Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Tiada had atau tempoh untuk pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri

Posted on Wednesday, 29-12-2010 by -ec-

KENYATAAN AKHBAR

29 DISEMBER  2010

______________________________________________________________________________

TIADA HAD ATAU TEMPOH UNTUK PELANTIKAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

Kerajaan Negeri Selangor menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kami menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa  tertentu. Tambahan pula, jawatan Dato’ Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011.

Perlu ditegaskan di sini, Kerajaan Negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

Panel yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim serta dianggotai oleh dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri iaitu YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan YB Dr. Xavier Jayakumar, telah menemuramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Dato’ Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan DYMM Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan.

Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab. Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan.

Pakatan Rakyat Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan merasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka. Isu Dato’ Khusrin Munawi ini timbul sejurus sebelum UMNO mengumumkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Justeru, Pakatan Rakyat Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan  kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyeleaian terbaik.

Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan  pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini  (miscommunication). Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing.

FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR

3 thoughts on “Tiada had atau tempoh untuk pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri”

  1. pa says:
    Thursday, 30-12-2010 at 16: 29.20

    MB dan Exco sangat takut dengan Sultan. Itu fasal Sultan naik muka dan bolih membelakangkan MB. Mengikut perlembagaan, Sultan kena ikut cakap MB kecuali dalam perkara2 yang dia mempunyai ‘discretion to act on his own’. Ini lantikan SUK, sultan kena dengar dan ikut cakap MB dan Exco.

  2. ORANG LAMA says:
    Thursday, 30-12-2010 at 18: 58.11

    kepala otak orangx dumno tak sabarx hendak jatuhkan PR. mereka gunakan kuasa mereka dan menghasut sultan dan kakitangan istana untuk jayakan impian mereka. otak korup mereka tak habisx kalau tak pulun semua duit rakyat selangor dikerjakan. kan negeri ni paling kaya dalam malaysia.

  3. lim says:
    Sunday, 02-01-2011 at 13: 38.21

    We need to break through the cocoon that housed and protected us thus far, else we can never fly. If we do not opt for change, then we can only expect the deepening and widening of the gaps between the race that currently have already reached a threshold level where a small disturbance to the equilibrium will throw Malaysia into chaos. The current situation is: the opposition is working all out to wrestle power from BN, while BN use whatever MWD under their disposal to nullify the opposition endeavor. This is truly unfortunate as it leaves very little time and effort for real politic, economy, and social reform.

    In fact the politic situation is so fluid that even a small mosquito politician or individual can attract large media coverage; and, create havoc to a party or the government machinery. It goes to show that the political under current has reached a dangerous level and any substantial provocation will coerce both sides to take drastic measures to protect their respective interest. This is the situation in Selangor.

    Under such circumstances and environment, the coming election will be a fierce and heavy handed events that will see both side apart from the usual throwing mud on each other, will promise all type of sweet to attract the not-so-discerned or gullible. So in a sense the winning of the election will be dependent on the rural folk rather than the urban.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme