Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jumlah kes rogol 2010 paling tinggi di negeri Selangor

Posted on Thursday, 09-12-2010 by -ec-

Pertanyaan: Bukan Jawab Lisan

Daripada: Bukan Jawab Lisan

Daripada: Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

Rujukan: 3162

Soalan:


Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pecahan laporan kes rogol, inces (incest) dan pencabulan seksual (sexual harrassment) yang diterima oleh pihak polis di setiap negeri. Sila nyatakan jumlah kes rogol, inces dan pencabulan seksual yang telah didakwa di mahkamah.

Jawapan:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram dan mencabul kehormatan adalah satu jenayah yang tidak berperikemanusiaan. Pihak polis memandang serius kes-kes seumpama ini kerana majoriti mangsa yang terlibat adalah dari kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan lemah.

Jumlah kes jenayah rogol yang dilaporkan di seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun 2010 adalah sebanyak 2,426 kes. Jumlah kes tertinggi adalah dilaporkan di negeri Selangor iaitu sebanyak 456 kes manakala kes terendah adalah di Perlis iaitu sebanyak 18 kes.

Jumlah kes jenayah sumbang mahram, atau dengan izin, incest yang dilaporkan di seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun 2010 adalah sebanyak 289 kes. Jumlah kes tertinggi adalah dilaporkan di negeri Johor iaitu sebanyak 43 kes manakala kes terendah adalah di Perlis iaitu sebanyak 1 kes.

Jumlah kes mencabul kehormatan yang dilaporkan di seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010 adalah sebanyak 1,441 kes. Jumlah kes tertinggi adalah dilaporkan di negeri Johor iaitu sebanyak 216 manakala kes terendah adalah di Perlis iaitu sebanyak 20 kes.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun 2010, sebanyak 119 kes (5%) daripada 2426 kes melibatkan jenayah rogol dan sumbang mahram telah dituduh di mahkamah. Manakala bagi kes mencabul kehormatan, sebanyak 73 kes (5%) daripada 1441 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama telah dituduh di mahkamah.

1 thought on “Jumlah kes rogol 2010 paling tinggi di negeri Selangor”

  1. lee wee tak says:
    Saturday, 11-12-2010 at 20: 52.33

    given the high incidence of rape, incest and molest, how could the administrators attack these problems?

    instead of harping alcohol bans, preceived threats to malays supremacy or whatever, the real issues of the nation have not been properly addressed

    rape, incest and molest have to be controlled in a holistic model. rape is hardly heard of in singapore where the fairer sex here really dress to kill. the worst sex offenders are probably voyeurs and undergarment thieves.

    part of the reason is that if the level of education and civility of the population is high, then people will have proper jobs and can lead a proper, more fulfilled life

    on a practical note, there are some regulation establishments where the natural function can be addressed

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme