Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Fakta Projek Government Integrated Radio Network (GIRN)

Posted on Monday, 12-05-2008Monday, 12-05-2008 by DAP Seputeh

TARIKH : 12 MEI 2008
NO. SOALAN : 60

YB. Puan Teresa Kok Suh Sim minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakan cabinet memutuskan projek Government Integrated Radio Network (GIRN) ditawarkan kepada Sapura dengan kos yang melebihi RM 5 billion memandangkan harga yang ditawarkan oleh syarikat lain jauh lebih rendah daripada RM 5 billion. Kenapakah Kerajaan tidak mengambilkira bantahan daripada beberapa agensi Kerajaan termasuk PDRM dalam kes ini.

Jawapan :

Tuan Yang Di Pertua,

Perjanjian Penswastaan GIRN telah ditandatangani pada 4 Januari 2007 dengan Kos projek yang dianggarkan sebanyak RM 2.7 billion. Jumlah tersebut adalah termasuk kos sewaan rangkaian sebanyak RM 1,833 juta dan RM 956.1 juta kos penyenggaraan bagi 5 tahun pertaman untuk tempoh konsesi selama 20 tahun.

Tawaran yang dikemuka kepada Sapura adalah berdasarkan keperluan teknikal kesemua agensi yang terlibat yang meliputi perkara-perkara berikut :-

i. Liputan ke seluruh negara ianya penting bagi operasi agensi;

ii. Autonomi bagi agensi yang mana setiap agensi dapat mengendalikan kumpulan pengguna masing-masing melalui
penggurusan dan pusat despatch agensi masing-masing;

iii. Jaminan ke atas network availability ia penting bagi memastikan operasi berjalan lancar;

iv. Ciri keselamatan yang tinggi seperti user authentication, air interface encryption dan end-to-end encryption bagi
menjamin keselamatan suara dan data dari diintip oleh pihak ketiga;

v. Akses ke atas pengkalan data secara real-time;

vi. Penggabungan suara dan data iaitu suara dan data disampaikan menerusi alat/terminal yang sama;

vii. Kerjasama di antara agensi (Interoperability Operation) dapat dilaksanakan di mana dalam keadaan tersebut, operasi
yang dijalankan secara bersepadu dapat dirancang dan semasa menangani kecemasan pasukan keselamatan yang
terlibat dapat dihubungi dengan segera; dan

viii. Keperluan Malaysia untuk mempunyai kepakaran teknikal bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan persediaan alat ganti.

Bantahan yang dikemukakan oleh PDRM terhadap Projek GIRN ialah mengenai aspek keseraisian(compatibility) peralatan PDRM yang menggunakan teknologi digital APCO P25 dengan teknologi TETRA di bawah Projek GIRN. Sekiranya teknologi yang diguna pakai tidak mempunyai backward compatibility dengan peralatan komunikasi radio PDRM sedia ada, ia akan menjadi pembaziran kerana peralatan PDRM tersebut belum mencapai 5 tahun.

Walau bagaimanapun, sebelum projek ini diluluskan oleh Kerajaan pada 6 Disember 2006, pihak PDRM telahpun menandatangani spesifikasi teknikal projek serta memberikan persetujuan untuk menggunakan GIRN yang akan dilaksanakan oleh Sapura. Pelaksanaan projek ini telah mengambilkira pandangan daripada PDRM semasa Jamaah Menteri memutuskan projek ini.

2 thoughts on “Fakta Projek Government Integrated Radio Network (GIRN)”

  1. Sabahfan says:
    Monday, 12-05-2008 at 20: 42.23

    TAMBIRANG PUNYA JAWAPAN…

    Lain Kali kemukakan soalan tambahan…

    1. Siapakah senarai pemilik syarikat ini, dan peratus saham yang dipigang.

    2. Apa tali persaudaraan atau persahabatan antara pemilik syarikat ini dengan kerajaan UMNO?

    3. Brapa peratus ka ‘Kickback” yang perlu dibayar balik kepada pemimpin UMNO??

    he he he he he he… EVERYONE KNOWS.. NUDGE NUDGE WINK WINK SAY NO MORE !!!!

  2. lee wee tak says:
    Tuesday, 13-05-2008 at 21: 20.36

    don’t think the answer address the question. I think the main thrust is about proposals comparison but the answer seems to be justifying the only and selected candidate’s offer.

    there were no mentioning about the details of what other contenders offered.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme