Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Selangor education loans stats

Posted on Wednesday, 24-11-2010Thursday, 25-11-2010 by -ec-

On 16 November 2010, EXCO for Education, Higher Education & Human Capital Dr Halimah and I held a press conference to raise awareness of the education loans provided by Selangor State Government and openly encouraged all who are eligible to apply.

However, I regret that MCA has been very irresponsible to take our good intention and twisted it into a racial issue by falsely accusing us of neglecting the Chinese, when the fact the Selangor education loans have no racial quota imposed.

Below are the facts on the education loan (accurate as of today, 24 November 2010):

PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

DI BAWAH TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR

1.      LATAR BELAKANG

1.1       Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memberi kemudahan biasiswa kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

1.2       Pada tahun 1987, kemudahan ini telah diubah kepada bentuk pinjaman, di mana bentuk tabung pinjaman yang disediakan adalah seperti berikut:

1.2.1 Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran untuk pelajar-pelajar yang menuntut di IPT dalam negara (IPTA/ IPTS) bagi pengajian di peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah.

1.2.2  Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri Selangor

Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar yang menuntut di IPTS bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang teknikal dan kemahiran di peringkat Sijil.

2.      SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

2.1       Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau

(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.


2.2       Permohonan adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i)           Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan).

(ii)          Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

2.3    Pemohon juga dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(i)           Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);

(ii)          Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja akan diberi keutamaan;

(iii)        Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;

(iv)        Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/ diberi tempoh pelanjutan pengajian; dan

(v)         Pemohon menghadiri dan berjaya dalam sesi temuduga yang diadakan.

2.4    Setakat ini, tiada sebarang penetapan kuota berdasarkan kaum bagi tawaran pinjaman pelajaran yang disediakan dan syarat-syarat kelayakan sedia ada adalah berdasarkan syarat-syarat yang terkandung di dalam Enakmen Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 1949 (Pindaan 2002).

2.5    Walau bagaimanapun, penilaian terhadap permohonan yang dikemukakan adalah berdasarkan sistem merit, iaitu merangkumi pencapaian akademik pemohon serta latarbelakang pendapatan keluarga pemohon.

3.      KADAR TAJAAN PINJAMAN PELAJARAN

3.1    Kadar tajaan semasa bagi pelajar-pelajar tajaan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman* (Setahun)
Ijazah (Perubatan) RM7,000.00
Ijazah (Lain-lain) RM6,500.00
Diploma RM4,900.00
Sijil RM4,000.00

Nota:

*Kadar tajaan pinjaman tersebut adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan.

3.2    Bayaran balik Pinjaman Pelajaran akan dimulakan selepas tempoh enam (6) bulan pelajar menamatkan pengajian.

4.      STATISTIK PERMOHONAN DAN TAWARAN

4.1    Bagi tempoh lima (5) tahun terkini, statistik permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

Jumlah Permohonan Mengikut Kaum Berbanding Tawaran

TAHUN BUMIPUTRA CINA INDIA JUMLAH KESELURUHAN
Permohonan Ditawarkan Permohonan Ditawarkan Permohonan Ditawarkan Permohonan Ditawarkan
2006 – 310 – 50 – 43 887 403
2007 – 488 – 42 – 27 932 557
2008 – 703 – 25 – 31 1,570 759
2009 1,257 845 39 33 110 58 1,406 936
2010 677 485 12 12 53 28 742 525

Nota:

Data pecahan permohonan mengikut kaum bagi tempoh 2006, 2007 dan 2008 tidak lagi direkodkan, memandangkan tiada sebarang penetapan kuota mengikut kaum. Manakala data bagi dua (2) tahun terkini adalah setakat 15 November 2010 sahaja.

Jumlah Tawaran Berbanding Penerimaan Tawaran

TAHUN BUMIPUTRA CINA INDIA JUMLAH KESELURUHAN
Tawaran Penerimaan Tawaran Penerimaan Tawaran Penerimaan Tawaran Penerimaan
2006 310 260 50 38 43 34 403 332
2007 488 401 42 20 27 22 557 443
2008 703 668 25 15 31 24 759 707
2009 845 705 33 17 58 37 936 759
2010 485 400 12 12 28 4 525 416

4.2    Berdasarkan statistik yang dinyatakan di atas, permohonan di kalangan pelajar bukan bumiputra yang mengikuti pengajian di IPTS adalah kurang berbanding pelajar IPTA, memandangkan kos pengajian tajaan TKWBNS adalah lebih rendah berbanding tajaan daripada lain-lain penaja, seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya.

5.      PENUTUP

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor di bawah TKWBNS menjadi pilihan kebanyakan penuntut IPT kerana pinjaman berkenaan menawarkan skim pinjaman tanpa faedah bertujuan membantu pelajar-pelajar kelahiran Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara. Pinjaman pelajaran tersebut merupakan mekanisme Kerajaan Negeri dalam memenuhi tanggungjawab sosial, terutamanya bagi meningkatkan tahap pendidikan rakyat.

Selain itu, melalui pinjaman pelajaran yang disediakan TKWBNS turut menawarkan kemudahan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan pencapaian cemerlang di IPTA/ IPTS dalam negara. Buktinya, sejak dasar tersebut dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2003 sehingga 31 Disember 2009, seramai 428 peminjam telahpun mendapat kelulusan Lembaga TKWBNS untuk ditawarkan kemudahan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah dengan melibatkan pelupusan pinjaman secara biasiswa berjumlah RM2.9 juta.

Bagi memastikan maklumat berkaitan kemudahan skim pembiayaan pinjaman pelajaran ini diketahui oleh rakyat, Urus setia Lembaga TKWBNS telah melaksanakan proses hebahan/ makluman apabila tawaran mula dibuka sebanyak dua (2) kali setahun melalui kaedah seperti berikut:

(i)           menyiarkan iklan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor melalui akhbar-akhbar utama tempatan berbahasa Melayu, Cina dan Tamil;

(ii)          menyiarkan iklan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor, iaitu: www.selangor.gov.my;

(iii)        mengemukakan surat hebahan/ makluman kepada IPT, sama ada IPTA atau IPTS melalui pihak Hal Ehwal Pelajar masing-masing; dan

(iv)        mengemukakan surat hebahan/ makluman kepada Jabatan/ Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor serta semua Pusat Khidmat Masyarakat/ Pusat Khidmat DUN/ Parlimen.

4 thoughts on “Selangor education loans stats”

  1. Norman Fernandez says:
    Wednesday, 24-11-2010 at 18: 23.51

    YB, could you explain why the scholarships for Indians remain grossly low despite the fact Indians being the most disadvantaged community. Secondly, in 2010, out of 28 scholarships offered for Indians, only 4 has been accepted. Where has now the balance 24 scholarships gone and what is done to offer other 24 Indian students the scolarships which were not taken up by those awarded earlier ?

    Thanks. Y.B

  2. lee says:
    Wednesday, 24-11-2010 at 22: 29.33

    As a chinese malaysian, really we dont care who the loan goes to as long as the students are from poor family and deserve to be helped.MCA is a fast learner from umno’s past how to play the race card.Bravo MCA for taking over your boss’ place.

  3. HKH says:
    Thursday, 25-11-2010 at 18: 55.26

    To Norman, this is a LOAN not SCHOLARSHIP.
    Have to pay back after graduation.
    The 24 Indians who declined the loan may have secured scholarships elsewhere.
    What to do? All scholarships and loans open and close at the same time. Life is never fair.

  4. Maidin says:
    Friday, 26-11-2010 at 12: 49.23

    YB,

    This a study loan only and need to repaid.

    But it is meant for those studying at local universities and colleges.

    What about those studying overseas on their own and need study loan. Where do they go?

    Thank you.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme