Hello, today I was really busy with a few meetings. However, I still tried my best to deliver my speech on motion of thanks to the King. I then managed to do it at about 11.30pm.
What made me most happy was that I managed to speak in front of Pak Lah who came at about 10.30pm to visit his fellow BN guys, maybe to spot check to see whether they are still working and playing their roles in the Parliament.
I was happy to speak before him mainly because I managed to rebut the Parliament answer that he gave me on 12th May on Government Integrated Radio Network (GIRN). I hope he will take my speech seriously and order a review on GIRN which was given to Sapura and protested by our police force.
Ucapan Perbahasan Menjunjung Kasih Kepada YDP Agong Oleh YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Pada 13 Mei 2008
Datuk yang diPertua, Oleh kerana kesuntukan masa yang mana kami hanya diberi 10 minit untuk berucap, di sini, saya ingin terus masuk ke beberapa isu tertentu dalam perbahasan menjunjung kasih kepada YDP Agong.
Projek Government Integrated Radio Network (GIRN)
Isu pertama, mesyuarat kabinet pada 6 Disember 2006 memutuskan bahawa projek Government Integrated Radio Network (GIRN) dianugerah kepada Sapura Research Sdn Bhd. Persoalan saya ialah:
- Adakah proses penganugerahan dibuat secara telus? Kenapa ianya dibuat secara rundingan terus sedangkan agensi-agensi terlibat telah banyak menyoal isu teknikal Sapura?
- Apakah itu benar bahawa projek GIRN melibatkan kos yang melebihi RM5 Bilion bagi tempoh konsesi 20 tahun? Saya terima maklumbalas daripada pengusaha industri tersebut bahawa projek tersebut sebenarnya hanya memerlukan kos yang kurang daripada RM 2 billion sahaja. Beberapa syarikat telah yang menghantar kertas cadangan skop kerja yang sama dengan syarikat Sapura kepada EPU, tetapi cadangan mereka langsung tidak dipertimbangkan. Apakah ini menunjukkan bahawa berlakunya KETIRISAN yang ketara dalam projek ini?
- Datuk yang diPertua, saya difahamkan pada peringkat awal, projek ini diberi kepada Special Purpose Vehicle (SPV) yang melibatkan beberapa agensi seperti EPF, Amanah Raya, Koperasi Polis, LTAT, kenapakah ia kemudian dianugerahkan kepada Sapura, sebuah syarikat persendirian? Kenapakah pihak EPU terus menganugerahkan projek ini kepada Sapura tanpa kira tentangan daripada agensi-agensi terlibat, khususnya bantahan daripada pihak PDRM yang menyuara ketidakpuasan mereka terhadap projek GIRN kerana ia tidak sesuai bagi mereka?
Datuk yang diPertua, dalam jawapan Parlimen yang diberi oleh YAB Perdana Menteri kepada saya berkenaan dengan isu ini pada 12 Mei 2008, ia berbunyi, “Perjanjian Penswastaan GIRN telah ditandatangani pada 4 Januari 2007 dengan Kos projek yang dianggarkan sebanyak RM 2.7 billion. Jumlah tersebut adalah termasuk kos sewaan rangkaian sebanyak RM 1,833 juta dan RM 956.1 juta kos penyenggaraan bagi 5 tahun pertaman untuk tempoh konsesi selama 20 tahun.“ Soalannya, kos RM2.7 billion cuma untuk peralatan dan kos penyelenggaraan selama 5 tahun sahaja, tetapi konsesi GIRN adalah selama 20 tahun, bagaimanakah kos penyelenggaraan untuk baki 15 tahun berikutnya? Kenapakah kos penyelenggaraan 15 tahun ini tidak dimasukkan kedalam kontrak nilai tersebut? Apakah ini merupakan kos tersembunyi (hidden cost) yang belum didedahkan bagi projek ini?
Selain itu, saya juga meragui jawapan Perdana Menteri yang menyatakan tawaran Sapura memberi liputan ke seluruh negara. Saya difahamkan dalam kertas cadangan Sapura, kawasan liputan Sapura hanya sekitar 60% sahaja, manakala bagi PDRM, kawasan liputan seluruh negara bermaksud liputan yang merangkumi lebih daripada 95%.
Soalannya ialah, kenapakah setelah kontrak ditandatangani selama 6 bulan, jumlah base station ditambah sekali ganda untuk liputan semenanjung Malaysia, iaitu daripada 446 base station kepada lebih 700 base station, bukankah ini merupakan kenaikan kos ataupun ”hidden cost” bagi kerajaan? Jawapan Perdana Menteri kepada saya telah menjustifikasikan penggunaan GIRN juga sebut bahawa ”autonomi bagi agensi yang mana setiap agensi dapat mengendalikan kumpulan pengguna masing-masing melalui pengurusan dan pusat despatch agensi masing-masing”. Masalahnya, mengikut kertas cadangan Sapura, Sapura akan mengawal dan menguruskan rangkaian tersebut, di manakah autonomi bagi pihak agensi kerajaan dan PDRM dalam sistem ini? Selain itu, jawapan Perdana Menteri mengenai sistem Sapura juga sebut bahawa sistem GIRN mempunyai `ciri keselamatan yang tinggi seperti user authentication, air interface encryption dan end-to-end encryption bagi menjamin keselamatan suara dan data dari diintip oleh pihak ketiga.’ Tetapi mengikut pengurus industri, teknologi ini tiada kemudahan end-to-end encryption. Ini adalah di antara sebab kenapa Ketua Polis Negara ataupun PDRM tidak setuju dengan penggunaan radio yang dikemukakan oleh pihak SAPURA. Datuk yang diPertua, di sini saya ingin minta pihak kerajaan untuk memberitahu dewan yang mulia ini, siapakah yang membuat penilaian teknikal untuk projek ini? Apakah pihak agensi kerajaan seperti MAMPU terlibat dalam penilaian teknikal ataupun penilaian hanya dilakukan oleh syarikat yang diragui ketelusannya? Selain itu, jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri tersebut berkata bahawa PDRM telah bersetuju untuk menggunakan GIRN, ini adalah kenyataan yang tidak benar. Saya difahamkan bahawa Ketua Polis Negara pernah menghantar surat bantahan terhadap penggunaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada 5 Disember 2006 dan kepada Unit Perancang Ekonomi pada 10 Disember 2007. Di antara alasan bantahan yang dikemukakan oleh pihak PDRM ialah sistem GIRN ini tidak dapat memberi autonomi sepenuh kepada PDRM dan kemungkinan akan berlaku kebocoran maklumat. Oleh itu, saya mencadangkan pihak kerajaan melalui EPU dan MAMPU melantik pihak ketiga untuk mengkaji semula perjanjian kontrak konsesi GIRN yang telah dianugerahkan kepada syarikat Sapura khususnya kajian dari segi kesesuaian teknologi yang digunakan dan juga harga kontrak yang ditawarkan kepada kerajaan. Ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya KETIRISAN dan tiada HIDDEN COST serta menjamin KESELAMATAN NEGARA. Masalah Teksi Bajet KLIA/ LCCT Datuk yang diPertua, YB Segambut dan saya pernah berjumpa dengan sekumpulan pemandu teksi bajet LCCT yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan LCCT pada bulan lepas. Bantahan para pemandu teksi bajet ini ialah kerana:i) 70% daripada pemandu teksi di kalangan 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang terpaksa menyewa ataupun membeli teksi daripada syarikat-syarikat kroni BN, sedangkan permohonan permit teksi persendirian telahpun dibeku sejak tahun 2006. Soalan mereka ialah, kenapakah pihak kerajaan membiarkan syarikat-syarikat besar untuk mengeksploitasi mereka manakala pemandu teksi yang mencari nafkah dinafikan permit teksi, sehingga mereka terpaksa menjadi hamba abdi kepada syarikat-syarikat kroni yang dikawal oleh ahli-ahli politik BN yang dipaksa membayar sewa teksi yang lebih kurang RM20 lebih tinggi sehari kepada syarikat-syarikat kroni BN tersebut? ii) Pihak LPKP tidak mengenakan kawalan kereta dalam pasaran pengangkutan awam di lapangan terbang. Sekarang, pemandu teksi bajet lapangan terbang terpaksa menghadapi saingan daripada kenderaan lain seperti van, bas Air Asia, bas yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, limousin hotel dan limousin KLIA dan juga teksi sapu persendirian…. Pengwujudan kesemua teksi dan bas ini menunjukkan para agensi kerajaan seolah-olah hilangnya koordinasi dan seolah-olah lebih mementingkan keuntungan syarikat kroni daripada pemandu teksi yang cari makan. Akhirnya, saya ingin menyeru pihak kementerian supaya mendengar rintihan daripada para pemandu teksi bajet di lapangan terbang dengan menghentikan pengeluaran permit teksi kepada syarikat kroni BN tetapi permit teksi harus diberi kepada kesemua pemandu teksi individu. PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN Datuk yang diPertua, YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru mewarisi jawatan menteri adiknya telah berkata bahawa beliau akan mengkaji kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan. Saya ingin tanya, apakah masalah yang menegah kerajaan untuk mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan, dan apakah pihak kementerian telah menetapkan jadual atau ”time line” untuk mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan? Memandangkan 5 buah negeri telahpun dikawal oleh parti-parti bukan Barisan Nasional, iaitu Pakatan Rakyat, jadi saya cadangkan supaya kerajaan memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan bagi rakyat untuk memilih Datuk Bandar adan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, supaya ahli-ahli politik BN boleh juga dipilih untuk menjadi ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Sekian, terima kasih. Teresa Kok
Dear YB Teresa,
Its a lengthy thing to read but nevertheless, we should fight for the election of Local government. Inclusive of the City council heads like DBKL for example for they would take their position and power vested in them for granted.
They have forgotten they are there with the blessings from the Rakyat to serve the Rakyat.
Taking their positions for granted would eventually lead to arrogance and in the end they lost their fundemental motivation in their functions altogether.
To cut short, they must be elected and when expired, call for another election.
Teresa, in my opinion it is unlikely for the federal government to do away with the 1976 Local Government Act to pave the way for election of local governments to take place. In the 12GE the BN surrendered all the urban areas to the Pakatan Rakyat, so I don’t think they would be so generous as to allow the post of KL Mayor to be held by a PR member, giving away what little they have. I, for one, also hope that there would be local government elections in Penang Island where I live as the services provided by the previous BN-controlled MPPP left much to be desired. With the DAP-led PR state government now in power we can be at least rest assured that an authentic government which is corruption-free is in chage, and the tax money we pay to the MPPP is put to good use like providing better and perhaps cheaper services for the 600.000 islanders.
Despite the federal government not giving-in to the wishes of the people in the PR-controlled states, the PR MPs and State Assemblymen must keep on pressing the BN government to be sensible and give back to the people what is due them.
Teresa,please do some deeply research about the system before deliver your question about this GIRN project.I’m shock when you agree with what KPN think about this project. Since when he knows about the telecommunication system??so please don’t make yourself looks fool like him. I don’t want to talk about corruption or hidden cost like what your are saying as i’m also think that it might be exist but the most important thing is this system is manage by our own people and not by the motorola as what i know maintaining our police communication system right now.So now which one did you trust most?the overseas company or our nation company to manage our own security communication system. Think about it..