Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Video Youtube yang berfitnah terhadap saya

Posted on Thursday, 16-12-2010 by -ec-

Saya amat hairan untuk melihat video Youtube yang memutar-belitkan keadaan sebenar dan menfitnah saya berkelakuan biadap di dalam masjid.

Tuduhan yang dilemparkan dalam video Youtube ini adalah tidak berasas sama sekali.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah seperti berikut:

Pada waktu tengahari 5 Disember 2010, kami berhimpun di perkarangan Masjid Negara demi menyokong Kerajaan Selangor untuk mengembalikan hak air kepada rakyat.

Lebih kurang jam 1.15pm, setelah MB dan para pemimpin yang beragama Islam bersolat, saya diberitahu bahawa Menteri Besar ingin bercakap dengan saya dan minta saya naik ke balkoni tingkat satu, iaitu tempat bersolat Muslim, demi  memberi ucapan kepada orang ramai yang telah berhimpun di perkarangan masjid.

Apabila saya berada di bawah tangga ke tingkat 1, setelah menanggalkan kasut saya, saya juga diminta untuk memakai tudung/selendang. Selepas saya memakai selendang, saya memang rasa kurang selesa untuk naik ke tempat bersolat orang Islam. Itu sebabnya saya bertanya-tanya isteri Dr Xavier dan Tian Chua samada sesuai bagi kami orang bukan Islam untuk naik ke tempat bersolat Muslim di tingkat 1, kerana saya tidak ingin mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Teo Nie Ching yang mana akhirnya diputar-belitkan oleh media dan musuh politik Pakatan.

Selepas saya berjumpa dengan Tian Chua, dia setuju dengan pandangan saya bahawa kami wakil rakyat bukan Islam tidak sepatutnya naik ke tingkat 1 di tempat solat orang Islam, saya pun turunkan selendang di atas kepala saya. Pada waktu itu, saya agak marah dengan rakan saya yang kurang sensitif dengan keadaan pemimpin bukan Islam seperti saya, Dr Xavier dan sebagainya.

Ini adalah apa yang ditunjukkan dalam video Youtube ini. Saya memang sedar terdapat orang yang ingin memerangkap saya untuk menunjukkan saya masuk ke tempat bersolat dan mengulangi tuduhan palsu mereka terhadap Teo Nie Ching terhadap saya. Saya memang tidak sangka tindak-tanduk saya di bawah tangga yang menunjukkan saya tidak ingin masuk tempat bersolat di Masjid Negara pun diputar-belitkan oleh golongan jahat tersebut.

Oleh itu, video yang memfitnah saya itu penuh dusta, palsu dan tidak berasas sama sekali.

17 thoughts on “Video Youtube yang berfitnah terhadap saya”

  1. Fazlee says:
    Thursday, 16-12-2010 at 18: 09.48

    Kalau kamu bukan seorang muslim, jangan jejakkan kaki ke masjid jika hanya dengan niat untuk berpolitik/demonstrasi… Tetapi disebabkan politik/demonstrasi pemimpin islam yang sekutu dengan kamu membiarkan sahaja pemimpin yang bukan beragama islam berlegar-legar dikawasan masjid…….. Atau selepas ini jika kamu lebih mahu selesa berdemonstrasi, sila lakukannya di gereja, kuil, dll. Ingat apa yang berlaku hari ini (Tindakan pemimpin bukan beragama islam) memasuki masjid/ruang solat, telah diputarbelitkan seperti pelancong yang mahu melawat masjid untuk melihat keindahan senibina islam dan mereka akan menutup aurat dengan kostum yang disediakan……… Apa-apa pun you tak payah lagi lah masuk ke masjid melainkan kalau you menganut agama islam…….No Demo at the mosque…..

  2. BP says:
    Thursday, 16-12-2010 at 20: 26.44

    Fazlee, dont be an idiot

  3. harez says:
    Thursday, 16-12-2010 at 23: 23.21

    it seems that u never learned from mistake.. u tidak hormat masjid sebgai tempat suci org islam bersembahyang..u still boleh cakap u nak ” bertanya-tanya isteri Dr Xavier dan Tian Chua samada sesuai bagi kami orang bukan Islam untuk naik ke tempat solat org islam.. u tak da otak sendiri fikir ke? u dgn tak pakai selendang properly nak masuk ruang solat infact masuk masjid. u biadap la.

  4. Nani PJ says:
    Friday, 17-12-2010 at 00: 13.32

    BP,

    Kindly elaborate which part of Fazlee’s comment that you could conclude that Fazlee to be an idiot.

  5. 4RAKYAT says:
    Friday, 17-12-2010 at 01: 48.26

    non-muslims, just dont go inside a mosque compound. ever. nomattewhat. ok? that settles it.

    now, can we concentrate on burying umno?

  6. najib redzuan lee says:
    Friday, 17-12-2010 at 16: 25.37

    What’s done is done. I find it hard to believe your words. For a person who’d been in politics for a while now, you should know better. Mosque is no place for political campaign. It’s a sacred place for Muslims.
    If we can respect your kuil and tokong, we hope you can do the same. I believe that you wanted the publicity, and thus you wanted to give a speech at the mosque, hoping to get support from Muslims. When things didn’t go as you’ve planned, you spin your own story to save your **s.
    So stop coming to our sacred place. You are definitely not welcome here.

  7. sarawakian says:
    Friday, 17-12-2010 at 21: 20.20

    weird west malaysians. in sarawak non-muslims can visit a mosque whenever we like so do muslims can visit church or temple anytime they like. what’s wrong with that? shame on you guys.

  8. n says:
    Saturday, 18-12-2010 at 11: 56.02

    YB, non muslim should not go to mosque.you are not muslim.you a kaffir. You should not familiarize yourself with the mosquei.e muslim.we dont want you to be interested with our religion.

    Tak tau ayat mana atau hadis mana yang diaorang petik. Patut lah orang bukan islam takut dengan islam.bukan kita nak berdakwah dengan dia untuk cuba dekati islam malah kita yang suruh dia jauhi islam. astarfirllahalazim.

  9. lim says:
    Saturday, 18-12-2010 at 17: 27.43

    • The incident simply indicated that BN’s supporters will not rest in their laurel to stir up religion issues; and, their ominous presence should be taken seriously. Since BN lack political will to tackle issue relating to corruption, education, brain drain, freedom of speech and racial divide, their only way to hit on non-Malay politician is via their behavior in and around the Mosque.

    • Teresa may you need to study Islam in detailed in order to satisfy BN as they appeared to have not even an iota of ‘tolerasi’ and understanding towards non-Muslim women politician. Since Muslim expressed serious concern over the incident, I would suggest that notice be put up in the Mosque’s compound to demand that all non-Muslims must undergo and pass a detailed code of conduct course before they are allowed to be seen in and around Mosque premises.

  10. lim says:
    Saturday, 18-12-2010 at 17: 29.56

    The incident simply indicated that BN’s supporters will not rest on their laurel to stir up religion issues; and, their ominous presence should be taken seriously. Since BN lack political will to tackle issue relating to corruption, education, brain drain, freedom of speech and racial divide, their only way to hit on non-Malay politician is via their behavior in and around the Mosque.

    • Teresa may be you need to study Islam in detailed in order to satisfy BN as they appeared to have not even an iota of ‘tolerasi’ and understanding towards non-Muslim women politician. Since Muslim expressed serious concern over the incident, I would suggest that notice be put up in the Mosque’s compound to demand that all non-Muslims must undergo and pass a detailed code of conduct course before they are allowed to be seen in and around Mosque premises.

  11. hisham says:
    Saturday, 18-12-2010 at 18: 51.18

    yang sibuk2 buat demontrasi kat masjid tempat ibadat orang islam tu pasal apa?
    kerana politik,kamu sanggup mencemar tempat ibadat ugama lain.
    kalau tujuan untuk memahami,belajar menghayati dan mengkaji apa itu islam tak la orang marah.
    datanglah ramai mana pun,cuma jagalah kesucian tempat ibadah kita masing.
    tujuan kamu pergi dam masuk kedalam masjid itu yang dipersoalkan.
    aku berasa amat bangga jika ada orang islam cuba belajar dan memahami ugama islam,belajar memahami tak semestinya menyuruh kamu masuk islam.
    ramai dikalangan bijak pandai didunia ini belajar tentang islam tapi mereka tetap dengan ugama mereka.
    itu hak masing2..dalam ugama tak ada paksaan.
    kalau kamu ada otak,cuba guna sebaiknya.
    orang islam dan melayu amat tolanrasi,bolih menerima siapa saja sebagai sahabat dan pemimpin asalkan mereka itu menghormati ugama dan bangsa kami.
    apa kata satu hari ramai2 orang melayu masuk rumah ibadat kaum cina dan berdiri sebelah gambar tok pekong dan juga baring depan patung budha sambil menjerit macam babi nak beranak.
    bagaimana perasaan kamu jika orang2 melayu islam masuk ke gereja menunjuk perasaan sambil memekik macam babi nak mengawan.
    kamu dengan perilaku kamu yang tak senonoh itu kamu punya hal lah.
    agak2 lah…
    semua ugama menyeru kepada penganutnya menjadi manusia yang baik2.
    tak ada ugama yang menyeru kearah kemusnahan.
    walau sebaik mana,secantik mana,sebijak mana pun…tapi jika niat tak bersih…akan jadilah seperti apa yang terjadi ini.

  12. lee wee tak says:
    Saturday, 18-12-2010 at 20: 34.02

    the response from some of the commentators shows that not matter how one explain the situation, they already form an opinion

    what else can UMNO come up with? The fact tat DAP and PAS can work together, terrifies them no end, this is according to my PAS friend

    the moment any DAP MP is near a masjid, this kind of racket will be played up

    when khalid samad went to the church in shah alam,the christians did not make a fuss or the 2 undercover reporters who went into a church to check for “conversion” and spit out the bread…the muslim community here did not feel offended…

    since the MSM is controlled by these people…might as well do not give them a chance to exploit and distort…take politics out of masjid for a while

  13. lee wee tak says:
    Saturday, 18-12-2010 at 20: 36.03

    if teresa is offending islam, what is the muslim’s view here that IKIM says other religions are inferior?

    this is a non-issue if you ask me. all religion teach its followers to be good

    commonsense tell u tat u treat people right and propoer, u normally get back the same thing

    IKIM is nuts expecting non-muslims to respect islam when they themselves disres…pect other religion

    even a kindergarten nipper can reason better than these waste of oxygen

  14. Saya Muslim says:
    Sunday, 19-12-2010 at 16: 43.41

    Islam itu agama yang penuh rahmat dan untuk semua bangsa. Nabi Muhammad sendiri pernah menerima kunjungan rombongan kristian di masjidnya, malah diizinkan mereka untuk bersolat.

  15. Elween says:
    Sunday, 19-12-2010 at 18: 06.01

    Masjid itself is a haven for people who seek shelter in times of stress, no matter what ethnic or religion that person is. That doesn’t mean a Buddhist or Christian should be refrained from stepping into the Masjid ground.

    But I do agree that Masjid should not be the place for demonstration or politick-ing.

  16. lim says:
    Monday, 20-12-2010 at 14: 27.06

    If all Muslims have mindset as open & understanding as ‘Saya Muslim’ and ‘Elween’, Malaysia will be heaven for all; and, “Religion freedom and mutual respect’ would not be just a slogan or propaganda.

    Under such environment, Teresa will not have to go through a mountain of trouble to explain her predicament.

    But i do agreed 100% with Elween that religion premises should not be used as a demonstration venue.

  17. Putra says:
    Thursday, 23-12-2010 at 17: 28.58

    Teresa Kok datang sini bukan untuk berpolitik semata-mata, tapi untuk membela hak rakyat. Nak memudahkan kita semua. Ini satu bentuk penentangan kepada kezaliman yang diseru oleh Islam.

    Mengapa kita boleh berfikiran begitu sempit dan mengatakan beliau mencemar masjid? Terlalu bodohkah kita sampai tak dapat membezakan hakikat senyata itu?

    Jika beliau datang, membuang taik, mencarut, berkelakuan sumbang atau berzina di dalam masjid, itu mencemar masjid. Ini beliau datang untuk memastikan rakyat Selangor terus mendapat air tanpa dieksploitasi kroni dan individu tertentu.

    Masya Allah, mengapa rakan2 Islam ku tidak boleh nampak hal sebegini nyata? Bukan Islam bukan musuh kita dan Allah mengharamkan kita membunuh mereka sebagaimana kita membunuh rakan Muslim kita! Itu tandanya Allah tidak menyuruh kita bermusuh dengan mereka.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme