Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jumlah pelaburan perindustrian, projek perindustrian dan peluang perkerjaan yang tertinggi di Malaysia bagi Januari – Ogos 2010

Posted on Tuesday, 23-11-2010Tuesday, 23-11-2010 by -ec-

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan pada 23 November 2010 di Shah Alam

Selangor mencapai jumlah pelaburan perindustrian, projek perindustrian dan peluang perkerjaan yang tertinggi di Malaysia bagi Januari –  Ogos  2010

Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi Januari hingga Ogos 2010 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 5.67 billion bagi tempoh tersebut.

Jumlah projek perindustrian yang tertinggi

Sebanyak 222 projek telah diluluskan di Selangor. Angka ini merupakan 36% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 120 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 87 projek.

Daripada 222 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 139 merupakan projek baru manakala baki 83 merupakan projek yang diperkembangkan.

Jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi

Di samping itu, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang tertinggi dengan 14,953 pekerjaan.

Pelaburan asing dan tempatan yang seimbang

RM 3.17 billion atau 56% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala
RM 2.50 billion atau 44% terdiri daripada pelaburan tempatan.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.88 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 376 juta, dan Thailand dengan RM250 juta.

Selangor masih pilihan terbaik bagi pelabur

Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan.

Teresa Kok

Kenyataan akhbar oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan pada 23 November 2010 di Shah Alam

Selangor mencapai pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi (222 projek) dan jumlah peluang perkerjaan yang tertinggi (14,953) di Malaysia bagi Januari – Ogos 2010

Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi Januari hingga Ogos 2010 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 5.67 billion bagi tempoh tersebut.

Jumlah projek perindustrian yang tertinggi

Sebanyak 222 projek telah diluluskan di Selangor. Angka ini merupakan 36% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 120 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 87 projek.

Daripada 222 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 139 merupakan projek baru manakala baki 83 merupakan projek yang diperkembangkan.

Jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi

Di samping itu, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang tertinggi dengan 14,953 pekerjaan.

Pelaburan asing dan tempatan yang seimbang

RM 3.17 billion atau 56% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala

RM 2.50 billion atau 44% terdiri daripada pelaburan tempatan.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.88 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 376 juta, dan Thailand dengan RM250 juta.

Selangor masih pilihan terbaik bagi pelabur

Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan.

Teresa Kok

1 thought on “Jumlah pelaburan perindustrian, projek perindustrian dan peluang perkerjaan yang tertinggi di Malaysia bagi Januari – Ogos 2010”

  1. jeffery says:
    Tuesday, 23-11-2010 at 23: 58.26

    YB
    Tolong beritahu daripada jumlah pelaburan tersebut, berapa banyakkah yang berjaya ditarik oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui misi pelaburan yang diketuai oleh YB sendiri dan berapa banyak yang ditarik oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan itu, barulah kita akan dapat buat perbandingan prestasi kerja.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme