Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Majlis Pelancaran Buku Jingga Dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Posted on Wednesday, 02-03-2011 by -ec-

Jumpa di sana!

 

Kenyataan Media
02 Mac 2011

Majlis Pelancaran Buku Jingga Dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat akan mengadakan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Pelancaran Buku Jingga.Majlis ini akan diadakan pada 5 dan 6 Mac 2011 di Stadium Malawati , Shah Alam.

Karnival akan diadakan sepanjang dua hari program ini berlangsung. Di antara acara yang akan diadakan pada hari sambutan ialah pertandingan futsal, go-kart, persembahan kesenian, pameran, pertandingan memasak dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Pertandingan futsal akan diadakan di Gelanggang Futsal Extreme Park, Shah Alam manakala Pertandingan go-kart akan diadakan di litar go-kart Stadium Shah Alam.

Solat Maghrib berjamaah akan diadakan pada 5 Mac bertempat di perkarangan Stadium Malawati diikuti acara kemuncak program ini ialah Pelancaran Buku Jingga oleh YAB Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ceramah perdana oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Sebanyak 28 jabatan/ agensi dan 22 pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menyediakan pameran dan jualan sepanjang karnival berlangsung. Antara jabatan dan agensi yang mengambil bahagian dalam pameran ialah Jabatan Agama Islam Selangor, SSIC Berhad, Tourism Selangor, Perbadanan Adat Warisan Negeri Selangor (PADAT), UNISEL dan 12 pihak berkuasa tempatan.

Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat akan dimeriahkan lagi dengan sajian persembahan kesenian dan kebudayaan oleh Perbadanan Adat Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Maklumat penuh mengenai sambutan ini boleh diperolehi dengan melayari laman web www.selangor.gov.my.

2 thoughts on “Majlis Pelancaran Buku Jingga Dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor”

  1. raja azmi says:
    Wednesday, 02-03-2011 at 17: 47.13

    Mengikut petikan berita dari HarakahDaily, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan akan melancarkan Buku Jingga pada 8.00 malam, 26 Februari 2011 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Bharu, Kuala Lumpur.

    Pada petang Sabtu lepas, saya telah bertolak dari Sg. Ramal, Kajang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis tersebut.

    Sebagai seorang aktivis Pakatan Rakyat, saya amat berminat untuk mendalami Buku Jingga. Walaupun telah mentelaah Buku Jingga di internet, saya berharap agar penjelasan secara terus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi PR akan lebih berkesan. Buku Jingga dicanangkan sebagai satu platform penting PR untuk PRU-13 akan datang. Dengan pengetahuan meluas mengenai Buku Jingga, saya berharap dapat mentarbiyahkan orang lain tentang zat-zat Buku Jingga.

    Malangnya, apabila sampai di Kelab Sultan Sulaiman saya telah diberitahu oleh seorang pelayan restoran di kelab tersebut yang majlis telah dibatalkan. Saya merasa amat sedih kerana tiada notis pembatalan dikeluarkan. Saya yang bersusah payah datang dari Kajang terasa macam kena kencing.

    Dalam kehampaan, berbagai-bagai persoalan timbul di kepala tentang sebab-sebab majlis tersebut dibatalkan.

    Mungkin benar desas-desus yang mengatakan jentera PKR telah lumpuh akibat kepimpinan pusat yang tidak berkeruan. Badan negeri dan cabang PKR tidak berupaya menganjurkan sebarang majlis atau aktiviti. Sejak kebelakangan ini, Anwar Ibrahim terpaksa bertenggek di atas platform PAS untuk berceramah.

    Mungkin Buku Jingga tidak mendapat respons yang diharapkan daripada rakyat. Rakyat tidak yakin PR dapat menunaikan janji-janji yang disaji dalam Buku Jingga. Rakyat membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan prestasi buruk kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR.

    Mungkin PAS dan DAP tidak berapa komited dengan Buku Jingga. Sokongan yang diberi oleh PAS dan DAP setakat ini hanya melepaskan batuk di tangga. PAS dan DAP tidak memberi kerjasama untuk menyertai majlis-majlis penerangan Buku Jingga, hanya PKR yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

    Walau apa pun sebab-sebab pembatalan majlis tersebut, yang membuat saya amat terkilan ialah tiada pemberitahuan tentang pembatalan telah dikeluarkan. Saya telah membuang wang dan masa untuk pergi ke Kuala Lumpur. PKR tidak prihatin dengan aktivis bawahan seperti saya.

    Cara lewa PKR menganjur dan membatalkan majlis tersebut mencerminkan cara lewa PKR kepada janji-janji yang terkandung dalam Buku Jingga.

    RAJA AZMI BIN RAJA AZMAN

  2. kyototan says:
    Friday, 04-03-2011 at 09: 33.11

    Harap laporan ini mengandungi segala tindakan serta perubahan yang baik atua kurang baik. Laporan yang baik akan memberi semangat yang tinggi bagi seluruh pasukan PR tetapi laporan kegagalan akan memberi peluang untuk meperbaiki lamgkah yang salah.Yang pasti ada mestinya semangat untuk berkhimat.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme