada Tan Sri Liew Yun Fah di Tawau yang merupakan rejimen askar 516 wataniah ataupun Brigadier Jeneral of 516th Regiment of territorial army telah mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan untuk memegang jawatan Naib Presiden Kebangsaan Parti Gerakan. Ini adalah kerana Tan Sri Liew ini agak aktif dalam politik Sabah, tetapi pada masa yang sama, beliau selalu memakai pakaian generalnya dalam kesemua majlis kerajaan dan bukan kerajaan, dan beliau membuat kenyataan yang kritikal terhadap Pakatan Rakyat. Ramai orang di Sabah memang ingin tahu samada beliau masih merupakan anggota military dan samada penglibatan politiknya telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pertahanan. Saya ingin minta Menteri Pertahanan boleh memberi jawapan kepada Dewan yang Mulia ini dan rakyat di Sabah.
Teresa Kok
Does teresa know that what is the real meaning of Askar Wataniah ? its a volunteer army group which is open for working people to serve the arm forces and play a role in denfending our country.people like you and me can join either regardless of job and races.its not being paid, just like RELA.Therefore the question that you asked is just like asking whether a bank manager can serve in Askar Wataniah and hold a position inside ! Which is stupid enough !I srongly suggest the opposition leaders to do your homework carefully before making any stupid question and wasting time. Don’t fooled by those STUPID and RUBBISH longkang leaders in Sabah DAP.
Better keep quiet than making a stupid statement. even LKS can join askar wataniah if he is below 30…ha..ha !
Yes ! Longkang Leader….age 70 too old for askar wataniah. If pakatan leaders can make critical statement against BN…why can’t Tan Sri Liew do the same ? always learn from each other bah ! That also mean if Pakatan unfortunately become govt, nobody can criticised them ! wow…what a authocratic leadership they have.
Jangan jealous la YB, pengguna Celcom, Maxis & Digi di Malaysia jauh daripada angka tersebut, yang menerima sms tu adalah yg mendaftar mahu terima apa2 sms percuma daripada syarikat perkhidmatan h/p mereka la. YB lupa ka waktu register new h/p line YB boleh pilih sama ada mahu terima sms free drp mrk or not? Jangan putar-belitkan hal utk meraih undi la!
Salam YB,
Saya rasa persoalan tersebut dibangkitkan disebabkan tiada tentera mahupun pasukan berseragam di Malaysia yg menyokong YB lantas YB bermusuhan dgn tentera, benci tentera. Jangan prejudis terhadap tentera ba, mahupun polis ke, bomba ka, imigresen ka, dsb.
Biar saya jelaskan kepada YB. Dlm tentera ni ada dua kluster umum, regular army dan territorial army. Regular army tu tentera tetap la, full-time tentera. Territorial army ni askar simpanan, askar wataniah, macam saya, orang awam yg berminat dan bersedia berkorban mempertahankan kedaulatan negara jika berlaku apa2. Mungkin kerana saya giat aktif dalam askar wataniah, tu yg step by step saya naik sehinggalah hari ini dapat Brid. Jen., & utk makluman, I’m the only Chinese in Malaysia setakat ini dapat Brid. Jen. YB sepatutnya menggalakkan lebih ramai Chinese masuk askar wataniah ma…. Jgn cemburu dgn pencapaian org. Berusaha sendiri jika mahu. Sepatutnya YB ikut juga askar wataniah utk mempertahankan negara, jangan cakap-cakap sahaja.
YB sebagai seorang lawyer saya tidak nafikan lebih hebat ber”kata-kata” berbanding saya yg bukan daripada background laws. Tapi saya cabar YB ‘buka akta’ la, tunjukkan kepada saya mana undang-undang yg menyatakan saya tidak boleh ikut askar wataniah. Kalau tiada, cari la isu lain utk meraih undi. Saya tahu ba PR tidak sabar-sabar mahu mengambilalih kerajaan, dulu sebelum PRU ke-12 raih undi kononnya mahu kuatkan suara pembangkang dalam Parlimen sahaja, tapi lepas 308 tu, terus mahu ambilalih kerajaan oo… ingat rakyat sudah lupa 916 ka? Beria-ia mahu take over kerajaan pada 16 September 2008. PR gagal merampas kerajaan pada 916 tu kerana rakyat tahu, bukan BN! Jangan pandang rendah terhadap kemampuan rakyat berfikir dan jangan perbudak-budakkan rakyat dgn putar-belitkan cerita.
Saya kira mungkin sebab baru-baru ini lawatan YB ke Tawau melihat sokongan rakyat terhadap DAP yg makin meruncingkan, pening tu yg YB sengaja cari isu utk mendapatkan publisiti murahan. Jika wakil rakyat DAP betul-betul buat kerja utk rakyat, berjiwa rakyat, berjuang utk rakyat, kenapa YB mahu susah hati oo…? Rakyat boleh lihat sendiri & nilai sendiri. Tidak perlu YB or DAP dari semasa ke semasa create isu! Yg rakyat benci peralatkan nama reformasi & perubahan utk kepentingan diri.
Next time, YB gentleman sikit la, datang Tawau mari sini jumpa saya cakap depan-depan la, saya boleh belanja makan & minum lagi, saya belanja YB makan seafood lg ok. Sambil makan sambil bercerita. YB datang Tawau pun saya tiada sebarang syak wasangka terhadap YB walaupun seluruh penduduk Tawau boleh terhidu mesti ada perkaitan dgn DAP Tawau yg ahli-ahlinya saban hari makin ramai yg keluar sertai BN. Jangan sewaktu di Tawau diam-diam, balik sana bising-bising pertikaikan itu ini. Luangkan lebih sikit masa ma, lihat sendiri apa yg berlaku.
Saya rasa macam banyak pula mahu bercerita dgn YB, saya rasa saya yakin boleh yakinkan YB quit DAP dan join BN. Hanya BN yg mampu bawa perubahan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memajukan Malaysia. Join la BN, tidak silap punya. Kalau cakap dari luar BN sahaja tu yg YB selalu tidak dapat gambaran yg tepat.
Terima kasih.
Brid. Jen. Tan Sri Liew Yun Fah.
Hi Tan Sri Liew, finally you replied to my Parliament speech personally. If you are just a “askar wataniah”, how come you are so powerful till you can drive military used vehicle that has machine gun around Tawau town? Are you going against the law or are you being too powerful? I am curious