Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

SelangorKini, Teresa : Kenyataan berbaur seksis, Ketua Gerakan Pemuda perlu mohon maaf, 3 Jan 2010

Posted on Monday, 03-01-2011 by -ec-

Teresa : Kenyataan berbaur seksis, Ketua Gerakan Pemuda perlu mohon maaf

Monday, 03 January 2011 | Ruangan: Berita

Teresa Kok

SHAH ALAM , 3 Jan – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendesak Ketua Gerakan Pemuda Kedah, Teng Keng Liang memohon maaf atas kenyataan berbaur seksis yang dilemparkan terhadap Hannah Yeoh yang juga ADUN Subang Jaya.

Teresa menganggap kenyataan Teng itu sebagai suatu penghinaan kepada kaum wanita dan ibu selain turut menggesa beliau memohon maaf  berhubung kenyataan sinis yang mempertikai kebolehan kaum itu menggalas tugas sepertimana kaum lelaki di negara ini.

“Saya menggesa Teng meminta maaf kepada Hannah dan semua wanita tanpa syarat ketidakperihatinan beliau selain mendidik dirinya tentang kesamarataan gender. Saya berbesar hati akan menaja Tan Keng Liang untuk mempelajari kesamarataan gender oleh NGO terkemuka di Malaysia,” jelas beliau dalam kenyataan media pagi ini.

Memetik kenyataan laman Twitter Teng semalam, beliau mempertikai kebolehan Hannah menjalankan tugas sebagai ADUN ketika sedang hamil.

“Siapa you pilih @ jezlai atau @ hannahyeoh yang akan bercuti hamil (sebagai ADUN Subang Jaya untuk pemilihan mendatang)?” memetik laman twitter Teng.

Walaupun mendapat kecaman pelbagai pihak menerusi komen, Teng tetap berkeras mempertahan kenyataan beliau selain menggambarkan sifat chauvinistic beliau terhadap kaum wanita.

Namun dalam masa yang sama Hannah mempertahankan dirinya melalui komen balas mengatakan beliau masih mampu untuk bekerja keras walaupun sedang bercuti hamil berbanding Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Teresa berkata, sehingga kini, Hannah yang dilantik sebagai ADUN Subang Jaya sejak terpilih pada Mac 2008 serta pasukannya telah bekerja keras untuk masyarakat di kawasan itu.

Tambah beliau, dedikasi yang ditunjukkan Hannah amat dihargai oleh masyarakat Subang Jaya setakat ini justeru beliau yakin ADUN itu akan menyumbangkan usaha kepada masyarakat di Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.

2 thoughts on “SelangorKini, Teresa : Kenyataan berbaur seksis, Ketua Gerakan Pemuda perlu mohon maaf, 3 Jan 2010”

  1. kyototan says:
    Tuesday, 04-01-2011 at 08: 51.55

    A person who had never able to enjoy own mother will never knew how great a mother can be. A mother shall try her very best to rise,protect and to lead her child the best way she could with full dedication and love. Very well since a person had choosen to serve as politician she would very much like to impress her childreb with her choosem path. Many of our politician go away on leave for very long period what can we comment on their sitiuation worse still those who are around just warming their sit trying to built their own selfish contact rather than serving the rakyat. Rakyat are the master, we knew what we need to have in our representative to the house. Those who had choosen politic as their career would be better clean their compound so that the rakyat can accept them abd choose them to represent the rakyat in the house.

  2. lim says:
    Tuesday, 04-01-2011 at 20: 10.37

    Pemuda Wanita Gerakan should demand a public apology from Teng! Their silent will be taken as endorsing Teng’s vision.

    I would suggest that all Gerakan’s Wanita resign and joint PR as under the present Lelaki Gerakan leadership they will never have any future unless they opt not to get marry or pregnant.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme