Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Apa berlaku kepada Pakej Rangsangan Ekonomi RM60b tahun 2009?

Posted on Tuesday, 30-11-2010 by -ec-

Daripada: Puan Teresa kok Suh Sim (Seputeh)

Pertanyaan: (Lisan)

Tarikh: 29.11.2010

Puan Teresa Kok Suh sim (Seputeh) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan melalui RM60 billion Pakej Rangsangan Ekonomi pada tahun 2009. Apakah hasil berikutan pakej rangsangan ekonomi ini.

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dan pantas untuk menangani krisi ekonomi dunia dengan melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi iaitu sebanyak RM7 billion yang diumumkan pada 4 November 2008 dan sebanyak RM60 billion pada 10 Mac 2009. Kedua-dua pakej ini telah berjaya mengelakkan negara daripada terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi yang lebih teruk. Malahan, ekonomi negara telah berjaya mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak 9.5% dalam tempoh pertama 2010 berbanding – 5.1% dalam tempoh separuh pertama 2009, dengan semua subsektor mencatatkan pertumbuhan positif. Sektor pembinaan mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 6.3% berikutan pelaksanaan beberapa projek termasuk kerja-kerja penyelenggaraan di bawah Program Penyengggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), pembinaan Rumah Mesra Rakyat serta penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

2. Berikutan prestasi ekonomi yang semakin pulih, bilangan tawaran untuk kekosongan pekerjaan kembali meningkat sebanyak 30% kepada 1,539,906 dalam tempoh 10 bulan pertama 2010. Bilangan pemberhentian kerja turut berkurangan kepada 993 orang pada bulan September berbanding jumlah pemberhentian kerja tertinggi sebanyak 8,383 pekerja pada bulan Ogos 2008.

3. Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama (PRE1), kesemua peruntukan telah diagihkan kepada kementerian dan agensi pelaksana. Sehingga 4 November 2010, sebanyak 66,841 projek telah siap dilaksanakan dan sejumlah RM6.56 bilion pembayaran telah dibuat.

4. Bagi Pakej Ransangan Kedua (PRE2) yang bernilai RM60 bilion, program/projek yang dilaksanakan termasuk menyediakan peluang latihan dan pekerjaan, meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas, membantu sektor swasta menghadapi krisis dan mebina keupayaan masa depan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15 bilion merupakan suntikan fizikal, RM25 bilion bagi Dana Jaminan dan RM10 bilion bagi pelaburan ekuiti, RM7 bilion bagi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan off-budget serta baki RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai.

5. Sehingga 4 November 2010, sejumlah RM13.99 bilion daripada suntikan fiskal telah diagihkan kepada kementerian dan agensi. Sebanyak 51,504 projek bernilai RM11.66 bilion telah dilaksanakan dan daripada jumlah ini sebanyak 48,963 projek telah siap dibina dengan pembayaran dijelaskan sebanyak RM9.65 bilion. Sementara itu, sebanyak 2,733 unit Rumah Mesra Rakyat sudah siap dibina.

6. Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM7 billion bagi membiayai modal kerja syarikat-syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta bagi membantu Perusahaan kecil & Sederhana (PKS) yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Peruntukan di bawah skim ini telah digunakan sepenuhnya dengan 5,329 permohonan bernilai RM7 bilion diluluskan. Selain itu, sebanyak 250 permohanan bernilai RM1,009.4 juta telah diluluskan.

7. Kerajaan juga telah memberi peluang kepada siswazah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah. Sejumlah RM110 juta telah diperuntukkan di bawah PRE2 untuk tujuan ini dan peruntukkan ini telah digunakan sepenuhnya. Sehingga 6 Januari 2010, sebanyak 9,006 permohonan telah diluluskan di peringkat sarjana manakala 556 bagi doktor falsafah. Sebanyak 5,609 permohonan yang diluluskan adalah dalam bidang sains dan teknologi, kejuruteraan dan teknologi, perubatan dan sains kesihatan manakala selebihnya dalam bidang sastera dan sastera ikhtisas.

8. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, berdasarkan hasil Kajian Penilaian Outcome dan Impak PRE2 yang dilaksanakan oleh Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pengurusan Projek (PMU) pada Julai 2010 menunjukkan 87% daripada 9,456 responden yang ditemu duga, yang terdiri daripada penerima manfaat terus dan pemimpin masyarakat serta orang awam di seluruh negara, berpuashati dengan pelaksaaan PRE2.

Tuan Yang di-Pertua,

Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi telah berjaya mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan ekonomi dengan mencatat pertumbuhan di luar jangkaan. Kerajaan yakin dengan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi berserta dasar monetari yang akomodatif, ekonomi negara akan terus mencatat pertumbuhan yang kukuh pada tahun 20210 dan 2011.

1 thought on “Apa berlaku kepada Pakej Rangsangan Ekonomi RM60b tahun 2009?”

  1. lee wee tak says:
    Tuesday, 30-11-2010 at 23: 36.12

    1. the stimulus is all about projects and contracts…nothing much about structural changes to handle the changing economic lanscape

    “berikutan pelaksanaan beberapa projek termasuk kerja-kerja penyelenggaraan di bawah Program Penyengggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), pembinaan Rumah Mesra Rakyat serta penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman”

    2. looks funny – 30% increase from what/where? without quoting the source, i.e. human resource ministry survey, the numbers can be plucked from anyway…the extremely general reply does not enable us to assess and examine the source of info

    3. 66,841 projek telah siap dilaksanakan? What kind of projects? who are the recepients? any pen tender? what is the benefit derived? more questions we have rather than answer we get

    yawn…about the rest

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme