Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

16,704 pemastautin tetap diluluskan pada 2008 dan 2009

Posted on Friday, 26-11-2010 by -ec-

Pertanyaan: Lisan

Daripada: Pn Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

Tarikh: 22 November 2010

Rujukan: 3094

Soalan: Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pemohon Pemastautin Tetap yang telah mendapat kelulusan pada tahun 2008 dan 2009 dan umlah pemohon yang masih menunggu keputusan. Apakah kelulusan permohonan Pemastautin Tetap ini diputus oleh Menteri / Kementerian Dalam Negeri atau pun diputus oleh pihak Imigresen?

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat kerana bertanyakan soalan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah pemohon Permastautin tetap yang telah menapat kelulusan ada tahun 2008 dan 2009 adalah berjumlah 16,704 manakala jumlah yang masih menunggu keputusan ialah 1,242.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga sebelum seseorang warganegara asing memperoleh status Pemastautin Tetap atau Pendudk Tetap (Permanent Resident – PR), mereka perlu mendapatkan Permit Masuk (Entry Permit) terlebih dahulu selaras dengan peruntukan seksyen 10 Akta Imigresen 1959/63. Seseorang warga asing yang telah dikeluarkan Permit Masuk adalah layak untuk memohon taraf Pemastautin Tetap bagi membolehkan mereka dikeluarkan MyPR (dahulu dikenali sebagai Kad Pengenalan Merah) oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Berdasarkan perkara 10 Akta Imigresen 1959/63 Permohonan Permit Masuk boleh dibuat di mana-mana pejabat imigresen yang berhampiran tertakluk kepada syarat pemohon hendaklah mempunyai dokumen perjalanan/pasport yang sah. Pertimbangan dan keputusan permohonan Permit Masuk adalh di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Imigresen. Pemohon yang permohonannya ditolak oleh Ketua Pengarah Imigresen boleh merayu secara bertulis dalam tempoh 30 hari kepada YB Menteri Dalam negeri yang mempunyai kuasa untuk menimbang rayuan Permit Masuk dan keputusan YB Menteri berkenaan adalah muktamad, selaras dengan Seksyen 10(3) Akta Imigresen 1959/63.

2 thoughts on “16,704 pemastautin tetap diluluskan pada 2008 dan 2009”

  1. kyototan says:
    Friday, 26-11-2010 at 15: 30.13

    Terima kasih di ucapkan kepada YB Seputeh yang sudi mengemukakan keliluan saya terhadap perkara PR bagi isteri warga asing dan juga untuk medapatkan pejelasan dari DBKL bagi kelulusan projek perumahan di Seri Petaling.

    Dengan jawapan dari YB Meteri KDN sekarang saya faham process permohonan PR tetapi masih tunggu repontasi dari pihak DBKL.

  2. rustum says:
    Friday, 26-11-2010 at 22: 03.45

    hi Teresa

    i married my wife a Thai citizen in 1995 and have 4 children and have applied for Permohonan Permit Masuk in 2002 after 5 years stay and till today there is no news of our application
    – what can i do
    – any suggestions?

    Pls help

    i am fed up of the yearly renewals – pls send any feedback to my email address

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme